Sunday, January 9, 2011

supplement hati

Bermula malam semalam sy makan obimin plus setelah dicadangkan oleh seorg rakan. semalam juga saya sukar melelapkan mata. pagi ini sy tidak morning sickness dan urusan kerja berjalan seadanya. Alhamdulillah.. sy tidak tahu adakah peristiwa2 itu related atau tidak. adakah ubat itu begitu bagus sehingga tenaga saya di top up dgn mudahnya? sy akan tgk sepanjang minggu ini bgaimana kesannya.

Supplement utk minda sy di tahun baru ini pula bermula pada hari ini dgn menghadiri kursus juruaudit dalaman ISO 9001:2008. bermula jam 8.30 pagi sehingga 6.00 petang. jadual sememangnya pack dan sy sendiri tidak percaya saya bjaya mengharunginya tanpa rasa mengantuk. hehehe... tinggal esok lagi sehari.chayok2 =)

Kalau nk tahu, sy mmg suka menghadiri kursus. termasuk kursus kawen! hehehe.. sehingga kini minat itu tidak berubah. tp tidak tahulah pula kalau selepas ini ianya akan mnjadi sebaliknya ;p moga2 itu tidak terjadi kerana byk ilmu yg akan diperolehi melalui kursus yg dihadiri. jika kita menguatkan azam dan sentiasa mmperbaharui semangat, pasti ilmu yg disampaikan dlm kursus sampai ke hati kita. tetapi sy juga faham bidang tugas dan komitmen yg kita hadapi setiap hari pastinya akan membataskan keinginan utk menghadiri kursus dlm tempoh yg lama, apatah lg jika ianya diadakan di tempat yg jauh dgn level aras tinggi!! (bahasa dan terms yg susah difahami).

Kalau dulu sy selalu apply kursus2 di website INTAN kerana terlalu byk pilihan. bleh rmbang mata dibuatnye ;p byk pmohonan sy telah diterima ttp byk juga offer letter yg sy terpaksa lepaskan kerana tuntutan tugas di pejabat yg perlu sy utamakan. sy harap suatu waktu nnt, sy mpy peluang utk mghadiri kursus sepuas2nya! mngkin ketika itu sy telah bebas dr tuntutan kerja & kehidupan! mungkinkah?

Sy menulis entry ini smbil menonton AjL25 @ tv3. Skrg giliran Ana Rafalli dgn lagunya Tolong Ingatkan Aku.. AJL kali ini agak menarik di permulaannya..dgn medley lagu2 yg pernah mjadi johan. suara fransisca peter mmg merdu. begitu juga sifu m.nasir dan nash dgn lagu Pada Syurga Di Wajahmu. lagu2 nostalgia sebegini mmg mnjadi supplement hati sy. sungguh menyentuh jiwa! i like!! hehehe... tetapi utk AJL kali ini sy menunggu psembahan dari stacy. dia mmg comel dan lincah! en suami memilih Yunalis utk mnjadi juara..sy pula tiada pilihan sendiri.. mungkin juga Yuna..urm..atau Faizal Tahir dgn lagu Selamat malam. well, kita tgk siapa yg kena ;)

p/s: seakan tidak percaya en suami mmg beli burger arnab? lemah lutut dibuatnye. sedapkah?

4 comments:

  1. org kata daging arnab sedap dr ayam, huhu tp tak berani nk cuba..

    FT menang persembahan terbaik. juara ikut la sape2 pun ye..huhuhu FT pon bagus jugak ;)

    ReplyDelete
  2. sis, k.tini pernah makan daging arnab, dulu la waktu kecik2 dlu...tp masa tu org x bgtau tu daging arnab, so bedal je la, rasa dia mcm ayam je..haha..

    tp skrg kalau org bgtau tu daging arnab dan suruh makan, taubat x mau..ter'imagine' mcm kucing plak..haha

    ReplyDelete
  3. k.na, bila dgr je daging arnab terus tekak rasa semcm. cm x snggup je nk mkan arnab yg comel2 gitu.hihi..

    & x sngka lak ana rafali menang. tp liriknya mmg puitis gitu ;)cian FT yg otai..huhu

    ReplyDelete
  4. ktini, waahh cm x caye ktini penah mkan dging arnab.hehe.. tp sy pun cm sis gak. klu x tahu mngkin bedal je. bila dh tau terus rasa smcam. jd lebih baik x tahu! hehehe

    ReplyDelete