Sunday, January 23, 2011

kemalasan

Rasanya saya telah mendapat perangai baru. Saya akan menjadi lembik dan malas teramat pd hari hujung minggu iaitu Jumaat & Sabtu. Dan ini menjelaskan kenapa blog ini sudah miss entry utk 2 weekends. Adakah kerana saya ditemani emak pd 2 hari tersebut? (mak sy dtg ke rumah utk temankan sy pd weekends ketika en suami tiada) Tetapi pada hari bekerja keadaan saya adalah seperti biasa.

Ada juga yg mengatakan itu adalah kerana alahan yg saya alami. Sy mnjadi manja kerana tahu ada org yg menemani. Mmg sy rasa ianya tidak menjadi masalah selagi sy boleh mengurus diri ketika bersendirian, tetapi perangai baru ini adalah sesuatu yg tidak sihat. Sy telah menghabiskan hujung minggu dgn tido+tgk tv+tdo+makan+tdo. Saya juga makan benda2 yg tidak berkhasiat spt? abc, pisang goreng, meggi, dan hari ini burger & mcflurry! itu belum dicampur dgn item2 yg mpy unsur2 asid yg tinggi spt mangga muda, asam dsb huuhu.. sungguh tidak disangka2 sy mnjdi begitu selamba dan mengikut sesuka hati sepanjang 2 minggu ini. sy telah menggunakan kuasa veto utk memenuhi selera sy yg semakin kacau bilau. wpun sy telah dinasihatkn oleh seorg sahabat utk memilih makanan demi kesihatan dlm waktu yg kritikal ini, sy tidak dpt mengawal keinginan + keperluan yg diminta oleh tekak sy ketika ini. sungguh tidak selesa... sungguh meletihkan... dan menguji kesabaran...

Hari ini kemalasan saya telah beransur pulih. saya bekerja spt biasa. tapi keadaan ini akan menjadi satu cabaran bagi saya... utk melihat samada symptom ini turut melanda ketika en suami ada di rumah bermula lusa. hehehe... adakah sy akan bertukar mjadi behave,rajin dan berdisiplin? atau terus mjadi lembik dan mengaktifkan 'button malas' semula? sukar utk dipastikan lagi...

p/s: mengantuk dh dtg... bju keje esok lum iron...arghhh.... ZZzzzZZzzzz

No comments:

Post a Comment