Monday, March 14, 2016

Zaha Hadid : Wordpress backup

Aku sgt tertarik dengan artikel dlm paper Kosmo hari ini. Tentang Seoul Metropolitan Government. Lebih tertarik lagi dengan architect yg terpilih utk design bandar Seoul - Zaha Hadid. Faktor pertama yg membuatkan aku tertarik rsnya pd namanya yg begitu unik, juga dari nama itu aku berasakan dia seorang perempuan. Ringan saje tangan aku search tentang dia di google. Sangat hebat sekali design2 yg dia hasilkan. Setrusnya aku cuba mencari agama apa yg dia anuti. Tapi tidak dinyatakan di mana-mana artikel & interviews yg aku baca. Barangkali dia beragama Islam, tp mungkin juga tidak...

Draft: Last Edited: June 5, 2008 at 7:17 am

Penulisan… : Wordpress backup

Aku suka menulis.. sejak bila aku pun dh lupa. Cuma lepas SPM, aku makin jauh dengan penulisan. Kehidupan sbg mahasiswa fakulti Sains Komputer di UTM membuatkan aku jarang menulis. Cuma kadang2 ada jugak menulis puisi untuk koleksi sendiri. Selainnya? Dengan pelbagai bahasa komputer… C, C++, PHP, ASP, OpenGL, Perl-CGI, VB dan byk lagi..

Abis belajar, aku kerja di research team.. patutnya peluang lebih valid bg aku menulis semula.. tp rupanya skill aku dgn komputer lebih diperlukan… aku menulis juga, cuma utk blog dan email utk kengkawan. Skrg, aku dlm fasa baru dalam kehidupan. Bos baru dtg. Dengan x-bos yg dulu, banyak yg aku pelajari.. terlalu banyak yg aku amati. Kecintaan beliau terhadap ilmu, pengaruhi aku secara x lansung. Minat membaca semakin dalam… juga kajian terhadap pelbagai terms dlm kehidupan..

Jadi, blog ni aku wujudkn utk menulis. Aku akan menulis seberapa kerap yg boleh tentang apa yg aku baca.. tentang apa yg aku tahu. Cara ini aku gunakan utk berkongsi ilmu yg aku perolehi. Harapnya membawa kebaikan.. InsyaAllah…

About this entry

Sakit : Wordpress backup



Sudah seminggu aku batuk. Lepas demam last weekend. Sangat sulit nak siapkan kerja… kerja yg sangat urgent. Mencabar kesabaran dlm minggu yg sangat hectic ni. Muncul persahabatan yang baru… Ringkas dan sopan. Begitulah yg boleh aku katakan buat masa ni. Menasihatkan dengan lembut. Bertanya dengan mudah. Justeru aku tak menganggapnya satu beban. Malah menyenangkan.
Semalam aku ke klinik. Mungkin kerana tekanan yg dialami sejak akhir2 ni, aku menjadi makin degil. Degil dengan diri sendiri. Atas nasihat, aku kuatkan juga hati untuk ke klinik. Mujurlah housemate dengan murah hati offer utk hantarkan.

Saat menunggu giliran, datang seorang perempuan akhir 20an- mungkin?, duduk di kerusi bertentangan. Seorang budak tidur disisinya. Dia senyum, aku senyum. Sambil menunggu aku berbual dgn housemate. Tiba-tiba aku nampak perempuan tu menyapu airmata. Dia menangis dengan kuat. Tersedu-sedu. Aku terkejut… juga simpati. Beban apakah yg dia pikul sehingga airmata pun x mampu ditahan? Aku bersyukur… kerana beban yang aku pikul belum lagi membuatkan aku menangis di tempat umum. Alhamdulillah, Allah menguji seseorang, sesuai dengan kesanggupannya…

Hari ni aku ke opis juga. Walaupun pg tadi perut terasa sangat mual. Pening yang teramat. Aku kena kemaskan meja. Bilik kami yg luas akan direnovate. Aku kena kemaskan barang-barang. Tak mahulah pula menyusahkan teman2 sepejabat. Tapi yg berlaku? Aku akhirnya tidur di bilik rehat sehingga pukul 11. Hehehe.. Alhamdulillah kepala beransur segar selepas tu. Bolehlah sambung keje dan mula kemas barang. Lansung saja menulis entry di sini.

Dengan kesakitan manusia akan menghargai kesihatan. Menghargai diri sendiri.. Juga lebih bersyukur atas kurniaan. Dalam tempoh masa yg ada, perlulah lebih menjaga diri… kerana… sampai bila kita mahu hidup?

About this entry

karya…: Wordpress backup

Few days before, opismate aku recommend novel ‘Syurga di hati’ karya Salina Ibrahim. Watak yang paling mengesankan bagi diri aku tak lain tak bukan Ku Aris! Menjejaki setiap pesanan dan kenangan yang Ku Aris tinggalkan kepada watak utama iaitu Nurul Khadijah memang menyentuh hati. Inilah novel Malaysia pertama yang aku baca setelah give up terhadap novel-novel terbitan Malaysia. Benarlah org kata, tak kenal maka tak cinta… Perkara pertama yang menjadikan aku begitu suka ialah isi penulisan yang sarat dengan tafsir, hadis, puisi dan juga pesanan yang berunsur keislaman. Cukup mudah dihurai tapi berat maknanya. Tambah pula bahasa Malaysia yang digunakan mmg memberi penghayatan berbeza dari tulisan Indonesia. Namun aku tak nafikan pula penulisan Indonesia tidak menarik kerana bagi aku, semua karya Habiburrahman El Shirazy cukup kuat seni dan garapan ilmunya. Lantas memberikan suntikan motivasi yang bukan sedikit! Mujur saja kalau hadir ramai Fahri dan Khairul Azam di alam realiti ini… hmm

About this entry

Bukan hari biasa…: Wordpress backup

Semalam bukan hari yang biasa bagi aku. Dari awal pagi telah dilanda kesibukan yang teramat. Hati terasa resah. Kenapa? Dilupakan seketika. Asyik menyiapkan kerja. Balik dari opis, masih sama.. Keresahan yang sama terus datang. Luangkan masa yang ada. Memanjat doa, mengadu duka pada Yang Esa. Terus tidur seawal yang mungkin. Cuba lupakan resah yang sama.. Masih juga hadir – resah yang makin menggila…dan rupanya ada sejarah bakal tercipta. SMS yang tidak disangka. Tidak diharapkan ada. Tidak ingin juga dibalas segera. Allah lebih tahu… lebih faham kerunsingan diri ini.. Hanya pada Dia, aku memohon ketenangan… aku tak ingin leka, tak pula harap apa yang tidak ada.. aku ingin hidup seringkasnya.. hidup ini, lama mana?

About this entry

Masa yang ada… : Wordpress backup

Seakan tidak ada waktu yang sesuai untuk menulis. Semakin banyak fail bertimbun atas meja. Perlukan perhatian, perlukan ruang masa yang bukan sedikit. Justeru blog ditinggal dalam paksa. Cuba menangani masa yang seakan semakin sempit. Tapi kalau tidak mencelah juga, pasti banyak kehendak sendiri yang tidak dapat dipenuhi. Jadi semalam Alhamdulillah sempat ke library. Jumpa kakak hantar kiriman kegemarannya. Senyum ria dirinya hapuskan duka yang melanda. Kan dah dapat sedikit ubat? Bagus juga untuk yakinkan bahawa dunia ini masih ada orang yang sanggup berkongsi duka. Masih ada yang sayang. Bunyinya seperti berjauh hati tetapi mungkin benar.

Kata orang, walaupun yang diucapkan seseorang itu adalah satu penipuan, maksud ucapan itu sebenarnya bergantung juga kepada siapa yang mengucapkannya dan kepada siapa kata-kata itu ditujukan. Kebanyakan dari penipuan atau gurauan yang anda dengar, 50% darinya adalah benar. Jadi yang manis aku ambil untuk jadi halwa telinga. Yang pahit pula seakan terbuang 50% dari kepahitan itu. Menambah sedikit kemanisan. Itulah yang aku sedang lakukan. Bukankah masih banyak kebahagiaan yang ada di sekeliling? Tidak mengapa kalau diambil sedikit, jangan mengeluh. Mungkin diganti dengan yang lebih manis. Jangan nanti terlalu asyik pula dengan manis yang sementara, dunia ni hanya seketika. Esok lusa mungkin sudah menutup mata.
Kalau mengejar ilusi terlalu lama, takut hilang jati diri selama ini. Hidup bukan untuk kerja, tapi kerja untuk teruskan kehidupan. Untuk mengisi perut, untuk tidak meminta-minta di bumi Allah yang luas ini. Untuk mengenal diri dan cuba memahami serta memberi… Aku tidak hidup selamanya, esok lusa akan pergi. Siapakah lagi yang akan mengingati? Apa yang aku tinggalkan sebagai memori? Sedetik terlintas di hati… Syukur kerana masih disini.. Alhamdulillah… Hanya coretan mengingatkan diri.. Maksud yang dalam? Silakan anda tafsir sendiri…

About this entry

Surat-Surat Al-Ghazali : Wordpress backup

Kawan-kawan semua boleh berkongsi sedikit ilmu dari buku yang aku sempat baca diruangan ini. Moga ada kebaikan yang dapat diperolehi, seterusnya memberi kesan yang positif dalam kehidupan kita. InsyaAllah..

Code: 001
Tajuk: Surat-Surat Al-Ghazali kepada para Penguasa, Pejabat Negara dan Ulamak sezamannya
Penulis : Abdul Qayyum
Dalam buku yang mengandungi 216 mukasurat ini, memang banyak nasihat yang boleh diambil iktibar dan diamalkan. Sebelum menulis di blog ni, aku pun dah surf sedikit maklumat dgn cik google. Sudah ada yg mengulas, tapi yang menariknya dari perspektif yang berbeza. Itulah uniknya manusia. Didalam buku kecil ini ada 26 pucuk surat yang ditulis oleh Imam Al-Ghazali. Sangat menarik sekali gaya bahasa yang digunakan dan banyak pula ilmu yang boleh dijadikan teladan.
Antara yang menarik perhatian aku ialah pada kisah yang berlaku kepada Al-Ghazali sewaktu dalam perjalanannya merantau menimba ilmu. Al-Ghazali telah dirompak dan kehilangan buku catitannya. Beliau telah merayu supaya buku itu dikembalikan kepadanya kerana banyak sekali ilmu yang telah dicatat oleh beliau di dalam buku tersebut. Tetapi beliau telah diherdik dengan pertanyaan samada betul atau tidak beliau telah mempelajari semua ilmu yang tertulis di dalam buku tersebut. Kerana peristiwa itu, Imam Al-Ghazali telah bertekad menghafaz semua ilmu yang beliau pelajari. Dengan sedemikian, beliau tidak akan risau dengan kehilangan buku lagi. Menarik bukan?
Lebih menarik lagi apabila aku pernah diberitahu oleh seorang kawan, Lim Teck Hoe yang merupakan seorang pakar memori/ingatan bahawa bagi sesetengah manusia, cara untuk melupakan sesuatu fakta ialah dengan menulisnya dalam buku. Kerana kebergantungan kita kepada ingatan untuk fakta yang ditulis itu akan hilang. Kita hanya akan ingat dimana fakta itu ditulis, bukan isi kandungannya. Tapi apa yang berlaku hari ni, ramai orang akan menulis apa saja yang dia nak ingat. Bila buku nota, organiser atau PDA hilang, maka hilanglah semua maklumat tersebut!
Ada juga teguran/ nasihat dari Imam Al-Ghazali kepada pemimpin dimana beliau menulis, “Jangan sesekali membiarkan perasaan angkuh menahan diri anda dari mengakui betapa besarnya kesalahan yang telah anda lakukan”. Bagi aku, nasihat ni bukan saja valid kepada pemimpin, semua manusia di atas mukabumi ini pun kena ikut nasihat ni… tetapi ianya lebih sukar dilaksanakan oleh pemimpin kerana dengan pangkat yang dia miliki, keegoannya makin menggunung.
Al-Ghazali menulis di dalam surat pertamanya kepada Syihabul Islam, “Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati manusia akan menikmati damai yang sebenarnya. Bersikap sabar dalam hidup yang penuh kepedihan adalah baik, tetapi mendapatkan kedamaian dalam suatu kehidupan yang penuh dengan kepedihan adalah yang terbaik antara semuanya”.
“Nama-nama termasyhur akan usang, kerana segalanya akan segera mati dan dilupakan… maka sirnalah mereka tanpa ada lagi orang yang berbicara tentang mereka…”
– Imam Al-Ghazali

About this entry

Tags:

ada hadis mengatakan ‘ambillah ilmu dengan tulisan(catitan)’..
catatatn umpama backup dan reference segera sekiranya kita memerlukan ye tak..hehe
salam :D