Monday, March 14, 2016

Surat-Surat Al-Ghazali : Wordpress backup

Kawan-kawan semua boleh berkongsi sedikit ilmu dari buku yang aku sempat baca diruangan ini. Moga ada kebaikan yang dapat diperolehi, seterusnya memberi kesan yang positif dalam kehidupan kita. InsyaAllah..

Code: 001
Tajuk: Surat-Surat Al-Ghazali kepada para Penguasa, Pejabat Negara dan Ulamak sezamannya
Penulis : Abdul Qayyum
Dalam buku yang mengandungi 216 mukasurat ini, memang banyak nasihat yang boleh diambil iktibar dan diamalkan. Sebelum menulis di blog ni, aku pun dah surf sedikit maklumat dgn cik google. Sudah ada yg mengulas, tapi yang menariknya dari perspektif yang berbeza. Itulah uniknya manusia. Didalam buku kecil ini ada 26 pucuk surat yang ditulis oleh Imam Al-Ghazali. Sangat menarik sekali gaya bahasa yang digunakan dan banyak pula ilmu yang boleh dijadikan teladan.
Antara yang menarik perhatian aku ialah pada kisah yang berlaku kepada Al-Ghazali sewaktu dalam perjalanannya merantau menimba ilmu. Al-Ghazali telah dirompak dan kehilangan buku catitannya. Beliau telah merayu supaya buku itu dikembalikan kepadanya kerana banyak sekali ilmu yang telah dicatat oleh beliau di dalam buku tersebut. Tetapi beliau telah diherdik dengan pertanyaan samada betul atau tidak beliau telah mempelajari semua ilmu yang tertulis di dalam buku tersebut. Kerana peristiwa itu, Imam Al-Ghazali telah bertekad menghafaz semua ilmu yang beliau pelajari. Dengan sedemikian, beliau tidak akan risau dengan kehilangan buku lagi. Menarik bukan?
Lebih menarik lagi apabila aku pernah diberitahu oleh seorang kawan, Lim Teck Hoe yang merupakan seorang pakar memori/ingatan bahawa bagi sesetengah manusia, cara untuk melupakan sesuatu fakta ialah dengan menulisnya dalam buku. Kerana kebergantungan kita kepada ingatan untuk fakta yang ditulis itu akan hilang. Kita hanya akan ingat dimana fakta itu ditulis, bukan isi kandungannya. Tapi apa yang berlaku hari ni, ramai orang akan menulis apa saja yang dia nak ingat. Bila buku nota, organiser atau PDA hilang, maka hilanglah semua maklumat tersebut!
Ada juga teguran/ nasihat dari Imam Al-Ghazali kepada pemimpin dimana beliau menulis, “Jangan sesekali membiarkan perasaan angkuh menahan diri anda dari mengakui betapa besarnya kesalahan yang telah anda lakukan”. Bagi aku, nasihat ni bukan saja valid kepada pemimpin, semua manusia di atas mukabumi ini pun kena ikut nasihat ni… tetapi ianya lebih sukar dilaksanakan oleh pemimpin kerana dengan pangkat yang dia miliki, keegoannya makin menggunung.
Al-Ghazali menulis di dalam surat pertamanya kepada Syihabul Islam, “Hanya dengan mengingati Allah sahaja hati manusia akan menikmati damai yang sebenarnya. Bersikap sabar dalam hidup yang penuh kepedihan adalah baik, tetapi mendapatkan kedamaian dalam suatu kehidupan yang penuh dengan kepedihan adalah yang terbaik antara semuanya”.
“Nama-nama termasyhur akan usang, kerana segalanya akan segera mati dan dilupakan… maka sirnalah mereka tanpa ada lagi orang yang berbicara tentang mereka…”
– Imam Al-Ghazali

About this entry

Tags:

ada hadis mengatakan ‘ambillah ilmu dengan tulisan(catitan)’..
catatatn umpama backup dan reference segera sekiranya kita memerlukan ye tak..hehe
salam :D

No comments:

Post a Comment