Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011

kembali

Kembali ke blog ini setelah lama ditinggalkan. mybe dh bersawang jadinya..hehe.. tidak ada alasan lain yg boleh disebut selain busy - kedengaran cliche tp itulah kebenarannya. Program yg dirancang sejak berbulan2 lepas telah selesai. Alhamdulillah.. bersyukur yg teramat. jd minggu ni sy sngat free. kerana semua bos dh fly ke oversea.. sungguh lega + happy + tenang ...

Banyak sekali peristiwa yg x sempat dirakam dlm blog kesayangan ni kerana masa yg sungguh cepat berlalu. dlm sedar x sedar, kelmarin genap 32 weeks pregnancy. 8 bulan membawa baby ke sana ke mari.. Alhamdulillah setakat ni tidak ada sebarang komplikasi. harapnya semuanya akan baik2 saja sehingga 'dia' melihat dunia.. InsyaAllah..

Skrg sy pening memikirkan nk bsalin kt mana. byk cerita2 kurang enak dgn pilihan2 yg ada. semalam discus dgn en suami, mungkin kami akan pilih di kts.. tp belum finalize lagi. buntu saya dibuatnya. kalau diikutkan hati nak bsalin di hospital besar saja, en suami pun tidak kisah. tapi ada juga cadangan2 lain yg mengatakan..alang2 en suami dh bayar byk utk medical benefits thru company dia, why not guna kemudahan yg ada? bla fikir2 betul jugak. bila tgk baby pun sihat smpai skrg, InsyaAllah konfiden sikit nk bersalin di hospital swasta.. InsyaAllah kami akan decide asap..

Sejak 2 hari lepas sy sungguh teringin nk makan jagung bakar.. hehehe.. en suami yg baru balik kelmarin cuma mencebik bila sy mengadu.. katanya "aaaii... dh 8 bulan pun mengidam lagi?"..huhu.. sy x tau la keinginan nk mkn jgung ni sbb baby ke sbb sy sendiri.. tp mmg sungguh terasa nk makan.. jagung oooh jagung... dimana engkau berada.... huhu... sob..sob...

Sunday, January 23, 2011

kemalasan

Rasanya saya telah mendapat perangai baru. Saya akan menjadi lembik dan malas teramat pd hari hujung minggu iaitu Jumaat & Sabtu. Dan ini menjelaskan kenapa blog ini sudah miss entry utk 2 weekends. Adakah kerana saya ditemani emak pd 2 hari tersebut? (mak sy dtg ke rumah utk temankan sy pd weekends ketika en suami tiada) Tetapi pada hari bekerja keadaan saya adalah seperti biasa.

Ada juga yg mengatakan itu adalah kerana alahan yg saya alami. Sy mnjadi manja kerana tahu ada org yg menemani. Mmg sy rasa ianya tidak menjadi masalah selagi sy boleh mengurus diri ketika bersendirian, tetapi perangai baru ini adalah sesuatu yg tidak sihat. Sy telah menghabiskan hujung minggu dgn tido+tgk tv+tdo+makan+tdo. Saya juga makan benda2 yg tidak berkhasiat spt? abc, pisang goreng, meggi, dan hari ini burger & mcflurry! itu belum dicampur dgn item2 yg mpy unsur2 asid yg tinggi spt mangga muda, asam dsb huuhu.. sungguh tidak disangka2 sy mnjdi begitu selamba dan mengikut sesuka hati sepanjang 2 minggu ini. sy telah menggunakan kuasa veto utk memenuhi selera sy yg semakin kacau bilau. wpun sy telah dinasihatkn oleh seorg sahabat utk memilih makanan demi kesihatan dlm waktu yg kritikal ini, sy tidak dpt mengawal keinginan + keperluan yg diminta oleh tekak sy ketika ini. sungguh tidak selesa... sungguh meletihkan... dan menguji kesabaran...

Hari ini kemalasan saya telah beransur pulih. saya bekerja spt biasa. tapi keadaan ini akan menjadi satu cabaran bagi saya... utk melihat samada symptom ini turut melanda ketika en suami ada di rumah bermula lusa. hehehe... adakah sy akan bertukar mjadi behave,rajin dan berdisiplin? atau terus mjadi lembik dan mengaktifkan 'button malas' semula? sukar utk dipastikan lagi...

p/s: mengantuk dh dtg... bju keje esok lum iron...arghhh.... ZZzzzZZzzzz

Monday, January 17, 2011

rezeki!

Bermula pg tadi sy cepat lapo. seawal pg sy mkn nasi lemak+ meehon goreng.nyam2. pastu masuk meeting jam 9 pgi rupenye disediakan bfast. nasi minyak tp sy dh x larat nk makan. b4 lunch hour sy dh lapo balik. so mkn lagi skali. sebelah ptg mkan paun panas+milo+nasi+sardin. nyum2 lagi. otw balik opis dlm kul 7 sy lapo balik. hehe..

pd mulanya sy nk buy burger mcD je for dinner. drive thru je senang. tp last minit tuko fikiran dan stop automaticly kt kedai kuih area traffic light gong kapas tu. carik laksa penang tp kedai kuih tu x jual lak ari ni. move pulak ke kedai sebelah yg kelihatan cm ready nk balik je.. tp saje ringan mulut tnya n x sangka la plak ada! hehehe.. tinggal 2 bungkus je lagik. sy buy la satu bungkus n sekejapan je dtg sorang customer buy yg last bungkus tu.. selamat... sib baik awal seminit. hehehe..

then sy terus ke kedai kuih yg memula tu tadi. carik2 kuih yg simple. buy la rm1. sepatutnya dpt 3 ketui je. tp dia bagi free 3 ketui lagi. kes kedai dh nk tutup n nk clear stok la tu. bila nk bayar tu dia bagi lagi free puding keladi 1 bekas yg hrganya rm2. so bayar rm1 dpt free rm3. rezeki..rezeki.. tp sape la yg nk mkn kkgi?huhuhu...

saya x tau lak apa nama kuih ni.. slalu gak beli

inilah puding keladi free. sgt sedap tau!

ni first time sy makan puding keladi. x sangka lak sedap. so bleh la tempah utk wt mjlis ke. tp kn no tepon tokey tu kan. dekaaaaat sgt ngn no tepon bos saye. cuma 1 num je yg lain. kebetulan betul.hehehehe....

so kengkwn kalu nk buy kuih dgn hrga murah, gi beli kt kedai tu time dekat2 nk marghrib.. hehehe.. cm x brape elok lak shoping time hr nk gelap gitu ek. tp bley ar try cuba dn tgk byk mana dpt free..hehehehe...

p/s: Hari ni sy dh buy obimin yg baru ;)