Monday, March 14, 2016

Masa yang ada… : Wordpress backup

Seakan tidak ada waktu yang sesuai untuk menulis. Semakin banyak fail bertimbun atas meja. Perlukan perhatian, perlukan ruang masa yang bukan sedikit. Justeru blog ditinggal dalam paksa. Cuba menangani masa yang seakan semakin sempit. Tapi kalau tidak mencelah juga, pasti banyak kehendak sendiri yang tidak dapat dipenuhi. Jadi semalam Alhamdulillah sempat ke library. Jumpa kakak hantar kiriman kegemarannya. Senyum ria dirinya hapuskan duka yang melanda. Kan dah dapat sedikit ubat? Bagus juga untuk yakinkan bahawa dunia ini masih ada orang yang sanggup berkongsi duka. Masih ada yang sayang. Bunyinya seperti berjauh hati tetapi mungkin benar.

Kata orang, walaupun yang diucapkan seseorang itu adalah satu penipuan, maksud ucapan itu sebenarnya bergantung juga kepada siapa yang mengucapkannya dan kepada siapa kata-kata itu ditujukan. Kebanyakan dari penipuan atau gurauan yang anda dengar, 50% darinya adalah benar. Jadi yang manis aku ambil untuk jadi halwa telinga. Yang pahit pula seakan terbuang 50% dari kepahitan itu. Menambah sedikit kemanisan. Itulah yang aku sedang lakukan. Bukankah masih banyak kebahagiaan yang ada di sekeliling? Tidak mengapa kalau diambil sedikit, jangan mengeluh. Mungkin diganti dengan yang lebih manis. Jangan nanti terlalu asyik pula dengan manis yang sementara, dunia ni hanya seketika. Esok lusa mungkin sudah menutup mata.
Kalau mengejar ilusi terlalu lama, takut hilang jati diri selama ini. Hidup bukan untuk kerja, tapi kerja untuk teruskan kehidupan. Untuk mengisi perut, untuk tidak meminta-minta di bumi Allah yang luas ini. Untuk mengenal diri dan cuba memahami serta memberi… Aku tidak hidup selamanya, esok lusa akan pergi. Siapakah lagi yang akan mengingati? Apa yang aku tinggalkan sebagai memori? Sedetik terlintas di hati… Syukur kerana masih disini.. Alhamdulillah… Hanya coretan mengingatkan diri.. Maksud yang dalam? Silakan anda tafsir sendiri…

About this entry

No comments:

Post a Comment