Friday, December 31, 2010

kisah dinner

hari khamis suami sy balik dr kl. selepas menjemput dia di airport, we went for a place for dinner. it was raining heavily so the traffic moves pretty slow -smetimes it craws like caterpillar! for sure it took us some time utk isi perut kami yg mmg empty. tambah lagi dlm musim2 hujan gni mmg cpt je laponye. pity my husband yg mmg kelaparan dr kl. cari puya cari sekitar airport, terus ke gong badak, tp akhirya kami ke tenang seafood depan wisma tenang tu!ahaha..

sejak kawen, mmg jarang kami makan di luar. en suami suka duduk di rumah wpun isteri dia bknnya seorg chef. hehehe.. byk kisah masak2 yg buatkn sy tersenyum sendiri bila teringat. tapi Alhamdulillah en suami seorg yg uderstanding n sentiasa mmberi ruang utk sy mengasah skill memasak. sbb itulah wpun kdang2 sy agak letih utk catch up dgn semua tugasan pejabat n rumah, sy akan ingatkan diri bahawa semua yg sy lakukan ini adalah tanda kasih syg sy kpd en suami. dan yg paling penting ialah ganjaran pahala yg dijanjikan oleh Allah S.W.T utk isteri2 yg berkorban dan berusaha membahagiakan suaminya.. InsyaAllah.

dan mngkin juga suatu hari nnt sy akan berkongsi diruangan ini ttg kisah2 lucu dr dapur kami ;D

Thursday, December 30, 2010

trip langkawi part 2


Percutian pejabat saya ke langkawi pada 23-26 Disember 2010 mmg best. wpun tidak ramai yg join, kami tetap rasa meriah. mungkin juga kerana tidak ramai kemeriahan itu lebih terasa? apa tidaknya, bergerak pun cuma dgn bas kecik atau van kecik yg muat satu rombongan kami seramai 13 org ;D

Ada beberapa cerita yg sy ingin share. yg paling best ialah ttg restoran wan thai di sebelah hotel kami menginap. mkanannye sungguh sedap! dan hrganye juga sgt murah! tp kerana masa yg suntuk, kami cuma sempat mkn 2 kali di situ. lunch dan dinner dgn kue tiaw tom yam yg sgt sedap!! kalu ada yg nk gi langkawi, silalah mnjamu selera kt situ. mmg x mnyesal punye. hihi.. highly recommended! boleh tgk restoran tu kt cni..

tapi ada juga restoran yg sy cukup x puas hati. tp bkn di langkawi. restoran ni di tanah merah, kelantan kalau x silap. kami singgah dlm pjalanan balik sebelum berenti di bukit bunga. sudahlah mkanannya biasa2 saja, hrganya mahal ttp kualiti mmg out. keadaan sekitar restoran juga tidak begitu terurus. kalu beginila servis yg diberi kpd semua pelanggan, sy yakin restoran ini tidak akan maju.

next is pasal pulau beras basah. kerana trip ke pulau ni termasuk dlm pakej kami pun ikut aje. smpai je kt pulau tu pemandu bot tu ckp kami diberi masa 1 jam utk merayap di pulau tu. (sy penah smpai ke pulau tu, pd tahun 2006 kalu x silap) sy ingatkan facilities kt situ akan berlainan dr trip first sy dulu, rupa2nya tidak ada apa yg menarik di situ. kerusi juga sgt limited. nk kata pantainya cantik? jauh panggang dr api kalu dibandingkan dgn pulau2 di negeri terengganu. tp sy agak pelik kerana ada jugak yg mandi-manda dgn keadaan air yg nampak agak x bersih tu. mungkin juga pulau beras basah ada keistimewaan yg tersembunyi ttp nampaknya ianya tidak berjaya ditonjolkan. mungkin itu kali terakhir sy ke sana jika mengikuti trip ke langkawi lagi.

kami juga sempat singgah ke tasik dayang bunting. juga sedikit mengecewakan sy bila facilitiesnya begitu kurang. tandas tidak disediakan di kawasan tasik. org ramai perlu pegi toilet sbelum mndaki bukit yg agak tinggi sebelum smpai ke kwsan tasik. mmg ramai sekali pelancong yg sedang mandi-manda ketika kami smpai. ini juga kali ke dua sy smpai ke situ. tasik ini terkenal dgn lagendanya yg tersendiri. bentuk bukit-bukau yg mengelilingi tasik ini mempunyai bentuk seakan2 org mengandung. ramai org luar yg dtg ke langkawi ni sengaja singgah di tasik dayang bunting utk minum/ambil air dr tasik kerana mereka percaya ianya boleh mnbantu mereka mdapatkan zuriat.

bntuk mmg cm org mengandung yg sedang baring kn?

ketika trip first sy dulu, kwn sy juga minum air di tasik itu utk mengandung. tp keadaan ketika itu agak berbeza dgn skrg. keadaan air di tasik itu sgt maragukan bg saya sekiranya ada yg berniat utk minum airnya. dgn tiada tandas di kwsn itu, sy fikir ramai yg sedang mandi-manda tu melepaskan 'hajat' mereka di situ sahaja. kerana ianya sebuah tasik, maka airnya akan bertakung dan beredar di sekitar itu sahaja. jd walau sy juga menyimpan keinginan utk mndapatkan zuriat, sy tidak sanggup utk minum air di situ.. dan kwn sy yg pernah minum air di situ, tidak berjaya mndapat zuriat yg dihajatkannya. bg sy, jika ada yg mengandung stelah minum air disitu, itu hanyalah kebetulan shaja. tidak perlulah memegang kepercayaan yg mungkin membawa kpd syirik pula..

tasik dayang bunting

dalam perjalanan balik, sy sungguh teruja dgn pemandangan sawah padi yg mmg saujana mata memandang. terfikir juga berapa lamakah kwsn sebegini akan bertahan kerana sy lihat byk projek2 perumahan semakin menghmpiri. apatah lg dgn lokasi yg begitu strategik di tepi jalan besar. mngkin msyrkat hari ini lebih mementingkan bangunan2 yg gah dri kehijauan yg mendamaikan. apakah nnt yg tinggal utk generasi kita di masa depan.. aduh.. entry ni menjdi sedikit sentimental pula..hehe.. jd baik berenti.. enjoy d pics!!

saujana mata memandang

pembangunan berhampiran sawah padi

cik kejora12 yg sdg asyik snap pics..hehe

cik kejora12 bsama tongkat dan ehem..ehem..hehe (sje reka skandal)

all of us from d ofis =)

tgklah hasil shopping masing2 ;D

sungguh enak sekali cik kejora12 ketiduran..hehe

kami sampai lebih kurang kul 10 mlm. masing2 ceria bersama hasil tangkapan di langkawi dan berazam utk mengumpul duit utk trip yg akan datang pula!! hehehehe

p/s: masih terbyg2 set2 pinggan mangkuk yg berderet di rak shopping mall ;)

Wednesday, December 29, 2010

dia kembali

Kelmarin saya bercuti. Ambil sedikit masa utk mengemas setelah balik dr langkawi. kelmarin juga en suami balik ke rumah setelah 2 minggu keje di offshore. kebetulan juga bonda saya dtg ke rumah kami pd hari sebelumnya. jadi suasana sedikit meriah kelmarin. seawal pagi saya dan bonda ke pasar payang utk shopping barang basah. juga ke sabasun utk keperluan lain. tetapi rasanya lebih byk cerita yg dikongsi berbanding jumlah brg yg kami beli ;D

oleh kerana saya dan bonda dh lama x lunch bsama, kami begitu teruja utk mnikmati hidangan fav kami iaitu ikan singgang! hehe.. mmg best bila mkn bsama kacang botol(btul ke sy eja ni?) & budu raja(dibeli di kelantan). ini mmg msakan kegemaran sy sejak dulu lagi. tetapi en suami mmg kurang berselera jika makan nasi berlaukkan ikan singgang, tetapi dia layan juga. sy pun dh standby souviner2 dr langkawi utk cover balik selera en suami. hehe..

Byk juga brg yg sy buy di langkawi. utk en suami 2 helai kain pelikat, coklat hershey's fav dia & 2 helai t-shirt. utk bonda & mertua kain batik dan cklat. juga kelengkapan dapur utk kakak ipar yg akan masuk ke rumah baru later. utk saya? jeng..jeng..jeng.. tadaaa!!

Corningware 6 pcs - European Herb for rm259.00
Corelle 16 pcs - European Herb for rm 389.00

Ini adalah kali pertama sy shopping pinggan mangkuk yg mahal mcm nih. itu pun setelah digoda berkali2 oleh kwn sepejabat..hihi.. dh nama pompuan mana leh lari dari kecintaan terhadap brg2 sebegini kan? pening juga sy nk pilih design2 yg ada. yg terbaru design bunga sakura. pinkilish dan sgt comel!! tapi setelah diyakinkan oleh promoter kedai tersebut, saya akhirnya telah memilih design European herb mcm kt atas tu. cantik jugak kan? ;)

sy juga dpt free gift utk setiap set item yg sy beli. dpt pyrex 3 pcs utk set corningware & pyrex 4 pcs utk corelle 16pcs tu. yg kelakar tu free gift lebih berat pula dari brg yg dibeli. jenuh juga nak mengangkat. nasib baik rakan2 sepejabat yg lain bgotong-royong utk transfer luggage kami yg dh beranak-pinak time balik. cool guys!! hehe ;p lupe lak nk mention kt mana buy item2 tu. sy beli di Kedai Rams kt Pekan Rabu. x jauh dari jeti Pekan Kuah. kedai tu baru pindah dari cawangan asal. so masa kami pegi tu x ramai sgt org. mungkin ramai yg blum tahu pasal kedai tu. tp time kami ke kedai Idaman Suri, mmg penuh sesak dgn org hinggakan nak mbeli pun x selesa. nasib baik juga jumpa kedai Rams ni..

Akhirnya kering sungguh poket saya utk bulan ini penangan trip ke langkawi. en suami smpat mengusik suruh msak megi saja utk bulan ni. hahaha... xpe, megi pun jd dua kali sedap bila hidang dlm bekas yg cantik ni kan? hehehe...

Ada beberapa cerita yg ingin sy kongsi ketika trip langkawi baru2 ni. sy akan tulis di entry yg akan dtg k!

Monday, December 27, 2010

entry lama

Saya telah membuat keputusan untuk import beberapa entry lama dlm my previous blog. ada entry2 yg ingin saya abadikan di dlm blog ini utk kenangan. selain itu, ianya menjadikan penulis blog ini kelihatan rajin menulis ;p hehe..

wajah baru

Blog ini akan mengalami beberapa pembaharuan sempena tahun baru yg bakal tiba dalam beberapa hari lagi. Ini juga merupakan salah satu perkara yg berada dlm senarai azam tahun baru saya. Harapnya saya semakin 'pandai' membahagikan masa utk blog selepas ini ;)

Thursday, November 11, 2010

tenang

Hari yang indah. hati yang tenang. sejak semalam, hati saya tenang. ada silaturrahim yg kembali terjalin. jauh disudut hati saya mengucapkan syukur yg tidak terhingga.

saya juga lega kerana en suami telah selamat menduduki exam semalam. wpun keputusannya belum lagi kami ketahui, saya sudah amat bersyukur bila dia tidak demam atau sakit pada hari yg penting itu. saya berdoa semoga keputusan yg baik akan menyebelahi kami. InsyaAllah..

Pagi tadi saya bertemu dgn seseorg yg mpy pengaruh yg tersendiri dlm hidup sy. berbual dgnnya terasa damai di hati. Alhamdulillah saya mendapat sedikit kekuatan untuk meneruskan perjuangan yg masih panjang ini...

Banyak yg menggembirakan sejak akhir2 ini.. Alhamdulillah.. hari ini sekali lagi saya menerima hadiah perkahwinan. perfume yg saya rasa agak mahal juga harganya dan jika diberi pilihan, saya akan fikir panjang sebelum membuat keputusan utk membelinya dengan duit sendiri..hehe...walaupun sudah hampir 2 bulan kami diijabkabulkan.. rezeki Allah tidak pernah putus.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...

Hari ini juga ada sejarah yg tercipta. ada pertemuan yg langsung tidak saya jangka. memberi sedikit kejutan dan mengundang senyuman. kata org bumi ini luas... tetapi siapa dapat membaca takdir yg tertulis dlm hidup manusia? sejujurnya ketika mata ini menangkap raut wajah si empunya diri, ada sedikit getaran dalam hati saya.. tapi saya tidak tahu mengapa? mungkin ini ujian kecil hari ini.. tidak mengapalah.. ada sejarah yg mungkin tidak sesuai lagi untuk dibicarakan... ada kisah yg hanya akan memakan diri jika cuba diungkaikan... saya patut lebih bersyukur dan gembira dengan apa yg saya miliki hari ini.. =)

Malam ini saya sudah fikirkan menu yg akan dimasak. mungkin kue tiaw tom yam.. utk pagi esok pula teringin nak buat sambal ikan nyiur utk dimakan bersama nasi impit. hehehe...menjadi ke tak ni... minggu lepas dah tengok mak mertua masak tetapi versi yg dimasak bersama kerisik. yg ni saya nak cuba yg plain dan lebih simple... harap menjadi.. ;)

Monday, November 1, 2010

menanti esok

Sungguh tak sabar menunggu hari esok.. esok suami sy akan pulang ke sisi setelah 2 minggu bkerja nun jauh di lautan sana ;D Sy x tau mcm mana nk gmbarkan perasaan sbenar tp knytaannya sy mmg seronok! yang amat!

Kemarin kuar dinner dgn ktini dan a.rais. mereka mengusik sy dgn statement yg penah sy buat suatu ketika dulu.. betapa sy tidak kisah dan hapy kerana memikirkan wktu lapang ketika suami (yg ketika tu msih di alam prtunangan) start keje di offshore.. tp skrg sgalanya berubah. bila sy meluahkan kerinduan terhdap suami bila bjauhan.. mmg sudah terkena btg hidung sndiri..hihi.. tp bgitulah pjalnan hidup mnusia. tidak prnah sy fikirkan akan merindui seseorg sdalam ini. semmangnya penantian itu satu penyiksaan.. sungguh berat utk ditanggung..

Dalam pada bertambahnya kasih syg sy terhdap suami.. sekali-sekala terlintas jua kemungkinan2 yg x diingini. wlau pkara menyedihkn itu adalah yg paling nk dielakkan, siapalah kita mahu menolak takdir yg tertulis oleh Yang Maha Esa. justeru sy sentiasa mengingatkan diri bhw segala yg sy punyai ini adalah pinjaman semata. cinta dan kasih syg juga pinjaman sementara. sy tidak tahu siapa yg akan pergi dulu... mbayangkan shaja pun sy tidak mampu.. utk itu sy sntiasa bdoa agar dia disisi sy sehingga ke akhir hayat.. sy pasti parah seandainya kehilangan dia.. sy fikir sy tidak sekuat itu...

Petang ni saya fikir nak pegi shoping sedikit brg2 basah dan smethng special utknya. sudah lama dapur tidak berasap. saya tiada selera utk memasak ketika suami tiada. terasa janggal pula. atau mngkin itu saja alasan smata2 setelah balik dr kota bharu..heehe..

Tuesday, October 26, 2010

her birthday

Lama tak menulis.. baru saja balik dari Kota Bharu kemarin. prog sukan selama seminggu. berpeluang juga main bowling & badminton (wlau skadar reserve) tetapi mnjadi pasukan sorak yg bsemangat shingga sakit tekak..hihi..

Hari ni genap seminggu berjauhan dari suami tercinta. mungkin kemarin masih letih baru smpai dari KB jd apabila smpai di rumah.. tgk brg2 dia... rindu tidak menekan perasaan. masih terkawal. tetapi hari ni lepas balik dr opis kejap lagi, xtau pula mcmmana... huhu..

Matlamat hari ni nak kemas rumah. Pagi td JKR hantar few perabot yg saya request. jd ada sedikit renovation yg perlu dibuat utk mnjdikan ruang rumah lebih kemas dan tersusun. cuma sy pun x tau pkul brapa proses bkemas boleh dimulakan kerana ada mesy yg perlu dihadiri ptg ni. mungkin mesy yg dijadualkan brmula jam 4.00 petang itu akan tertunda dan meleret sehingga ke petang.. sy hrp itu tidak berlaku..

Selera tiada.. perut sakit semenjak pagi. tp Alhamdulillah menjelang tenghari sakit beransur hilang... tp sy tidak lunch. cuma mengalas perut dgn pisang goreng & milo panas. Mlm ni sy msih blum fikir nk mkn apa. mngkin honey stars + fresh milk atau sup sayur. wpun sy lebih prefer sup sayur, tapi sy perlu membeli bhan2 basah pula... hmm... apapun kputusan bgantung kpd mesy ptg ni.. kalau selesai awal, boleh la ke supermarket..

Hari ni besday salah seorg kwn baik sy..yg sy anggap seperti adik-beradik kndung. dia selalu mndengar luahan hati saya selama ini. tetapi sejak akhir2 ni masa utk bersembang dgn dia semakin kurang. tuntutan kerja dan urusan di rumah semakin bertambah. kdang2 rasa kesal kerana tidak sedar wktu yg brlalu, kami semakin jarang berbual bertukar2 cerita. wpun bgitu, dia adalah org yg penting dlm hidup saya... kdang2 sy rasa bersalah pdnya. saya merasakan tidak dpt menjadi sahabat yg terbaik disisinya ketika dia memerlukan saya. sy sedar dia selalu menjadi pendengar yg setia tetapi jarang pula mencurahkan kesedihan dirinya.. kerana itu sy harap dia memaafkan saya. sy mendoakan yg terbaik dlm kehidupannya. semoga Allah merahmati hidup dia sekeluarga, diberi kebahagiaan yg berpjgngan dan dipermudahkan segala urusan.. Aminn...

Tuesday, October 19, 2010

airmata

Pagi ni ketika sy bangun tidur, sy sudah keseorangan. suami sy dh balik berangkat ke tempat keje jam 4.00 pagi tadi. Dlm sy berpesan pd hati utk mengantar dia dgn senyuman, airmata tetap juga mengalir. Sgt sedih dgn perpisahan sementara ini. Sy tidak mahu memikirkan yg bukan2 tetapi sbg manusia kita sentiasa perlu bersedia menghadapi segala Qada' dan Qadar ketentuan Ilahi..

Pagi ni sy tidak perlu sediakan bfast utk en suami, sedikit rileks di permulaan hari tetapi hati sy masih menginginkan rutin itu.. juga rutin bersalam dengannya sebelum ke tempat kerja. Tapi sy tahu dia pergi demi kami semua... demi keluarga yg dia sayangi.. demi mencari rezeki di bumi Allah yg luas ini..

Semoga Allah merahmati hidup suami saya, melindungi dia di setiap ketika, dijauhkan kami dari fitnah dan hasad dengki manusia... sehingga dia kembali ke sisi saya semula. Amiinn...

perpisahan sementara

Saya suka menulis tp sejak akhir2 ni tak banyak masa... bukan xde lansung cuma masa lebih berharga sejak bergelar isteri. sbb saya akan berjauhan dgn hubby bila dia start keje balik. jadi cinta antara benua juga sbb dia terbang ke lautan sana for 2 weeks... setakat ni blum berjauhan lama2 lagi. tapi bermula esok, kami akan berpisah seketika. suami akan mula bekerja setalah cuti raya+ kawin dan saya akan pegi kursus juga kt kb. so seminggu mungkin perasaan rindu bleh dikawal lagi sbb ada byk aktiviti. tapi a week after that saya kena byk bsabar kot. skrg x rasa sgt lagi. x tahulah saya masih boleh jadi cool atau sebaliknya. harap2 semua ok..urmm..

Sunday, October 17, 2010

menyucikan hati

Sempat mengaji bersama sekali lagi.. Alhamdulillah. Ada kesempatan dan dipermudahkan utk luangkan masa menyucikan jiwa bersama dengan en suami sebelum dia mula bekerja. Mmg salah satu agenda sebelum kawin kami nk sama-sama belajar mendalami Al-Quran smentara masih punya kekuatan dan dianugerahkan masa. Selain itu, saya ambil peluang ini untuk melupakan kelam masa-masa lalu.. untuk sinarkan hati ke arah hidup baru yg kami bina bersama... InsyaAllah, dengan izin-Nya jua..

Saturday, October 16, 2010

takdir ketentuan-Nya

Hari ni sy terlibat dgn majlis bsama golongan OKU. talentime istimewa di mana golongan ini diberi kesempatan menyerlahkan bakat yg dianugerahkan oleh Allah walaupun mereka memiliki kekurangan di bhgn lain..

Mereka menyanyi, menari dan sungguh ceria ketika membuat persembahan di atas pentas. Seolah2 tidak ada lansung rasa malu, gementar dan rendah diri. Saya sungguh mengagumi semangat mereka. Dalam kesyikan mendengar alunan suara salah seorg peserta sy tiba2 rasa terharu dan sebak mengingatkan betapa pemurahnya Allah kepada saya. Dia memberi kesempurnaan sifat yg sy miliki dari kecil sehingga dewasa. Saya juga kagum dgn semangat guru2 mereka yg melatih dan membimbing anak2 istimewa ini dgn penuh sabar dan tekun. Moga diberi kemudahan oleh Allah utk mereka menjalankan tanggungjwb mendidik golongan istimewa ini... Pasti segala kebaikan yg dicurahkan itu akan mendpt gnjaran pahala yg blipat ganda.. InsyaAllah..

my lovely love

i didnt recall every sweetest things he did in a month of our lovely married life. but in my memory, i will remember that he did so many things that made me so thankful to Allah evrytime i said my prayer.. He already sent me the right one.. the perfect one to be my other half... Alhamdulillah...


Friday, October 15, 2010

reciting the Quran

Sempat mengaji bersama after solat marghrib sementara menunggu isyak... its for the first time dan saya mengharapkan ianya kekal sehingga ke hari2 tua kami... InsyaAllah..

Monday, October 11, 2010

vitagen & milk

He said.. i must drink vitagen before goin to office daily n a glass of milk evry nite..

Thursday, October 7, 2010

my lovely chef

Kemarin plan nak lunch di rumah bersama en suami. so after selesaikan keje saya cepat2 prepare utk pegi buy food. one of our fav which is chicken rice! nyum2. ekspress n sedap..hehe.. nk masak mmg x sempat. so juz to make it happen, he didnt mind having nasi ayam for his lunch.. so we plan it as simple as cn be asalkan dpt lunch bsama at our home sweet home. saaayang suami saye. hehe.. tp nak dijadikan cerita one of my boss asked me to hv a discussion with him on that very moment! fuhh.. dlm hati tersangat berat memikirkan en suami yg tgh tunggu.. so i text him about d situation..

after not-xx-xxxx & healthy discussion, i call my husband and told him tat i'm otw to buy food. but surprisingly dia suruh balik rumah terus. and guess what, he already cooked lunch for us!! its d yummy & delicious ayam masak kicap!! cuma smbil sengih2 dia bgtau... 'abg msak nasi terlebih air.. hehe.. lupa sukatan sbb lama sgt x masak'... hihihi.. x kisah mcm mana hsilnya, sy sgt happy & terharu dgn evry surprise he made!! i'm tooo lucky to hv him as my husband! and i'm tooo thankful to Allah for all the happiness ;D

Tuesday, September 28, 2010

Alhamdulillah...

Hari ni ialah hari ke 15 bergelar isteri kepada Mohd Aris. Alhamdulillah...
Kalau dulu mmg x dpt bayang camne hidup lepas kawin. Sempat ke nak uruskan rumah? Sempat ke nak siapkan bfast? dinner? basuh baju? iron baju? macam2 dlm fikiran... tapi setelah 2 minggu hidup bersama.. Alhamdulillah. Syukur yg teramat dianugerahkan suami yg tersangat understanding, ringan tulang dan tak banyak kerenah... Alhamdulillah dirahmati dengan kebahagiaan sebegini.. moga dipermudahkan, dilapangkan dada dgn setiap kemungkinan...

Semalam rasa sgt hepy. awal pagi tu suami request nk makan mihun calong. so balik keje ptg tu pegi beli sayur sikit. sampai rumah suami tersyg ada di dapur bsuh mangkuk. bila tanya dia buat ape.. dia just senyum geleng2 kepala. tp bila bukak je peti sejuk... rupa2nya fishball dah siap!! mmg sgt terharu dan kagum dgn en suami yg sngat rajin. syggg abg... hehe..

Thursday, September 2, 2010

wedding gift

Received our second wedding gift today. its from one of my colleagues - en rosli. tenkiu boss!! the first one is from my friend who present us a microwave with convection function. i'm sooo happy coz its in the top on my wishlist!! hehe.. really thankful n appreciate that! Alhamdulillah..

Well, as for this second gift, my fiancee was quite excited and made me promised him to open it together! huhuhu.. trying to test my patience eh my dear? well, i think i can handle that ;p thehehe... after all doing that together will rise the excitement! agreed!! definitely u can rely on me! no cheating! ;p

p/s: hepy sgt bila my ted called 5 times due to network prob 2nite ;) tenkiu my dear...


Wednesday, September 1, 2010

i hope

Terasa nak pegi ke tempat ni.... tenangnyee.....

tidak setuju

Ada certain things yg susah nk jelaskan dgn kata2. Tapi hati sungguh tidak setuju. Aku berdoa semoga dilindungi dari keresahan hati ini... Memang susah yg teramat... kalau apa yg kita harapkan tidak difahami. Aku fikir ianya bukan tidak difahami tetapi sengaja tidak difahami... Itu yg buat makin bercelaru fikiran.

Aku tak mahu berada dlm keadaan serba-salah mcm ni.. Ya Allah, Kau bantulah aku yg lemah ini. Hanya Kau yg berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu...

Monday, August 30, 2010

happy birthday my love!

For you my beloved fiancée...

I’m the lucky girl here, who got to be with you for another year..coz the older you get,
the more wonderful you become. So each year i find the depth of my love for you growing...

When you're far away.. i look forward with joy to each day we spend together. Yes i believe.. no matter what fate has in store for us, i know it will be a pleasure to spend life with you..

It’s your birthday, but I got the gift -> You in my life for another year. Miss u more and more =)

Sunday, August 29, 2010

sayang dia

Saya sgt sayang pd dia. Semakin hari makin bertambah2 perasaan rindu pd dia. Kalau ada masalah, dia sudi mendengar penuh sabar. Kalau diminta, dia akan memberi cadangan penyelesaian terbaik. Dia selalu kata dia tak pandai bermain kata, tapi hati ini selalu rasa bahagia mendengar celotehnya. Bila teringat, buat saya tersenyum sendiri ;)

Kadangkala saya terasa dia lebih memahami dan mengenali perangai diri ini... Sebab itu saya sgt sayang pdnya.. Saya berdoa semoga dia berada disisi saya selama-lamanya.. selagi sy bernyawa. Saya juga akan cuba yg terbaik, agar dia pun rasa bahagia ketika bersama saya =) InsyaAllah... semoga dipermudahkan. Sesungguhnya Dia Yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hamba-hambanya..

Terima kasih Ya Allah, atas semua anugerah yg telah kau berikan, untuk yg selalu aku rasakan..dan yang masih menjadi rahsia-Mu untuk masa yg mendatang.... Aminn..

upset

Pagi-pagi lagi mood sudah melayang.

When people just try to take things for granted...huh. Yes, i knew.. i knew this is what we called life.. hurm.. but it really2 made me upset n completely ruined my mood =(

No i wont say anything.. all d hurtful words doesnt belong a space in my heart. not for today and never! Its ok. i can mend this. i'll try to be patient.. ni kan bulan puasa. huhu.. (bagus2.. prektis lebih sabo utk hasil terbaek! hihi ;p)

Most of the time, i try my best to be understanding.. but sometimes that made things turned harsh for me.. and i have to be fair to my heart too.

But then...
"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu." (Surah Asy-Syura: ayat 30).

“SESUNGGUHNYA Allah tidak menzalimi manusia sedikit pun, akan tetapi manusia jualah yang mengzalimi diri mereka sendiri.” [Surah Yunus: Ayat 44.]
So.. bertenanglah wahai hati... mungkin dosa terlalu byk, maka dibayar cash dunia secara ansuran sebegini...

Moga hati ini lebih tenang, menerima dan melalui hidup ini dgn hati yg 'sejuk'. InsyaAllah. Dengan izinNya jua ;)

Saturday, August 28, 2010

a new place

Assalamualaikum wbt.

Sekian lama fikir nak setup my main blog. Sejak ter'reset' template my previous blog, mmg mood utk blogging dh nyawa2 ikan. But anyway i still need a diary so that i can hv my my own little space to say what i want without asking someone to lend her/his ears. this is the best part of having a blog - i can write neatly! hehehe.. tulisan tangan dh buruk sgt after jdik sc comp graduate! ;p

I hope this blog will fulfill what i hav in mind.. InsyaAllah..

Tuesday, April 20, 2010

seketika...

Seketika nan lalu
Aku telah berubah menjadi bukan diriku
Dalam sedetik
Hati ini telah menjadi beku kerana cemburu
Sekilas bayangan itu
Buat airmata ini semakin laju
Aku ingin kembali
Ke daerah usang milikku dulu
Biar tidak cantik..biar sederhana sahaja
Asal hatiku setuju dan membenarkannya...

Monday, March 1, 2010

forgive

Menerima hadiah semalam. Sungguh hepi n thankful.. Thanx my dear ;D

Mendapat perkhabaran yg tidak berapa menyenangkan - tapi aku harus menelannya jua. Tomorrow is yet to be discovered..sooner or later..

My heart is too small for accepting memories from past. I knew i'm just being childish, but this is just how i feel now. Forgive me this time..

This feelings is stronger by day.. Maybe my prayers is answered by your kindness.. Maybe its fate, we are belong to each other... or maybe i'm too tired, with all the possibilities...

Sunday, February 21, 2010

3 parts

part 1
Terfikir sesuatu yg menjengkelkan.. buat aku diam dan cuba bersabar. that is juz a small matter! so why spinning my head?!!?? STOP and juz do what is beneficial to u!

part 2
People say strangers can be so understanding sometimes.. they tend to be a very good listener. i think i hav to admit that.

i found few strangers via facebook not so long ago n yes, they are so open n sensitive. we can share good memories, opinions.. nice chat also. meeting new people sure will broaden our mind after all, so we can view that from the positive side...

part 3
suddenly i'm craving for sundae! haaihh... will ask him for a treat when hes back frm kl! yeay! :D

Thursday, February 18, 2010

a vow

Too many unexpected things today...

Rasanya perlu lebih kesyukuran dgn apa yg dimiliki hari ini..
Perlu lebih kelembutan untuk menerima apa pun yg bakal terjadi...
Perlu lebih keyakinan utk menghadapi segala kemungkinan yg menanti...

i knew everything will not going to b the same if we didnt meet in the first place. so i might say i'm blessed with that last 'separation'. with that heartbreak, i learned to open my heart for someone else - which i never taught will seal my heart... once again. its a beautiful thing - mending a broken heart, little by little.. and found a courage thru someone else. life is juz a mistery...

People came n leave something to b remembered.. but without sharing, it'll be forgotten. without reminiscing, a lessons cant be learned... a story will never have the perfect ending...

To find someone who can share our ugliest side is a blessed from Him. to have his fragile & soft heart despite his 'harsh' or i might say his 'straight' words ;p, i am more than grateful. he's special in so many way.. Alhamdulillah..

i might hurt a person n never realised that forever... who knows rite? i hope if theres any, i'm forgiven..

today, i made a vow to myself - i'll try my best not to hurt my beloved ones.. i'll be more considerate and understanding.. giving more love and smile.. in this hectic time, its hard but i'll try my best.. please pray for me. thank you ;)

Saturday, February 13, 2010

rindu

i cant figure out whats the real reason...
i miss him so much... (-_-)

Wednesday, February 10, 2010

bahagia & redha

Menafsir rasa bahagia & membenarkan hati untuk redha atas dugaan yg menimpa.. adalah antara 2 perkara yg sukar untuk diterjemahkan...

Pelbagai masalah muncul.. tetaplah hati tidak tenang walau aku bukan punca, kerana ada juga sedikit kaitannya.. mencuba sedaya untuk mencari jalan terbaik agar tidak ada hati yang luka, tetapi sebagai manusia biasa, kesilapan ada di mana-mana..

Berbahagialah hati dgn kurnia dan rahmat Allah yg diterima.. bersyukurlah walau dengan perkara yg sekecil-kecilnya. dari anugerah sepasang mata, suara, telinga untuk mendengar.. sehingga ke anugerah satu nyawa utk meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Maka dgn anugerah yg tidak terhitung yg kita terima ini.. berbahagialah. Kerana itu juga andai hidup diuji dgn masalah, ujian dan musibah.. pujuklah hati untuk redha. kerana setiap kesusahan itu pasti akan disusuli pula dengan kebaikan... itu janji Allah sebagaimana firmannya dalam Surah Al- Insyirah, ayat 5-6:

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."

Tuesday, February 9, 2010

alone again...

Now i'm alone... again.. but things will be clearer for us. Really appreciate what he had done.

For the past few days, i'm in doubts, miserable and confused.. but at the end of d day.. i realised - he's the one, who can lead me to be a better 'me'.

And now i'm so thankful - Alhamdulillah.. so blessed with him by my side...