Thursday, April 28, 2011

setelah sebulan

Lama betul x update blog ni. bila bukak hari ni cm x caye lak genap sebulan. last entry 28 mac.. and today 28 april. sememangnya byk betul pkara yg berlaku dlm tempoh sebulan ni.

sepatutnya sy berpuasa hari ni. tapi dekat jam 10 pagi tadi badan terasa sgt lemah wpun bsahur mihun rebus bsama en suami pagi tadi. terus sy mklumkan pd en suami nk cncel pose dn dia kata okey. hari selasa lepas dh berjaya pose sehari. jadi tinggal 2 hari lagi utk ganti. smoga sy diberi kekuatan utk menyelesaikannya.

sebenarnya lately sy rasa begitu letih. tugasan sy di pejabat yg kdang2 org nampak mudah tp sebenarnya menguji kesabaran. tambah lagi effect pregnancy ni emosi sy kdang2 tidak menentu kerana bdan cepat letih. sy tidak betah duduk lama2 di kerusi kerana akan sakit pinggang. mcm kelmarin sy ke klinik utk pregnancy checkup. 8.30 pagi smpai di klinik tpi tnghari baru selesai. setelah mnunggu 2 jam lebih baru dipanggil utk timbang berat. kerusi yg disediakan mmg x bleh nk gerak2. sakit pinggang yg teramat..

tp sy msih mmpu bsabar jika itu yg sepatutnya dilalui. cuma apa yg benar2 menyakitkan hati sy ialah apabila sy lihat masa ketibaan sy yg tercatat pd kad merah ialah pd jam 9.45 pagi! sedangkan sy dh ada di klinik 8.30 pagi. sy pun x tahu mcm mana sistem yg dipakai. apa yg sy lihat prgerakan kad dri kaunter pndaftaran dibuat secara manual dan nurse yg brtugas akan kumpul kad byk2 dan barulah dihantar ke kaunter timbang berat pula. byangkan kad sy didaftar pd jam 9.45 pagi.. pukul brape agaknya kad sy bgerak ke kaunter timbang. sebab tu la agaknya sy dipanggil utk timbang pd jam 10.45 pagi! sy sgt frust dan rasa sedih! cmpur dgn emosi yg fragile ni.. rasa cm nak nangis pun ada!

checkup kali ni hb sy turun. nurse dh bagi warning supaya makan iron yg dibekalkan. sy mmg skip mkn iron slpas pcubaan makan beberapa kali x bjaya. sy akan muntah dn rs lembik lpas mkn iron. yg susah nk mkan tu sbb iron je yg kena makan time perut kosong dan boleh makan 2 jam selepas tu pula. ada sekali tu sy nyaris2 muntah dlm lif pejabat. sejak tu terus sy skip mkn iron. bila sy bgtau nurse, dia cdangkan sy mkn T-Iberet. pil tu all in one so sy xyah mkn vit2 lain lagi. cuma dia bgtau dos yg spital bagi paling baik sbb pil all in one ni dosnye ada yg cukup, ada yg x cukup.. so sy decide nk try mkn iron yg spital bagi sekali lagi. kalu x bleh sgt baru nk beli Iberet yg dicadangkan tu. cara tradisional yg dicadangkan kwn2 opis utk naikkan hb ialah dgn makan bayam, hati ayam dan kerang. tp selera sy lnsung xde dgn item2 tu buat masa ni.

hari isnin salah seorg sahabat sy telah menyahut panggilan Ilahi di usia 28 tahun kerana barah paru2. dia meninggalkan isteri dan seorg anak yg baru menyambut birthday genap setahun. arwah adalah seorg kwn yg sgt soft-spoken dan tenang. biasa sy dengar, yg org2 baik2 selalunya di panggil Allah dahulu. apa yg buatkan sy terkejut, dlam sebulan dua saja, dia disahkan sakit tapi terus stage 3 cancer. x lama lepas tu meninggal. sy memikirkan emosi isteri arwah yg sempat hidup bersamanya bermula Jun 2009. sy cuba meletakkan diri sy ditempatnya.. sungguh lemah dan parah rasanya. Allah menduga seseorg sesuai dgn kesanggupannya... semoga Allah memberi kekuatan, ketenangan dan melindungi hidup isteri dan anak arwah Wan. semoga Wan ditempatkan bersama orang2 yg disayangi Allah dan bahagia di sana.. InsyaAllah...

arwah wan celebrate birthday anak di hospital

wajah tenang arwah ketika majlis akad nikah Jun 2009

saat-saat akhir di hospital
(all pics credits to fb wan & isteri)

bila terkenangnya hayat mereka yg terlalu singkat, sy memikirkan matlamat kehidupan yg entah bila penghujungnya. adakah masa sy semakin hampir? bilakah masa sy pula akan tiba..

buat masa ini, sy adalah seorg insan yg bahagia. Allah telah memberikan sy begitu banyak kegembiraan. Alhamdulillah... tetapi perjalanan hidup ini sememangnya penuh ujian. sy cuma mengharapkan yg terbaik utk keluarga dan mereka yg sy sayangi.. InsyaAllah sy akan cuba sedaya utk menghargai segala yg saya miliki..

note: kdg2 rasa sungguh malas nk berbicara dgn 'org2 itu'. benarlah sabda Rasulullah.. diam itu lebih baik.

Hikmah Diam:
- Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
- Perhiasan tanpa berhias
- Kehebatan tanpa kerajaan
- Benteng tanpa pagar
- Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
- Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
- Menutupi segala amal