Showing posts with label events. Show all posts
Showing posts with label events. Show all posts

Monday, October 22, 2012

kenangan terindah

Terasa begitu cepat masa berlalu..sungguh! Minggu ini adalah antara yang paling hectic kerana majlis sukan yg berlangsung selama 5 hari (18 - 22 okt 2012). tetapi bagi kami sebagai tuan rumah.. lebih lagi dari itu. untuk saya pula persiapan utk sukan badminton dan persembahan kontinjen 'Ulek Mambang' menjadikan jerawat pada wajah ni naik dengan begitu happynya. hehehe... en suami pula bekerja. tinggallah saya dan si kecik Abdullah Hakeem berdua mengharungi tekanan yg sudahpun bermula awal Oktober lagi.. saya bertuah juga kerana dibantu oleh abang sendiri dan isterinya yang tolong menjaga Hakeem beberapa kali. budi mereka akan saya kenang selamanya..

Namun keletihan dan pelbgai tekanan yang dirasai terasa begitu berbaloi pabila kontinjen kami sebagai tuan rumah telah memenangi johan keseluruhan dan persembahan terbaik!! begitu lega.. walaupun badminton tidak dapat memberi mata yang tinggi buat pasukan, pengalaman yg dikutip bukan sedikit ;)

Dari sukan kali ini.. saya telah berpeluang menyertai persembahan kontinjen dan diamanahkan untuk bermain salah satu alat muzik gamelan iaitu kromong. sebelum ini saya pernah bermain perkin. tapi kali ini tekanan lebih sedikit kerana kromong merupakan antara alat yang utama dalam gamelan. 


pada mulanya saya memang menolak berkali-kali dengan permintaan pengurus persembahan yg merangkap bos sy sendiri di tempat kerja.. tapi saya turutkan juga latihan yang diadakan..dengan permintaan yang bertukar menjadi arahan, tidak sangka saya kekal bermain alat tersebut sehingga ke persembahan sebenar..hehe.. sedikit bertuah juga jika mempunyai bos yg tegas n firm kerana di sebalik arahan itu.. terselit keyakinannya terhadap kemampuan diri saya. "Always take d step forward".. itu yang dikatakannya.. simple but deep with meaning.. dan disebabkan keyakinannya itu, saya telah berjaya mengatasi ketidakyakinan diri dan akhirnya telah berjaya mempelajari alat muzik yng baru. ianya satu kepuasan dan pengalaman yang sgt indah ;) Alhamdulillah... pastinya saya akan merindui kromong ;)

so to celebrate myself for the hard work.. sy telah bercuti sehari.hehehe.. Alhamdulillah bos telah luluskan cuti. bolehlah saya bersantai di rumah dan meluangkan masa bersama Abdullah Hakeem sepenuhnya .. tenkiu again boss!! ;D


we are the champion!! yeayy!!


“Individually, we are one drop. Together, we are an ocean.. " - Ryunosuke Satoro


Saturday, January 1, 2011

bubur asyura

Sedar x sedar hari ni dah masuk tahun baru.

mlm kelmarin sy terlibat dlm persiapan utk prog masak bubur asyura di kediaman Dato' SUK Trg. dr awal plan nk skip, hehehe.. tp bos sy mcm dpt mbaca fikiran sy dn cepat2 tinggalkan pesanan supaya sy mnghadiri prog tu ;p kdng2 sy pelik juga mcm mana dia bleh teka. hmm mungkin sbb dia 'org lama' jd mudah bg dia mbaca gerak-geri anak2 buah. sy hrap sy pun akn dpt skill mcm tu one day. mudah utk urus staf kan? huhu..

kelab kami ditugaskan utk item isi ayam. so mlm tu proses bersihkan, rebus dan carik2kan ayam telah berlaku dgn jayanya. sy x ambik lak gambo..tp gmbar pagi ni iaitu prog masak2 boleh tgk kt bwh ;D yeay!!

en suami x join utk prog mlm kelmarin kerana dia gi main bdminton. jd time masak2 pagi ni dia join! itu adalah kali pertama sy bawak en suami utk join prog yg dianjurkan wisma darul iman. mgnkin kerana kami x duduk bsama dlm mjlis (sbb sy ada tugas lain) ramai juga yg bertanya samada saya bwk dia ataupun tidak. sememangnya sy happy bila tgk dia boleh menyesuaikan diri. terasa the last part of my life telah sama2 difahami oleh en suami ;)

yatt duk kacau bubur asyura dgn hepy

(ada msalah nk upload gmbo2 lain..will upload them later..)

prog memasak bubur lambuk ni sgt meriah kerana 9 buah kelab sukan di wisma bergotong-royong masak 2 buah periuk masing2. jd totalnya 18 periuk bubur yg beraneka rasa! ada yg sedikit manis, ada yg kurang rempah. ttp sy yakin apapun hasil masakan tidak penting, sebaliknya tujuan prog ni diadakan btujuan utk merapatkan silaturrahim antara warga wisma darul iman.

sesi karaoke juga menggamatkan suasana. rakan sepejabat saya, en Wan Ahmad Nizam pun turut mendendangkan sebuah lagu dendangan broery, biarlah bulan bicara. mmg meletup! big boss sy pun turut memegang mike. sempatlah dia menyanyi serangkap lirik lagu klasik. seperti biasa artis2 wisma dgn rela hati menghiburkan org ramai yg hadir. sy juga dipanggil utk menyanyi!! tetapi bukanlah mencari alasan, cuma bimbang juga hujan akan turun kalau sy mula berdendang. hehehe... dlm perjalanan balik, en suami bgtau seram sejuk juga dia bila nama sy dipanggil utk menyayi. hahaha.. dia pun tau isteri dia ni langsung tiada bakat!

selepas prog selesai, kami balik ke kg en suami utk mghadiri mjlis kenduri kwn dia. sebelah ptg pula kami melawat seorg saudara. pegi hantar sedikit buah tgn dr langkawi ;) cuti kami selesai begitu saja tapi Alhamdulillah kerana esok masih cuti di Terengganu. thnx to our MB yg menghadiahkan cuti kpd rakyat Trg smpena kemenangan pasukan bola sepak negara dlm Piala AFF Suzuki

jadi hari esok telah kami reserve utk bersantai di rumah saja ;) apepun epy new year for all bloggers, readers and friends ;)