Monday, November 16, 2009

cukup saja

Mungkin tidak boleh terlalu terus-terang. Menulis dari hati juga perlukan tapisan- jika apa yang ingin dikongsi tidak mahu salah pengertian...

Tidak apalah, aku cuma berlaku adil kepada hati yang merasakan ini..
Jauh sekali aku mengganggu hidup dan kebahagiaan orang.. kerana jelasnya aku tidak punya masa yang cukup untuk itu... selain untuk sahabat disisi dan dihati..
Cukuplah bagiku mereka memahami.. cukup saja bagiku jika mereka menghargai..


Wednesday, November 4, 2009

ribut di hati


...risau hatiku memikirkan jika suatu hari nanti, aku sendiri yang mengikat hati dan kaki dari menjadi bebas seperti hari ini...

Monday, November 2, 2009

iktibar

Sungguh bahagia kerana sudah hilang sakit yang dirasakan seharian semalam. Alhamdulillah...

Terlalu banyak benda yang baru dan memeningkan sejak akhir-akhir ni. Buatkan aku tidak berkesempatan menulis apa-apa pun untuk ingatan di ruang ini.

Seorang kawan dalam kekecewaan yang dalam, buatkan aku sedih dan memikirkan apa yang mampu aku lakukan untuknya.. tetapi tidak ada apa yang akan berubah hanya dengan kata-kata. Lantas apa yg dapat aku lakukan adalah hadiahkan doa utknya setiap kali mengadap Yang Maha Esa. Moga kesakitan yang dirasakan olehnya akan berkurang dan digantikan dengan kebahagiaan jua.

Seorang rakan lain sedang di alam percintaan yang teramat membahagiakan. Mungkin sedang mengatur langkah ke alam perkahwinan. Alhamdulillah... kasih sayang Allah itu cukup luas sehingga tidak mampu kita bayangkan di mana, bila dan bagaimana ianya sampai kepada hati kita yang lemah ini..

Membandingkan dua kisah ini, aku mengambil iktibar untuk diri sendiri. Bagiku, kesedihan dan kebahagiaan itu tetaplah satu ujian. Allah memberi kedukaan untuk menguji hambanya agar selalu mengingati-Nya... Allah juga memberi kebahagiaan untuk menguji sejauh mana manusia mensyukuri nikmatnya disaat bahagia. Pun begitu tidaklah keadaanku yang biasa ini membuatkan aku tidak terasa ujian dari-Nya... ujian dan dugaan yang datang hari demi hari dalam hidupku tetap berterusan. Cuma Alhamdulillah ianya tidaklah meruntuhkan ketabahan hati dan mengundang airmata yang berpanjangan.

Barangkali aku belum cukup kuat menerima dugaan besar dalam hidup, kerana hanya manusia yang kuat imannya akan diuji dengan ujian yang benar-benar berat... Untuk itu aku juga tetap bersyukur.. hanya Dia yang tahu waktu yang tepat bagiku untuk ujian yang lebih berat itu. Siapa lagi yang mampu mengetahui persediaan hamba-hambaNya?

Beberapa bulan lagi tahun baru akan menjengah. Sedangkan azam tahun lepas masih ada yang bersisa. Sungguh jauh diri ini dari perancangan yang selalu difikirkan dulu. Moga esok lebih tersusun, cerdas dan efisien! Dengan izin-Nya jua...