Friday, December 31, 2010

kisah dinner

hari khamis suami sy balik dr kl. selepas menjemput dia di airport, we went for a place for dinner. it was raining heavily so the traffic moves pretty slow -smetimes it craws like caterpillar! for sure it took us some time utk isi perut kami yg mmg empty. tambah lagi dlm musim2 hujan gni mmg cpt je laponye. pity my husband yg mmg kelaparan dr kl. cari puya cari sekitar airport, terus ke gong badak, tp akhirya kami ke tenang seafood depan wisma tenang tu!ahaha..

sejak kawen, mmg jarang kami makan di luar. en suami suka duduk di rumah wpun isteri dia bknnya seorg chef. hehehe.. byk kisah masak2 yg buatkn sy tersenyum sendiri bila teringat. tapi Alhamdulillah en suami seorg yg uderstanding n sentiasa mmberi ruang utk sy mengasah skill memasak. sbb itulah wpun kdang2 sy agak letih utk catch up dgn semua tugasan pejabat n rumah, sy akan ingatkan diri bahawa semua yg sy lakukan ini adalah tanda kasih syg sy kpd en suami. dan yg paling penting ialah ganjaran pahala yg dijanjikan oleh Allah S.W.T utk isteri2 yg berkorban dan berusaha membahagiakan suaminya.. InsyaAllah.

dan mngkin juga suatu hari nnt sy akan berkongsi diruangan ini ttg kisah2 lucu dr dapur kami ;D

Thursday, December 30, 2010

trip langkawi part 2


Percutian pejabat saya ke langkawi pada 23-26 Disember 2010 mmg best. wpun tidak ramai yg join, kami tetap rasa meriah. mungkin juga kerana tidak ramai kemeriahan itu lebih terasa? apa tidaknya, bergerak pun cuma dgn bas kecik atau van kecik yg muat satu rombongan kami seramai 13 org ;D

Ada beberapa cerita yg sy ingin share. yg paling best ialah ttg restoran wan thai di sebelah hotel kami menginap. mkanannye sungguh sedap! dan hrganye juga sgt murah! tp kerana masa yg suntuk, kami cuma sempat mkn 2 kali di situ. lunch dan dinner dgn kue tiaw tom yam yg sgt sedap!! kalu ada yg nk gi langkawi, silalah mnjamu selera kt situ. mmg x mnyesal punye. hihi.. highly recommended! boleh tgk restoran tu kt cni..

tapi ada juga restoran yg sy cukup x puas hati. tp bkn di langkawi. restoran ni di tanah merah, kelantan kalau x silap. kami singgah dlm pjalanan balik sebelum berenti di bukit bunga. sudahlah mkanannya biasa2 saja, hrganya mahal ttp kualiti mmg out. keadaan sekitar restoran juga tidak begitu terurus. kalu beginila servis yg diberi kpd semua pelanggan, sy yakin restoran ini tidak akan maju.

next is pasal pulau beras basah. kerana trip ke pulau ni termasuk dlm pakej kami pun ikut aje. smpai je kt pulau tu pemandu bot tu ckp kami diberi masa 1 jam utk merayap di pulau tu. (sy penah smpai ke pulau tu, pd tahun 2006 kalu x silap) sy ingatkan facilities kt situ akan berlainan dr trip first sy dulu, rupa2nya tidak ada apa yg menarik di situ. kerusi juga sgt limited. nk kata pantainya cantik? jauh panggang dr api kalu dibandingkan dgn pulau2 di negeri terengganu. tp sy agak pelik kerana ada jugak yg mandi-manda dgn keadaan air yg nampak agak x bersih tu. mungkin juga pulau beras basah ada keistimewaan yg tersembunyi ttp nampaknya ianya tidak berjaya ditonjolkan. mungkin itu kali terakhir sy ke sana jika mengikuti trip ke langkawi lagi.

kami juga sempat singgah ke tasik dayang bunting. juga sedikit mengecewakan sy bila facilitiesnya begitu kurang. tandas tidak disediakan di kawasan tasik. org ramai perlu pegi toilet sbelum mndaki bukit yg agak tinggi sebelum smpai ke kwsan tasik. mmg ramai sekali pelancong yg sedang mandi-manda ketika kami smpai. ini juga kali ke dua sy smpai ke situ. tasik ini terkenal dgn lagendanya yg tersendiri. bentuk bukit-bukau yg mengelilingi tasik ini mempunyai bentuk seakan2 org mengandung. ramai org luar yg dtg ke langkawi ni sengaja singgah di tasik dayang bunting utk minum/ambil air dr tasik kerana mereka percaya ianya boleh mnbantu mereka mdapatkan zuriat.

bntuk mmg cm org mengandung yg sedang baring kn?

ketika trip first sy dulu, kwn sy juga minum air di tasik itu utk mengandung. tp keadaan ketika itu agak berbeza dgn skrg. keadaan air di tasik itu sgt maragukan bg saya sekiranya ada yg berniat utk minum airnya. dgn tiada tandas di kwsn itu, sy fikir ramai yg sedang mandi-manda tu melepaskan 'hajat' mereka di situ sahaja. kerana ianya sebuah tasik, maka airnya akan bertakung dan beredar di sekitar itu sahaja. jd walau sy juga menyimpan keinginan utk mndapatkan zuriat, sy tidak sanggup utk minum air di situ.. dan kwn sy yg pernah minum air di situ, tidak berjaya mndapat zuriat yg dihajatkannya. bg sy, jika ada yg mengandung stelah minum air disitu, itu hanyalah kebetulan shaja. tidak perlulah memegang kepercayaan yg mungkin membawa kpd syirik pula..

tasik dayang bunting

dalam perjalanan balik, sy sungguh teruja dgn pemandangan sawah padi yg mmg saujana mata memandang. terfikir juga berapa lamakah kwsn sebegini akan bertahan kerana sy lihat byk projek2 perumahan semakin menghmpiri. apatah lg dgn lokasi yg begitu strategik di tepi jalan besar. mngkin msyrkat hari ini lebih mementingkan bangunan2 yg gah dri kehijauan yg mendamaikan. apakah nnt yg tinggal utk generasi kita di masa depan.. aduh.. entry ni menjdi sedikit sentimental pula..hehe.. jd baik berenti.. enjoy d pics!!

saujana mata memandang

pembangunan berhampiran sawah padi

cik kejora12 yg sdg asyik snap pics..hehe

cik kejora12 bsama tongkat dan ehem..ehem..hehe (sje reka skandal)

all of us from d ofis =)

tgklah hasil shopping masing2 ;D

sungguh enak sekali cik kejora12 ketiduran..hehe

kami sampai lebih kurang kul 10 mlm. masing2 ceria bersama hasil tangkapan di langkawi dan berazam utk mengumpul duit utk trip yg akan datang pula!! hehehehe

p/s: masih terbyg2 set2 pinggan mangkuk yg berderet di rak shopping mall ;)

Wednesday, December 29, 2010

dia kembali

Kelmarin saya bercuti. Ambil sedikit masa utk mengemas setelah balik dr langkawi. kelmarin juga en suami balik ke rumah setelah 2 minggu keje di offshore. kebetulan juga bonda saya dtg ke rumah kami pd hari sebelumnya. jadi suasana sedikit meriah kelmarin. seawal pagi saya dan bonda ke pasar payang utk shopping barang basah. juga ke sabasun utk keperluan lain. tetapi rasanya lebih byk cerita yg dikongsi berbanding jumlah brg yg kami beli ;D

oleh kerana saya dan bonda dh lama x lunch bsama, kami begitu teruja utk mnikmati hidangan fav kami iaitu ikan singgang! hehe.. mmg best bila mkn bsama kacang botol(btul ke sy eja ni?) & budu raja(dibeli di kelantan). ini mmg msakan kegemaran sy sejak dulu lagi. tetapi en suami mmg kurang berselera jika makan nasi berlaukkan ikan singgang, tetapi dia layan juga. sy pun dh standby souviner2 dr langkawi utk cover balik selera en suami. hehe..

Byk juga brg yg sy buy di langkawi. utk en suami 2 helai kain pelikat, coklat hershey's fav dia & 2 helai t-shirt. utk bonda & mertua kain batik dan cklat. juga kelengkapan dapur utk kakak ipar yg akan masuk ke rumah baru later. utk saya? jeng..jeng..jeng.. tadaaa!!

Corningware 6 pcs - European Herb for rm259.00
Corelle 16 pcs - European Herb for rm 389.00

Ini adalah kali pertama sy shopping pinggan mangkuk yg mahal mcm nih. itu pun setelah digoda berkali2 oleh kwn sepejabat..hihi.. dh nama pompuan mana leh lari dari kecintaan terhadap brg2 sebegini kan? pening juga sy nk pilih design2 yg ada. yg terbaru design bunga sakura. pinkilish dan sgt comel!! tapi setelah diyakinkan oleh promoter kedai tersebut, saya akhirnya telah memilih design European herb mcm kt atas tu. cantik jugak kan? ;)

sy juga dpt free gift utk setiap set item yg sy beli. dpt pyrex 3 pcs utk set corningware & pyrex 4 pcs utk corelle 16pcs tu. yg kelakar tu free gift lebih berat pula dari brg yg dibeli. jenuh juga nak mengangkat. nasib baik rakan2 sepejabat yg lain bgotong-royong utk transfer luggage kami yg dh beranak-pinak time balik. cool guys!! hehe ;p lupe lak nk mention kt mana buy item2 tu. sy beli di Kedai Rams kt Pekan Rabu. x jauh dari jeti Pekan Kuah. kedai tu baru pindah dari cawangan asal. so masa kami pegi tu x ramai sgt org. mungkin ramai yg blum tahu pasal kedai tu. tp time kami ke kedai Idaman Suri, mmg penuh sesak dgn org hinggakan nak mbeli pun x selesa. nasib baik juga jumpa kedai Rams ni..

Akhirnya kering sungguh poket saya utk bulan ini penangan trip ke langkawi. en suami smpat mengusik suruh msak megi saja utk bulan ni. hahaha... xpe, megi pun jd dua kali sedap bila hidang dlm bekas yg cantik ni kan? hehehe...

Ada beberapa cerita yg ingin sy kongsi ketika trip langkawi baru2 ni. sy akan tulis di entry yg akan dtg k!

Monday, December 27, 2010

entry lama

Saya telah membuat keputusan untuk import beberapa entry lama dlm my previous blog. ada entry2 yg ingin saya abadikan di dlm blog ini utk kenangan. selain itu, ianya menjadikan penulis blog ini kelihatan rajin menulis ;p hehe..

wajah baru

Blog ini akan mengalami beberapa pembaharuan sempena tahun baru yg bakal tiba dalam beberapa hari lagi. Ini juga merupakan salah satu perkara yg berada dlm senarai azam tahun baru saya. Harapnya saya semakin 'pandai' membahagikan masa utk blog selepas ini ;)