Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Monday, January 17, 2011

challenges : Day 03

Day 03- A picture of you and your friends

friends from the same service, n same batch..

There are always more to learn from where we start this journey together.. gudluck for everyone. moga tidak ada yg melupakan persahabatan walau telah mengorak langkah jauh ke hadapan ;)

friends from d office

Personaliti yg pelbagai, ada yg dtg dn pergi silih berganti, tetapi masing2 mpy warna yg tersendiri. Sentiasa ada yg boleh dipelajari lebih2 lagi jika kita kekal bersatu hati.. ;)

cik kejora12. teman tp mesra. eeheem! thehehe

Menjadi tempat rujukan pelbagai permasalahan. Biasanya jawapan yg diberi pasti tepat! kadang2 terfikir mcm mana dia boleh dpt buat kesimpulan yg tidak terlintas di fikiran saya. musykil... musykil... ianya pasti akan terus menjadi misteri nusantara. hehehe...

my buddies kt kampus until now ;)

Kami semua mmg gila2 time kt kampus dulu. terlalu byk kenangan yg tersimpan kemas dlm ingatan. kwn susah dan senang..saling mengerti dan berkongsi, saling percaya dan merindui ;)

the 4 stooges

Kami berempat ni sehati sejiwa..hehehe... pantang bertemu ada saja cerita. cerita kenangan yg paling utama dan pastinya mengundang ketawa.. kerana zaman kampus yg begitu mbahagiakan, lahirlah jati diri kami yg sebegini pd hari ini.. bersama2 menjejak mimpi, suka duka adalah resipi yg menghadiahkan kejayaan yg sungguh manis! tq dearies!

my beloved rumet ;D

Most of the time, people wont know y we laugh.. kami mpy style yg berbeza tapi punya citarasa yg sama. dia ialah pendengar yg setia. seorg yg kreatif dan berseni. cuma tak ramai yg notice. dia telah mpengaruhi sy dlm byk perkara. mjadikan saya positif dan happy! ;)

p/s: Truth and tears clear the way to a deep and lasting friendship

Thursday, December 30, 2010

trip langkawi part 2


Percutian pejabat saya ke langkawi pada 23-26 Disember 2010 mmg best. wpun tidak ramai yg join, kami tetap rasa meriah. mungkin juga kerana tidak ramai kemeriahan itu lebih terasa? apa tidaknya, bergerak pun cuma dgn bas kecik atau van kecik yg muat satu rombongan kami seramai 13 org ;D

Ada beberapa cerita yg sy ingin share. yg paling best ialah ttg restoran wan thai di sebelah hotel kami menginap. mkanannye sungguh sedap! dan hrganye juga sgt murah! tp kerana masa yg suntuk, kami cuma sempat mkn 2 kali di situ. lunch dan dinner dgn kue tiaw tom yam yg sgt sedap!! kalu ada yg nk gi langkawi, silalah mnjamu selera kt situ. mmg x mnyesal punye. hihi.. highly recommended! boleh tgk restoran tu kt cni..

tapi ada juga restoran yg sy cukup x puas hati. tp bkn di langkawi. restoran ni di tanah merah, kelantan kalau x silap. kami singgah dlm pjalanan balik sebelum berenti di bukit bunga. sudahlah mkanannya biasa2 saja, hrganya mahal ttp kualiti mmg out. keadaan sekitar restoran juga tidak begitu terurus. kalu beginila servis yg diberi kpd semua pelanggan, sy yakin restoran ini tidak akan maju.

next is pasal pulau beras basah. kerana trip ke pulau ni termasuk dlm pakej kami pun ikut aje. smpai je kt pulau tu pemandu bot tu ckp kami diberi masa 1 jam utk merayap di pulau tu. (sy penah smpai ke pulau tu, pd tahun 2006 kalu x silap) sy ingatkan facilities kt situ akan berlainan dr trip first sy dulu, rupa2nya tidak ada apa yg menarik di situ. kerusi juga sgt limited. nk kata pantainya cantik? jauh panggang dr api kalu dibandingkan dgn pulau2 di negeri terengganu. tp sy agak pelik kerana ada jugak yg mandi-manda dgn keadaan air yg nampak agak x bersih tu. mungkin juga pulau beras basah ada keistimewaan yg tersembunyi ttp nampaknya ianya tidak berjaya ditonjolkan. mungkin itu kali terakhir sy ke sana jika mengikuti trip ke langkawi lagi.

kami juga sempat singgah ke tasik dayang bunting. juga sedikit mengecewakan sy bila facilitiesnya begitu kurang. tandas tidak disediakan di kawasan tasik. org ramai perlu pegi toilet sbelum mndaki bukit yg agak tinggi sebelum smpai ke kwsan tasik. mmg ramai sekali pelancong yg sedang mandi-manda ketika kami smpai. ini juga kali ke dua sy smpai ke situ. tasik ini terkenal dgn lagendanya yg tersendiri. bentuk bukit-bukau yg mengelilingi tasik ini mempunyai bentuk seakan2 org mengandung. ramai org luar yg dtg ke langkawi ni sengaja singgah di tasik dayang bunting utk minum/ambil air dr tasik kerana mereka percaya ianya boleh mnbantu mereka mdapatkan zuriat.

bntuk mmg cm org mengandung yg sedang baring kn?

ketika trip first sy dulu, kwn sy juga minum air di tasik itu utk mengandung. tp keadaan ketika itu agak berbeza dgn skrg. keadaan air di tasik itu sgt maragukan bg saya sekiranya ada yg berniat utk minum airnya. dgn tiada tandas di kwsn itu, sy fikir ramai yg sedang mandi-manda tu melepaskan 'hajat' mereka di situ sahaja. kerana ianya sebuah tasik, maka airnya akan bertakung dan beredar di sekitar itu sahaja. jd walau sy juga menyimpan keinginan utk mndapatkan zuriat, sy tidak sanggup utk minum air di situ.. dan kwn sy yg pernah minum air di situ, tidak berjaya mndapat zuriat yg dihajatkannya. bg sy, jika ada yg mengandung stelah minum air disitu, itu hanyalah kebetulan shaja. tidak perlulah memegang kepercayaan yg mungkin membawa kpd syirik pula..

tasik dayang bunting

dalam perjalanan balik, sy sungguh teruja dgn pemandangan sawah padi yg mmg saujana mata memandang. terfikir juga berapa lamakah kwsn sebegini akan bertahan kerana sy lihat byk projek2 perumahan semakin menghmpiri. apatah lg dgn lokasi yg begitu strategik di tepi jalan besar. mngkin msyrkat hari ini lebih mementingkan bangunan2 yg gah dri kehijauan yg mendamaikan. apakah nnt yg tinggal utk generasi kita di masa depan.. aduh.. entry ni menjdi sedikit sentimental pula..hehe.. jd baik berenti.. enjoy d pics!!

saujana mata memandang

pembangunan berhampiran sawah padi

cik kejora12 yg sdg asyik snap pics..hehe

cik kejora12 bsama tongkat dan ehem..ehem..hehe (sje reka skandal)

all of us from d ofis =)

tgklah hasil shopping masing2 ;D

sungguh enak sekali cik kejora12 ketiduran..hehe

kami sampai lebih kurang kul 10 mlm. masing2 ceria bersama hasil tangkapan di langkawi dan berazam utk mengumpul duit utk trip yg akan datang pula!! hehehehe

p/s: masih terbyg2 set2 pinggan mangkuk yg berderet di rak shopping mall ;)