Monday, December 3, 2012

gila tudung

Waduh.. macam2 jenis tudung dipasaran sekarang.. tp yg buat pening tu harga pun boleh tahan. hehe. Cantik2 dengan design dan color yg mmg menggugat jiwa ;p Byk betul brand baru bersaing. Design lebih kurang sama tp kualiti mmg berbeza. Kalau tudung Fareeda tu mmglah terkenal dengan kecantikan dan kualiti yg mmg superb! keronsang pun cantik. mmg terasa gak nak buy at least sehelai..hehe.. tp smpai skrg belum jumpa yg betul2 berkenan. Sebenarnya bukanlah terlalu cerewet dengan pilihan design n kaler tp sy mencari saiz yg agak besar sedikit. Tudung Fareeda saiz XL agak menarik cuma yg ada di kedai terdekat xde pulak kaler yg berkenan.hehehe..mcm2 alasan pulak yg dicari (sebenonye antara alasan yg utama tu sebab berkira2 nak beli dgn budget yg tengah tight ni..hihii

Skrg sy selesa dgn brand Zehra. Kain yg ringan dan lembut. Kaler yg agak cantik dan sesuai dipadankan dengan banyak baju. Tapi en suami cakap sy selalu pakai design sama. mungkin dari segi taste berfesyen dan pemakaian sy kurang pandai. bila dah selesa dengan sesuatu design, sy akan terus kekal dengan brand tertentu utk tempoh masa yg agak lama. jadi kebanyakan design akan nmpak sama. mungkin sy perlu ubah sedikit demi sedikit kan? untuk kepelbagaian dan tidak pula nampak bosan ;) lagi pula rakan2 sepejabat saya semuanya pandai berfesyen.. tak bolehlah sy jauh sangat ketinggalan.hehe.. 

Tapi the truth is saya tidak kisah jika dikata x pandai fesyen. asalkan hati saya setuju dan hepy.. cuma pandangan en suami paling utama akan diambilkira..itupun tentunya tidak akan mengubah prinsip dan taste sy juga..hahaha.. beginilah kehidupan kan? walau sebanyak mana pun persekitaran berubah, ianya bergantung kepada diri sendiri untuk memilih apa yg kita setuju dan pegang. jangan sekali-kali kita lakukan perkara yg tidak kita sukai..tetapi jangan pula kita menutup terus hati kita untuk perkara baru dan perubahan. kita perlu mencuba perkara baru yg mungkin akan membawa perubahan positif dalam kehidupan kita. tapi perubahan drastik hanya perlu utk perkara buruk kearah yg baik..untuk peningkatan atau upgrade..perlahan but within the ryhtm sudah cukup.. for me..it works like that.. for you? just ask ur heart ;)

Sunday, November 25, 2012

Packing

Arghh.. antara perkara yg paling nk elak ialah packing luggage utk trip yg lebih 2 hari!! Sy ada kursus di melaka esok. Plan to fly n hubby dan hakeem akan menyusul dgn kereta d next day. Wil stay at melaka til thursday. Mmg best dpt g kursus dgn family hujung2 tahun ni.nyelam smbil mnum air..keje + bercuti skali.tapiiiii kami pn ada lg trip to port dickson plak on d next weekend after malacca trip. Kelmarin plak bru balik dr kuantan... 3 trips within a month! So bila masa sy nk kemaskn umah?? Planning nk update my wordrobe since last month!
Its time to clear things now!! Im entering new year in juz a month!! We alredy hav a gathering in january next year.. so d budget is quite tight at d moment.. hehe.. Need to catch some breath to manage evrything.. Ya Allah.. kenapa urusan dunia ni terasa tak berhenti2 dan begitu mngganggu pemikiran? Sedangkan yg tenang dan indah itu tidaklah bgitu sukar.. tp utk mninggalkan keributan yg dicari ni..bukanlah mudah.. bantulah aku Ya Allah.. moga jalanku dipermudahkan olehMu.. aminn...

Monday, November 12, 2012

hakeem's milestone

Asalnya nak jadikan blog tempat utk catat setiap milestone yg telah dicapai oleh Abdullah Hakeem.. tapi kekangan masa mbuatkan hasrat tidak kesampaian.. Kadang2 ada sedikit penyesalan tetapi saya berazam untuk memperbaikinya pd masa2 akan dtg.. kerana catatan disini sering jadikan saya lebih kuat dan happy. ianya satu hadiah utk diri sndiri..

Semalam 11 November 2012 Hakeem dh start berjalan sedikit. minggu lepas hanya 2 - 3 langkah.. minggu ini 4 - 5 langkah. Sy dan en suami sememangnya sgt gembira dgn perkembangan si kecil kami. wpun dia jauh ketinggalan dari kebanyakan baby2 sebaya dgnnya, kami tidak pernah anggap itu satu kekurangan. Kami sepenuhnya yakin bahawa progress Hakeem yg sedikit lambat adalah kerana individual character. Kadang2 sy juga spt tidak mahu Hakeem membesar terlalu cepat. Jauh di sudut hati.. saya masih ingin dia mnjadi baby yg sentiasa memerlukan sokongan saya utk kemana-mana. si kecil yg perlukan tangan saya utk menyokong setiap langkah yg diaturnya. begitu cepat masa berlalu. peningkatan usia Hakeem menandakan usia sy dan en suami yg juga bertambah. Syukur Alhamdulllah.. kehadiran Hakeem dalam hidup kami berdua telah mengajar kami ttg byk perkara.. 
Hakeem @ 3 months




Hakeem @ 14 months
Kami berdoa semoga Hakeem mmbesar sebagai seorg lelaki yg soleh.. berdikari dan bijaksana. InsyaAllah... 

"A person's a person, no matter how small."- Dr. Seuss, author

Monday, October 22, 2012

kenangan terindah

Terasa begitu cepat masa berlalu..sungguh! Minggu ini adalah antara yang paling hectic kerana majlis sukan yg berlangsung selama 5 hari (18 - 22 okt 2012). tetapi bagi kami sebagai tuan rumah.. lebih lagi dari itu. untuk saya pula persiapan utk sukan badminton dan persembahan kontinjen 'Ulek Mambang' menjadikan jerawat pada wajah ni naik dengan begitu happynya. hehehe... en suami pula bekerja. tinggallah saya dan si kecik Abdullah Hakeem berdua mengharungi tekanan yg sudahpun bermula awal Oktober lagi.. saya bertuah juga kerana dibantu oleh abang sendiri dan isterinya yang tolong menjaga Hakeem beberapa kali. budi mereka akan saya kenang selamanya..

Namun keletihan dan pelbgai tekanan yang dirasai terasa begitu berbaloi pabila kontinjen kami sebagai tuan rumah telah memenangi johan keseluruhan dan persembahan terbaik!! begitu lega.. walaupun badminton tidak dapat memberi mata yang tinggi buat pasukan, pengalaman yg dikutip bukan sedikit ;)

Dari sukan kali ini.. saya telah berpeluang menyertai persembahan kontinjen dan diamanahkan untuk bermain salah satu alat muzik gamelan iaitu kromong. sebelum ini saya pernah bermain perkin. tapi kali ini tekanan lebih sedikit kerana kromong merupakan antara alat yang utama dalam gamelan. 


pada mulanya saya memang menolak berkali-kali dengan permintaan pengurus persembahan yg merangkap bos sy sendiri di tempat kerja.. tapi saya turutkan juga latihan yang diadakan..dengan permintaan yang bertukar menjadi arahan, tidak sangka saya kekal bermain alat tersebut sehingga ke persembahan sebenar..hehe.. sedikit bertuah juga jika mempunyai bos yg tegas n firm kerana di sebalik arahan itu.. terselit keyakinannya terhadap kemampuan diri saya. "Always take d step forward".. itu yang dikatakannya.. simple but deep with meaning.. dan disebabkan keyakinannya itu, saya telah berjaya mengatasi ketidakyakinan diri dan akhirnya telah berjaya mempelajari alat muzik yng baru. ianya satu kepuasan dan pengalaman yang sgt indah ;) Alhamdulillah... pastinya saya akan merindui kromong ;)

so to celebrate myself for the hard work.. sy telah bercuti sehari.hehehe.. Alhamdulillah bos telah luluskan cuti. bolehlah saya bersantai di rumah dan meluangkan masa bersama Abdullah Hakeem sepenuhnya .. tenkiu again boss!! ;D


we are the champion!! yeayy!!


“Individually, we are one drop. Together, we are an ocean.. " - Ryunosuke Satoro


Monday, October 8, 2012

kembali lagi...

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...Syukur yang teramat kepada Allah SWT.

Saya masih dipanjangkan usia sehingga ke detik ini. Mengecap pelbagai suka dan duka.. nikmat dariNya.

Sudah terlalu lama tidak ada entry baru.. tapi selepas ini  blog ini InsyaAllah tidak akan sunyi lagi. Skrg sy dh boleh update entry dari rumah. Bukannya sebelum ni x boleh update tetapi kekangan utk menulis mnggunakan tab atau hfon. Tapi skrg kami dah memiliki komputer desktop sendiri. Yeayy.. sy sgt heppy!! Rindu sgt nak guna desktop di rumah.. dan bermula hari ni impian tu jadi kenyataan. Thanx to kawan en suami yang dah tlg beli dan setup komputer dengan spec yg kami inginkan. En suami siap bgtau rs cm nk tgk tv melalui skrin komputer ni saja..haha.. yes..its wide n clear! Yes..yes..yes.. inilah budak sc comp yg rindu dgn spec pc yg ada ni.. ;D 

Mungkin entry selepas ni akan banyak dengan cerita ttg si kecil buah hati kami Abdullah Hakeem..hehe..Rasa sedikit ralat x sempat upload cerita kisah pengalaman bersalin dulu. But its okay, maybe i can do it sooner. Kalau Hakeem tido awal mcm hari ni.. i cn get pretty much time to write anything!!

Entry pertama cuma cerita ttg desktop kami yg disayangi ni.. dan im alone in front of this screen. Hakeem dh tido.. en suami otw ke kl.. kursus sehari n wil get to see him again tomolo.. Semoga Allah melindungi suami sy .. Abdullah Hakeem.. kami sekeluarga.. selalu.. Aminn..

Nantikan entry2 yg bakal tiba..hehe.. ade ke yg menanti? hahaha.. the truth is, i write for myself. but if someone or anyone read this too, im happy. and if they can smile or get something thru this blog..it is something!! ;D 

Luv alwiz to you who read this ;) 



Tuesday, July 3, 2012

kembali disini...

Alhamdulillah.. sy berpeluang kembali menulis di sini. terlalu byk yg tidak sempat sy coret   utk kenangan dimasa akan dtg. tp x mengapa..apa yg terpahat dlm hati paling penting ;)

Byk penghijrahan berlaku dlm hidup sy sejak kali terakhir entry sy disini.. yg paling penting sy telah selamat bergelar seorg ibu kpd Abdullah Hakeem yg kini hampir 10 bulan. sungguh indah perasaan memiliki cahayamata. tentulah byk sekali pengorbanan yg perlu sy berikan sejak Hakeem lahir tetapi segalanya mjadi tidak seberapa jika dibandingkan dgn nikmat apabila dia ada disisi. sy tidak keseorangan lagi apabila en suami berjauhan kerana mncari rezeki utk keluarga.

Selepas seminggu sy kembali bekerja setelah habis berpantang, sy menerima surat pertukaran. sy ditugaskan di tempat baru. pada mulanya hati agak keberatan kerana itulah tempat pertama sy bertugas. byk kenangan dan pengalaman yg telah sy alami selama 6 tahun. bermula sebagai pekerja kontrak dan masih single..sehingga telah menjawat jawatan tetap dan menjadi ibu. tetapi perancangan Allah itu pastinya yg terbaik utk hamba-Nya.. dgn jawatan baru ini, masa saya yg terhad dpt diisi sebaiknya utk keluarga. apatah lagi dgn kehadiran Hakeem, masa sy makin sibuk apabila en suami pulang bekerja di offshore. Alhamdulillah... sy bersyukur kerana ditempat baru ini, sy mpy peluang utk belajar perkara baru. Kesibukan tetap ada tetapi masih mampu ditangani dan dijadualkan dgn sebaik mungkin. apapun sy tetap belajar menguruskan masa dgn sebaiknya..selama-lamanya sy tetap seorg pelajar... InsyaAllah.

Saya juga telah berpindah ke rumah baru. sebuah rumah yg kami hargai. walaupun kecil dan mpy ruang yg terhad..kebahagiaan ada dimana2 ;)   ya..bahagia kerana mudah mengawasi Hakeem yg semakin ligat, mudah mengangkat brg ke dlm rumah..mudah kerana tidak begitu jauh dgn rumah pengasuh. mudah housekeeping..ini yg penting.hehe...

apapun semua penghijrahan yg berlaku dlm hidup sy selepas sy bergelar ibu adalah perkara yg meninggalkan kesan mndalam dlm hati sy. pndangan sy ttg kehidupan juga selari dgn perubahan2 yg berlaku itu. byk perkara positif. mberi sy nafas baru.. smemngnya mnusia tidak akan pernah jauh dari penghijrhan.. samada sedar atau tidak usia yg meningkt saban tahun juga satu titik penghijrahan. dan sy perlu sntiasa berhijrah ke arah yg lebih baik supaya sy mampu mberikan yg terbaik utk Hakeem. biarpun tidak dgn harta benda.. sy berharap sy dapat memberikan nasihat terbaik utk Hakeem disaat dia memerlukannya..InsyaAllah dengan izin-Nya jua...