Tuesday, July 3, 2012

kembali disini...

Alhamdulillah.. sy berpeluang kembali menulis di sini. terlalu byk yg tidak sempat sy coret   utk kenangan dimasa akan dtg. tp x mengapa..apa yg terpahat dlm hati paling penting ;)

Byk penghijrahan berlaku dlm hidup sy sejak kali terakhir entry sy disini.. yg paling penting sy telah selamat bergelar seorg ibu kpd Abdullah Hakeem yg kini hampir 10 bulan. sungguh indah perasaan memiliki cahayamata. tentulah byk sekali pengorbanan yg perlu sy berikan sejak Hakeem lahir tetapi segalanya mjadi tidak seberapa jika dibandingkan dgn nikmat apabila dia ada disisi. sy tidak keseorangan lagi apabila en suami berjauhan kerana mncari rezeki utk keluarga.

Selepas seminggu sy kembali bekerja setelah habis berpantang, sy menerima surat pertukaran. sy ditugaskan di tempat baru. pada mulanya hati agak keberatan kerana itulah tempat pertama sy bertugas. byk kenangan dan pengalaman yg telah sy alami selama 6 tahun. bermula sebagai pekerja kontrak dan masih single..sehingga telah menjawat jawatan tetap dan menjadi ibu. tetapi perancangan Allah itu pastinya yg terbaik utk hamba-Nya.. dgn jawatan baru ini, masa saya yg terhad dpt diisi sebaiknya utk keluarga. apatah lagi dgn kehadiran Hakeem, masa sy makin sibuk apabila en suami pulang bekerja di offshore. Alhamdulillah... sy bersyukur kerana ditempat baru ini, sy mpy peluang utk belajar perkara baru. Kesibukan tetap ada tetapi masih mampu ditangani dan dijadualkan dgn sebaik mungkin. apapun sy tetap belajar menguruskan masa dgn sebaiknya..selama-lamanya sy tetap seorg pelajar... InsyaAllah.

Saya juga telah berpindah ke rumah baru. sebuah rumah yg kami hargai. walaupun kecil dan mpy ruang yg terhad..kebahagiaan ada dimana2 ;)   ya..bahagia kerana mudah mengawasi Hakeem yg semakin ligat, mudah mengangkat brg ke dlm rumah..mudah kerana tidak begitu jauh dgn rumah pengasuh. mudah housekeeping..ini yg penting.hehe...

apapun semua penghijrahan yg berlaku dlm hidup sy selepas sy bergelar ibu adalah perkara yg meninggalkan kesan mndalam dlm hati sy. pndangan sy ttg kehidupan juga selari dgn perubahan2 yg berlaku itu. byk perkara positif. mberi sy nafas baru.. smemngnya mnusia tidak akan pernah jauh dari penghijrhan.. samada sedar atau tidak usia yg meningkt saban tahun juga satu titik penghijrahan. dan sy perlu sntiasa berhijrah ke arah yg lebih baik supaya sy mampu mberikan yg terbaik utk Hakeem. biarpun tidak dgn harta benda.. sy berharap sy dapat memberikan nasihat terbaik utk Hakeem disaat dia memerlukannya..InsyaAllah dengan izin-Nya jua...


No comments:

Post a Comment