Monday, March 28, 2011

the little kick

Dalam 2-3 hari lepas sy cm dh rase skit2 pgerakan baby dlm perut. tp sy fikir tu hnya khayalan sy je dn ianya angin dlm perut sbb slalu lmbat makan. tapi tdi dlm kul 10 pm smbil tgk mentor, rasa cm geli2 skit kt perut pastu sy smpat tgk kt perut mmg nmpak cm gerak skit2... mybe baby hepy dpt mkn char kue tiaw yg ibu buy kt kedai dkt simpang tok ku tadi kot. mmg dh teringin mkn sejk 2 hari lepas. nyum2.. terus sy snyum sorang2.

Mmg dh ada few org tnya baby dh gerak ke blom, sy jwb x sure je. kelmarin masa en suami call sy ade gk bgtau cm rasa baby gerak2 time lmbat mkn pastu dia kate baby mngamuk sbb lapo..hehe.. x sabo je nk tgk scan baby hari rabu ni. dulu tgk dia kecik sgt lagi. kali ni hrap nmpak lebih clear dn dia dlm keadaan sihat. mybe baby lebih aktif bila abah dia balik umah sbb ibu boleh order mkn mcam2.hihihi...

p/s: rs nk mkn rmbutan jee.. bila nk ade di pasaran ni..hurm.. ;(

Sunday, March 27, 2011

rindu yang mendalam

Aduh.. sungguh lama rasanya meninggalkan blog yg sy sayangi ni. memang byk sekali cerita yg nk dikongsi tapi kdng2 mood tidak kena pd masanya. Dalam sela masa sy menyepi seketika disini, sy telah pelajari byk perkara yg baru dlm kehidupan. mungkin boleh sy katakan, sy telah menaiki satu lagi anak tangga dalam fasa kehdupan. semuanya berlaku kerana bbrapa pkara. ada beberapa darinya ialah peristiwa yg menyedihkan.. yg mbuatkan sy kecewa.. ttg perangai manusia. sy berasa sungguh frust pd satu ketika, tapi Alhamdulillah cepat sy sedari bahawa memikirkan perangai manusia yg tidak pernah memikirkan perasaan kita adalah perkara yg merugikan. jadi sy telah mbuat keputusan utk tidak mbazirkan masa utknya. syukurlah Allah telah memudahkan hati sy utk kembali tenang dan gembira.

Suami sy telah selamat tiba di Jeddah utk menunaikan umrah pd 19 mac 2011 jam 3.00 pagi (waktu malaysia). Pemergiannya kali ini adalah sesuatu yg luar biasa. walaupun sy biasa ditinggalkan stiap 2 minggu ketika dia pergi bekerja, perasaan sy kali ini amat berbeza. sgt sayu dn penuh airmata. mungkin juga kerana emosi ketika prgnant..atau mngkin kerana jarak yg terlalu jauh dan ini kali pertma kami berada dlm jarak yg sebegitu jauh. namun Alhamdulillah kerana dia akan pulang InsyaAllah pd hari Rabu ni.. ;D sungguh x sabar rsnya nk melihat wajah en suami yg sudah botak!hehehe...

Okey..tuko cite yg heppy lak...

Sy balik dari kursus 5S d Gambang Resort City pd Isnin minggu lepas. bermula dari situ sy sungguh bsemangat utk menukar wajah pejabat! plan dh lama nk tukar bunga2 dlm pejabat tetapi rncangan asyik tertangguh atas beberapa sebab. tapi pagi tadi fasa pertama telah berjaya dilaksanakan! pejabat sy telah berwajah baru sekarang. sungguh ceria dgn sentuhan dri Low Florist. hehehe...

sy fikir staf sy juga pening dgn kerenah sy yg begitu bsemangat meminta 5S dilaksanakan serentak dgn renovation ofis. huhu.. sy sndiri pun tidak faham dari mana semangat yg dtg secara tiba2 ni.. tidak cukup di pejabat, di rumah juga sy mula start 5S! cuma yg tidak berapa bgus ialah sy sering saja lmbat makan. perut sudah lama berdendang barulah sy mncari makanan. fikiran sy penuh dgn 5S! 5S! 5S! ahahaha... sian juga pd baby. tp sebenarnya timing ni adalah terbaik utk laksanakan 5S kerana:

1- Ada beberapa org staf di pej saya juga hadir kursus 5S bsama sy (xyah xplain byk2)
2- Sebelum ni juga sudah ada 3 org yg terpilih utk hadiri krsus yg sama tmasuk cik kejora12 ;D
3- Big boss tiada di Malaysia
4- Bajet masih adaaaaa.... (yg paling penting! ;p)
5- Dh terlalu lama sgt x buat housekeeping kt opis tu..
6- Meningkatkan motivasi diri kakitangan pjabat dgn psekitaran baru
7- Menaikkan imej pejabat..hehehehehe.. cm poyo jek ;p
8- Bagi boss impress skit dan mood dia happy...(snang skit wt pmintaan ape2..hihihi )
9- Buang brg2 x perlu, kasi opis nmpak luaaaass skit..
10- Mungkin ini apa yg bleh sy buat utk opis slagi msih bkhidmat dipej ni.. (esok lusa siapa tau..)

Aisey.. byk pulak idea yg muncul..apepun kita kn sentiasa dituntut utk mnjadi lebih baik dr semalam.. jadi ini adalah salah satu langkah yg sy ambil utk merubah pemikiran dan tabiat yg kurang efektif sebilangan staf dlm jabatan saya. moga usaha yg dilakukan ini akan mbawa kebaikan dan menceriakan pejabat. semoga juga kami semua akan bertambah semangat utk sama2 menyahut seruan big boss utk mberikan khidmat yg terbaik kpd rakyat..chewahh.. ;p

oklah.. x sabo gak nk dengar komen staf2 saya esok..bila tgk sebahagian renovation yg dibuat hari ni. so dh kul satu lebih ni.. sy kena tdo dulu.. bju lum gosok..huuhu.. nnt sy cite lagi k... skali dgn gambo gitu ;p tatatititutu... oyasumi ;)

Monday, March 14, 2011

air kelapa muda

Kelmarin saya terasa nk minum air nyior(kelapa) sangat2. x tahulah kenapa. kebetulan dlm salah satu majlis perkahwinan yg saya hadiri, ada sediakan air kelapa.. bertambah lagilah keinginan sy utk merasainya. tapi keadaan ketika tu x mengizinkan utk sy mnum.. sy balik ke pejabat dgn hasrat yg x kesampaian. petangnya sy plan nk ajak cik kejora12 dan cik aimi utk dinner di kedai nyamuk(sekitar airport ktrg) dn mnum coconut shake yg sgt sedapppp tetapi sekali lagi plan tidak menjadi kerana kepala sy sedikit pening dan loya.

Balik dari opis sy singgah di kedai mnjual Al-Quran bersebelahan dgn istana maziah utk mbeli Al-Quran bersaiz kecik for mak mertua dan suami utk digunakan ketika umrah Jumaat ini. kebetulan pula ketika melalui jalan berdekatan dengan masjid putih, sy ternampak sebuah gerai mnjual goreng pisang dan air nyior! sy terus mbuat u-turn dan cepat2 membeli 2 gelas! satu gelas(dgn ais) sy habiskan dlm kereta dan satu gelas lagi (tanpa ais) sy simpan dlm peti sejuk utk bekalan pd mlm pula.hehehe... sungguh lega bila dpt mnum air kelapa akhirnya!! sgt2 lega hati.. Dh mmg rezeki baby kut jumpa kedai yg jual air kelapa original x campur air biasa. rasanya sungguuuuuuuh sedaaaaaap!! lain kali nak pegi situ lagi hehehe...

Tapi tetiba pagi tadi dpt call dri pn. puya(yg tgh prgnant jugak) dan mklum org mngandung x boleh mnum air kelapa? haaaaah?? sungguh terkejut sy dibuatnye. kelmarin sebelum mbeli air kelapa tu, sy dah call mak dn dia kata okay. mcm mana pulak org kata x boleh ni? terus sy googled dn dptkan beberapa info..

Mengikut pakcik google, mmg ada statement yg kata x boleh... tp ada juga yg kata bagus utk kandungan. tapi sy sedikit ralat dan risau juga dgn kemungkinan2 yg x diingini kerana saya dh selamat mnum 2 gelas!!! tp setakat tengahari ni, belum ada tanda2 pelik lagi. cuma pagi tadi sakit perut tapi slepas ke toilet.. dh lega. saya agak air kelapa tu buat sistem penghadaman sy makin cepat ;) harapnya tekaan sy betul dan tiada apa2 yg membahayakan utk saya dan baby. InsyaAllah...

InsyaAllah...

Tidak saya tahu kenapa 2-3 hari ni perasaan saya tersangat sensitif. Airmata seakan begitu mudah mengalir tanpa alasan yg kukuh. Mungkin juga pembawaan baby... mungkin juga kerana tinggal bersendirian apabila suami bekerja. sebelum mengandung, sy masih boleh bertahan tinggal sorang2 di rumah.

Jadi utk mengelak sy menjadi terlalu rindu kepada en suami, sy akan membaca buku sebelum tidur - yg terkini tentang autobiografi seorg tokoh dari Negeri Terengganu. mungkin sy akan berkongsi ulasan ttg buku tsebut di blog ini apabila selesai bacaan nanti..

Saat ini rasanya lagu ini terlalu dekat dihati saya. airmata pula bagai ditarik2 apabila mndengar lagu ini.. sungguh indah. hati menjadi sayu dan insaf.. membayangkan kesepian keseorangan apabila meninggalkan semua yg ada di dunia ini...

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ulang Chorus

Sunday, March 6, 2011

kembali

Kembali ke meja di opis setelah byknye tugasan diluar. Kembali bukak facebook, blogs..

Baru2 ni salah seorg kenalan sy telah kembali ke rahmatullah. di usia 28 tahun, arwah meninggalkan seorg isteri dan 2 org anak yg masih kecil. berita ini saya terima dgn penuh kejutan. terus sy beli paper utk mmbaca sendiri kebenarannya. dan sememangnya berita itu tidak salah lagi. arwah terlibat dlm kemalangan ketika memandu kereta utk balik ke rumah ibu bapanya di kg bari besar kerana bercuti selama 2 minggu dari tugasnya sbg ptd di pakistan. arwah cedera parah dikepala dan menghembuskan nafas terakhir dlm perjalanan ke hospital.

sebenarnya sy bukannya kwn rapat arwah. kami berkenalan ketika mengikuti rombongan umrah. ada beberapa peristiwa yg terakam kemas dlm ingatan sy. arwah seorg yg bijak. itu sy boleh lihat dari tutur katanya, cara dia berfikir dan dlm penulisannya yg boleh dibaca disini. sy mmg suka mbaca tulisannya. dn dia juga pernah meninggalkan komen dlm beberapa entry previous blog saya disini dan disini. beberapa bulan lepas, dia ada mnghntar sms kpd sy bertnyakan hrga pinggan corelle yg sy beli di langkawi. ketika itu arwah di pakistan. sesungguhnya sy tidak dpt mbyangkan kesedihan yg dialami oleh isteri arwah. bagaimanakah dia mahu meneruskan kehidupan dgn anak2nya yg masih kecil tanpa suami disisi? dan anak keduanya yg baru berusia 3 bulan itu... tidak sempat mengenali ayahnya lagi. mmg sungguh terharu bila sy mbaca kembali entry arwah khas untuk anak keduanya disini.

sememangnya setiap yg bernyawa itu akan merasai mati. itu hakikat yg tidak dpt dielakkan. walau setinggi mana kejayaan, sebanyak mana harta yg disimpan... tidak dpt menganjak walau sedikitpun waktu kematian yg telah tertulis sejak lahir lagi. apabila mengenangnya kisah2 nyata yg dialami sebagainya kisah sahabat sy td... sy merenung diri sendiri. mampukah sy kehilangan suami yg begitu sy cintai? sungguh berat sekali utk diterima... tetapi ianya bukanlah sesuatu yg mustahil. sy hanya mampu berdoa smoga kami diberi kesempatan spy dpt berkongsi kehidupan utk tempoh masa yg lama lagi. smoga Allah mberi kami kesempatan utk sama2 membina sebuah keluarga yg bahagia. berkongsi suka dan duka..

kisah nyata ini menyentuh sudut hati sy yg paling dalam. sungguh besar perancangan Allah yg tidak mampu ditafsir oleh akal manusia..

semoga Allah melimpahkan rahmat kepada kita semua, dengan menjadikan kita sebagai hambaNya yg selalu bersyukur dan sentiasa sabar dalam menghadapi ujian dalam kehidupan... Aminn..

رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir”. (al-Baqarah:286)

Wednesday, March 2, 2011

masa

Saya langsung x menyedari betapa pantasnya masa berjalan. utk last month, sy hanya sempat buat 2 entry dlm blog ini? sy juga masih belum biasa menyatakan bhw usia saya sudah 28 tahun bila ditanya org. sedikit aneh apabila memori sy masih tersekat dgn umur 25 tahun. hahaha... sungguh terasa sy sudah tua sebelum usia.. (masih perasan seorg diri.. ini tanda2 org yg makin tua..huhu)

Saya mmg agak sibuk kebelakangan ini. byk sekali keje2 ad-hoc. mencuri masa peribadi sy semaksimum yg mungkin. sy mmg letih. dan kadang2 keletihan itu membuatkan sy rugi kerana tidak punyai masa secukupnya utk en suami yg semmgnya jarang di rumah. byk yg kami rancangkan tergendala. mujur saja dia memahami. mujur saja dia cuba sebaiknya utk mengerti. selebihnya sy hanya terus mencuba yg terbaik utk hari2 yg mendatang.

Hari ini sy pelajari sesuatu yg baru. tidak sesekali sy menyangka... mengapa mudah utk org menabur fitnah.. atau melaga2kan org dgn sengaja. apakah kebaikan yg diperolehi.. bukankah merosakkan silaturrahim itu besar dosanya? sekali lagi sy letih.. dgn sikap terbuka sy yg diambil kesempatan. harapnya tindakan terus-terang saya menjelaskan semuanya. moga tidak ada lagi salah faham. moga semua ini menjadi teladan di masa hadapan..

p/s: semoga hati ini terpelihara...

better..

Send someone to love me
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain

Give me endless summer
Lord I fear the cold
Feel I'm getting old
Before my time

As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doing all I can
To be a better man

Go easy on my conscience
'Cause it's not my fault
I know I've been taught
To take the blame

Rest assured my angels
Will catch my tears
Walk me out of here
I'm in pain

As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doing all I can
To be a better man

Once you've found that lover
You're homeward bound
Love is all around
Love is all around

I know some have fallen
On stony ground
But Love is all around

Send someone to love me
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain

Give me endless summer
Lord I fear the cold
Feel I'm getting old
Before my time

As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I'm doin' all I can
To be a better man

by Robbie Williams - Better Man