Monday, March 14, 2011

InsyaAllah...

Tidak saya tahu kenapa 2-3 hari ni perasaan saya tersangat sensitif. Airmata seakan begitu mudah mengalir tanpa alasan yg kukuh. Mungkin juga pembawaan baby... mungkin juga kerana tinggal bersendirian apabila suami bekerja. sebelum mengandung, sy masih boleh bertahan tinggal sorang2 di rumah.

Jadi utk mengelak sy menjadi terlalu rindu kepada en suami, sy akan membaca buku sebelum tidur - yg terkini tentang autobiografi seorg tokoh dari Negeri Terengganu. mungkin sy akan berkongsi ulasan ttg buku tsebut di blog ini apabila selesai bacaan nanti..

Saat ini rasanya lagu ini terlalu dekat dihati saya. airmata pula bagai ditarik2 apabila mndengar lagu ini.. sungguh indah. hati menjadi sayu dan insaf.. membayangkan kesepian keseorangan apabila meninggalkan semua yg ada di dunia ini...

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ulang Chorus

No comments:

Post a Comment