Monday, December 3, 2012

gila tudung

Waduh.. macam2 jenis tudung dipasaran sekarang.. tp yg buat pening tu harga pun boleh tahan. hehe. Cantik2 dengan design dan color yg mmg menggugat jiwa ;p Byk betul brand baru bersaing. Design lebih kurang sama tp kualiti mmg berbeza. Kalau tudung Fareeda tu mmglah terkenal dengan kecantikan dan kualiti yg mmg superb! keronsang pun cantik. mmg terasa gak nak buy at least sehelai..hehe.. tp smpai skrg belum jumpa yg betul2 berkenan. Sebenarnya bukanlah terlalu cerewet dengan pilihan design n kaler tp sy mencari saiz yg agak besar sedikit. Tudung Fareeda saiz XL agak menarik cuma yg ada di kedai terdekat xde pulak kaler yg berkenan.hehehe..mcm2 alasan pulak yg dicari (sebenonye antara alasan yg utama tu sebab berkira2 nak beli dgn budget yg tengah tight ni..hihii

Skrg sy selesa dgn brand Zehra. Kain yg ringan dan lembut. Kaler yg agak cantik dan sesuai dipadankan dengan banyak baju. Tapi en suami cakap sy selalu pakai design sama. mungkin dari segi taste berfesyen dan pemakaian sy kurang pandai. bila dah selesa dengan sesuatu design, sy akan terus kekal dengan brand tertentu utk tempoh masa yg agak lama. jadi kebanyakan design akan nmpak sama. mungkin sy perlu ubah sedikit demi sedikit kan? untuk kepelbagaian dan tidak pula nampak bosan ;) lagi pula rakan2 sepejabat saya semuanya pandai berfesyen.. tak bolehlah sy jauh sangat ketinggalan.hehe.. 

Tapi the truth is saya tidak kisah jika dikata x pandai fesyen. asalkan hati saya setuju dan hepy.. cuma pandangan en suami paling utama akan diambilkira..itupun tentunya tidak akan mengubah prinsip dan taste sy juga..hahaha.. beginilah kehidupan kan? walau sebanyak mana pun persekitaran berubah, ianya bergantung kepada diri sendiri untuk memilih apa yg kita setuju dan pegang. jangan sekali-kali kita lakukan perkara yg tidak kita sukai..tetapi jangan pula kita menutup terus hati kita untuk perkara baru dan perubahan. kita perlu mencuba perkara baru yg mungkin akan membawa perubahan positif dalam kehidupan kita. tapi perubahan drastik hanya perlu utk perkara buruk kearah yg baik..untuk peningkatan atau upgrade..perlahan but within the ryhtm sudah cukup.. for me..it works like that.. for you? just ask ur heart ;)