Monday, November 16, 2009

cukup saja

Mungkin tidak boleh terlalu terus-terang. Menulis dari hati juga perlukan tapisan- jika apa yang ingin dikongsi tidak mahu salah pengertian...

Tidak apalah, aku cuma berlaku adil kepada hati yang merasakan ini..
Jauh sekali aku mengganggu hidup dan kebahagiaan orang.. kerana jelasnya aku tidak punya masa yang cukup untuk itu... selain untuk sahabat disisi dan dihati..
Cukuplah bagiku mereka memahami.. cukup saja bagiku jika mereka menghargai..


Wednesday, November 4, 2009

ribut di hati


...risau hatiku memikirkan jika suatu hari nanti, aku sendiri yang mengikat hati dan kaki dari menjadi bebas seperti hari ini...

Monday, November 2, 2009

iktibar

Sungguh bahagia kerana sudah hilang sakit yang dirasakan seharian semalam. Alhamdulillah...

Terlalu banyak benda yang baru dan memeningkan sejak akhir-akhir ni. Buatkan aku tidak berkesempatan menulis apa-apa pun untuk ingatan di ruang ini.

Seorang kawan dalam kekecewaan yang dalam, buatkan aku sedih dan memikirkan apa yang mampu aku lakukan untuknya.. tetapi tidak ada apa yang akan berubah hanya dengan kata-kata. Lantas apa yg dapat aku lakukan adalah hadiahkan doa utknya setiap kali mengadap Yang Maha Esa. Moga kesakitan yang dirasakan olehnya akan berkurang dan digantikan dengan kebahagiaan jua.

Seorang rakan lain sedang di alam percintaan yang teramat membahagiakan. Mungkin sedang mengatur langkah ke alam perkahwinan. Alhamdulillah... kasih sayang Allah itu cukup luas sehingga tidak mampu kita bayangkan di mana, bila dan bagaimana ianya sampai kepada hati kita yang lemah ini..

Membandingkan dua kisah ini, aku mengambil iktibar untuk diri sendiri. Bagiku, kesedihan dan kebahagiaan itu tetaplah satu ujian. Allah memberi kedukaan untuk menguji hambanya agar selalu mengingati-Nya... Allah juga memberi kebahagiaan untuk menguji sejauh mana manusia mensyukuri nikmatnya disaat bahagia. Pun begitu tidaklah keadaanku yang biasa ini membuatkan aku tidak terasa ujian dari-Nya... ujian dan dugaan yang datang hari demi hari dalam hidupku tetap berterusan. Cuma Alhamdulillah ianya tidaklah meruntuhkan ketabahan hati dan mengundang airmata yang berpanjangan.

Barangkali aku belum cukup kuat menerima dugaan besar dalam hidup, kerana hanya manusia yang kuat imannya akan diuji dengan ujian yang benar-benar berat... Untuk itu aku juga tetap bersyukur.. hanya Dia yang tahu waktu yang tepat bagiku untuk ujian yang lebih berat itu. Siapa lagi yang mampu mengetahui persediaan hamba-hambaNya?

Beberapa bulan lagi tahun baru akan menjengah. Sedangkan azam tahun lepas masih ada yang bersisa. Sungguh jauh diri ini dari perancangan yang selalu difikirkan dulu. Moga esok lebih tersusun, cerdas dan efisien! Dengan izin-Nya jua...

Friday, September 25, 2009

angah comel

Hari raya ke 4 keluar beraya berdua dengan angah - anak sdaraku yg umur 4 tahun. Ada kwn sepejabat yg buat open house sekitar k.trg dan marang. Spnjang perjalanan mmg tidak sunyi dengan celoteh angah yg suka bercerita. Aku sendiri kadang2 pening dgn cerita yg begitu unik dan kreatif rekaan angah. Imaginasinya begitu tinggi, menjangkau pemikiran yg biasa2. Tapi aku senang melayan kerenahnya. Kerana ada yg lucu dan buat aku ketawa...

Angah : Ikan paus makan ikan tak maksu?
Aku : Makanlah sebab dia besar, dia makan ikan kecik.
Angah : Ooo..sbb tu la dia besar ek maksu?
Aku : Hmm...iye kot..hehe.. (Blur x tau nk jawab..hentam saje la)
Angah : Baby paus pun besar kan maksu? Baby paus makan ikan kecik jugak ke?
Aku : A'ah baby paus pun besar. Makan jugak ikan kecik.. (hehe..aku senyum sorang2)
Angah : Mama paus lagi besar dari baby paus kan maksu. Hmm.. tapi papa paus lagi besar dari mama paus. Sampai mama paus tak dapat cam papa paus...
Aku : Kenapa pulak mama paus tak dpt cam papa paus?
Angah : Sbb papa paus besaaaaaar sgt, jadi mama paus ingatkan papa paus tu bot..
Aku : Erk? (hahahahahaha.....)

Aku bawak angah jenjalan time tengahari. Risau gk dia kepanasan n demam tp Alhamdulillah aktif semacam je on the way balik. Tapi..akhirnya aku jugak yg demam! hahahaha... sib baik raya ke-6, Jumaat dah okey balik... Ahad nk start keje..xnak la smbung lagi cuti..hehe..;p Selamat Hari Raya semua! chao..

Wednesday, September 9, 2009

playlist baru...

Baru ni terjumpa ngan lagu ni.. best gak. Melodi ngan liriknye ngam! Ingat hari tu nak bgtau cik rumet nama singer ni.. grup yg agak sempoi dgn solonye girl. Ade satu lagi lagu dia yg best.. tajuknya 'simpan saja'. Lama dh x download lagu after Babyface.. tp skali ade mood nk update lagu.. dpt gk few songs ;) Lagu Babyface 'Sorry for The Stupid Things' direcommend oleh mr Fatah. Agak sedap menjadi halwa telinga bulan2 pose ni..hehe.. Kemarin update lagu raya plak. Kalu dulu time kt kampus terasa gak excited dgr lagu raya... skrg ni cm x brape sgt. Dh hari2 balik umah.. Maybe dekat2 nk raya makin btambah feel kut :)

Lagu-Percayalah by Ecoutez:

Seandainya dapat ku melukiskan
Isi hatiku untukmu
Seandainya kau pun harus tau
Lelah hatiku bila kau jauh

Namun ku pendam rasa
Ku hanya ingin kau bahagia
Jalani yang kau pilih
Jangan risaukan aku

Reff.
Percayalah kasih
Cinta tak harus memiliki
Walau kau dengannya
Namun ku yakin hatimu untukku
Percayalah kasih
Cinta tak harus memiliki
Walau kau coba lupakan aku
Tapi ku kan slalu ada untukmu

Seharusnya kau pun menyadari
Resah hatiku bila kau dengannya
Seharusnya aku pun tak berharap
Miliki dirimu seutuhnya

Namun ku pendam rasa
Ku hanya ingin kau bahagia
Jalani yang kau pilih
Jangan risaukan aku

Reff.
Percayalah kasih
Cinta tak harus memiliki
Walau kau dengannya
Namun ku yakin hatimu untukku
Percayalah kasih
Cinta tak harus memiliki
Walau kau coba lupakan aku
Tapi ku kan slalu ada untukmu

Percayalah kasih
Cinta tak harus memiliki
Walau kau dengannya
Namun ku yakin hatimu untukku
Percayalah kasih
Cinta tak harus memiliki
Walau kau coba lupakan aku
Tapi ku kan slalu ada untukmu

Kesedihan tidak boleh mengembalikan sesuatu yang telah hilang. Ketakutan tidak baik untuk masa depan. Kekhuatiran tidak akan dapat mewujudkan kejayaan. Akan tetapi jiwa yang tenang dan hati yang redha adalah dua sayap untuk terbang menuju kebahagiaan..
- Dr. Aidh Abdullah Aidh Ali Majdu Al-Qarni, Sarjana Arab Saudi.

Monday, March 2, 2009

panggilan

Rindu
Perkataan rindu sahaja tak cukup nak gambarkan perasaan bila melihat gambar Masjidil Haram ketika ini. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana Dia Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. Maha Pemurah... Aku diizinkan menjadi salah seorang tetamuNya di Tanah Haram Madinah dan Mekah pada 19-27 Februari yang lalu. Banyak yang berlaku ketika aku disana. Banyak yang baik tetapi ada juga yang menyedihkan - tapi memberi kesan yang sangat baik! Alhamdulillah..

Umrah
Kesempatan kali ni sempat untuk kebanyakan dari kami lakukan 4 kali umrah. Aku sempurnakan 2 kali umrah daripadanya untuk 2 org insan istimewa dalam hidup aku. Orang yang sudah tiada lagi di dunia ini. Yang terlalu banyak memberi tanpa menerima apa-apa. Justeru aku ambil peluang ini sbg hadiah untuk mereka. Moga aman dan tenang di sana...

Perasaan
Kembali dari sana masih sama. Cuma rasa tenang dan gembira. Harap perasaan ni akan kekal utk jangka masa yg lama.

Doa
Banyak yang aku doakan -untuk keluarga, rakan-rakan, guru-guru etc. Doa semoga jalan yg aku pilih adalah yg terbaik untukku. Jika ada duka, berikan aku kekuatan untuk menghadapinya. Doa untuk kawan-kawan yang sedang membuat pilihan. Doa kebahagiaan untuk rakan yang bakal menempuh alam rumahtangga. Doa untuk sahabat setia - yang terbaik untuknya. Moga silaturrahim kekal sampai bila-bila. InsyaAllah.

Tanda Ingatan
Tidak banyak yang aku beli di sana. Sedikit kurma untuk kawan, jubah, sejadah dan beberapa keperluan lain. Tempat membeli banyak sekali tp waktu yg ada tidak seharusnya dihabiskan untuk perkara sebegitu bukan?

Paling Diingati
Pastinya saat menyentuh Kaabah dan Hajarul Aswad. Juga tidak lupa rasa air zam zam yg sgt berbeza ketika minum di Malaysia. Juga saat imam menangis dalam solat pada malam terakhir di Mekah.

Keajaiban
Banyak kejadian yg tidak terduga. Sungguh bersyukur dengan segalanya. Sebelum ini selalu mendengar cerita orang. Tapi kini bila alami sendiri, sukar digambar dengan kata-kata. Alhamdulillah...

Seminggu berlalu tidak terasa. Aku bermohon kepada Allah SWT supaya dimurahkan rezeki untuk ke sana lagi. Untuk aku merasai lagi ketenangan itu. Buat membilas kesan-kesan dosa yang lalu. Sungguh aku manusia yang selalu lalai. Aku manusia yang tidak ada wang berjuta. Tidak mampu bergerak bebas di bumi Allah yang luas ini. Perlu mengumpul duit dan mestinya mengambil masa. Tapi aku percaya, kuasa Dia mengatasi segalanya. Semua yg berlaku atas izin-Nya jua... Kalau ada rezeki tentunya tidak akan kemana... :)