Showing posts with label soul. Show all posts
Showing posts with label soul. Show all posts

Monday, January 31, 2011

challenges : Day 05

Day 05- A picture of somewhere you’ve been to

Saya telah diberi kesempatan menunaikan umrah buat kali pertama pada 19-27 Februari 2009. pengalaman yg sangat indah dan penuh kedamaian. selalunya hanya dengar cerita dari kawan2, pembacaan dan melalui tv. tapi Alhamdulillah saya juga diberi peluang mengalami sendiri keajaiban bumi Mekah. ada beberapa peristiwa yg sungguh ajaib berlaku ketika saya disana. ada yg menyenangkan, ada juga yg memberi keinsafan yg sungguh dalam.

dan kini, InsyaAllah... jika tiada halangan, jika tiada aral yg melintang... saya bakal kesana lagi untuk menunaikan umrah buat kali kedua. tidak pernah terfikir untuk buat ibadah umrah sekali lagi, tetapi rezeki dan kesempatan yg datang ini bukannya satu tawaran yg mudah didapati. pernah ustaz yg mengiringi rombongan saya ketika di mekah dahulu mengatakan bahawa.. mereka yg menjejakkan kaki ke bumi Mekah itu bukanlah semata-mata dengan kehendak hatinya, tetapi adalah terlebih dulu mendapat undangan dan seruan dari Nabi Ibrahim.. sebab itulah ketika tawaf talbiahnya seperti ini...

"Labbaikallah Humma Labbaik, Labbaikala syari kalaka labbaik,
Innalhamda, wanniqmata, Lakawalmulk, La syari Kallak "

" Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Ya Allah,
Hamba-Mu datang menyahut panggilanmu.
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu,
Tidak ada sekutu bagi-Mu.
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu.
Sesungguhnya segala pujian dan nikmat dan pemerintahan
adalah kepunyaan-Mu.
Tidak ada sekutu bagi-Mu "

bergetar hati saya apabila mendengar kata-kata ustaz tersebut. terasa begitu disayangi dan terasa betapa kerdilnya diri sendiri jika dibandingkan dengan keluasan rahmat yang diterima dari-Nya selama ini...

saya berdoa semoga peluang yg hadir ini akan memberi ruang untuk saya memperbaiki kekurangan diri sendiri, seterusnya menjadikan saya manusia yg lebih bersyukur dan lebih mencintai Allah serta Rasulullah s.a.w..

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
Ar-Rahmaan, Ayat 16

Sunday, January 16, 2011

bukan rezeki

Saya sedikit sedih malam ini. Dengan tidak disangka2, bonda saya terbuang supplement yg sy letak atas meja makan.huhu.. sy baru sempat makan beberapa biji. dlm feeling yg sensitif sejak akhir2 ni, sy bjaya juga redha dan memujuk hati sendiri. mmg sudah ditakdirkan bukan rezeki. hehe.. kalu difikir2kan, tu baru kehilangan brg bhrga rm53. belum lgi kehilangan kereta ke, duit ke.. ataupun kaki ke, mata ke... jadi kena la ajar hati untuk bersyukur dan redha dgn ujian2 kecil sebegini. moga sikap yg positif ini akan mbawa kebaikan yg lebih berguna dlm mendidik hati utk lebih tabah dgn dugaan yg lebih besar di kemudian hari. insyaAllah... btw, esok sy nk gi buy obat yg baru ;)

fyi, saya sedang baca sebuah buku yg sangat menarik. 542 pages semuanya. jd mungkin akan mengambil masa utk mnghabiskannya. so dear friends, i will share it here later.. any points that captured my attention. and i promise it will be soon enough if i'm in a pink of heatlh evryday this week! do pray for me k .. wink!wink! ;p

p/s: nyam..nyam.. enak menikmati plbagai buah-buahan yg diborong di pasar payang siang tadi. limau kecik ni sedap sgt. masam2 manis. ada anggur merah & hijau, buah delima, limau kecik dan betik! erk, cm kt pasar lak meja ni. thehehe ;)

Wednesday, January 12, 2011

challenges : Day 02

Day 02- The meaning behind your Blogger name

Nama blog saye ialah jacaranda+story=jacarandastory. diambil sempena nama bunga jacaranda yg mnjadi kegemaran sy.

Sbenarnya byk lg bnga lain yg mnjadi kegemaran saye. time kt kampus dulu cthnya, sy sgt menggemari bunga matahari. sehinggakn time konvo pun sy mngharapkan jambangan bunga matahari. ketika itu bunga matahari mggambarkan personaliti sy yg simple dan bebas. selain itu saya juga menyukai bunga dandelion, ros, tulip, lavender, lily etc.

tetapi dlm byk2 bunga itu, bunga jacaranda ada tamsilan yg istimewa dlm sejarah hidup saya. kisah itu bermula ketika sy d sekolah rendah lagi. ketika itu sy menziarahi saudara yg tinggal di kelantan. sy ingat lagi rumahnya di kuaters polis. ada sebuah pdg permainan yg dikelilingi dgn pohon2 yg rendang dgn bunga kecil2 berwarna kuning. sebelah ptg sy akan ke sana utk menemani rakan sebaya utk bermain. ketika org lain seronok dgn buaian dn plbagai game lain, saya merebahkn bdan di atas rumput yg menghijau.

apabila angin bertiup, bunga2 di atas pokok gugur ke atas badan sy seakan salji. sangat indah dan mendamaikan. lama-kelamaan bunga2 kecil yg gugur itu menutupi rumput yg menghijau.akhirnya ia kelihatan spt carpet kuning. sgt grand! hati sy yg melihatnya berasa sungguh gembira! sekejap terasa spt berada di luar negara dgn salji2. sekejap pula terasa spt berada dlm mjlis meraikan kejayaan dgn taburan bunga2.. kuat sungguh angan2 si kecil itu..hehehe...

setelah sy dewasa, bunga jacaranda mbawa erti yg lebih dalam. ia adalah simbolik kpd ketenangan, keindahan dan hakikat kehidupan. mungkin cukuplah setakat ini saja huraian yg begitu abstrak ini. kerana ayat2 yg sy tuliskan x akan bjaya menyampaikan mksud sbgaimana yg tertulis di dasar hati saya. aaahh akhirnya sifat puitis ini telah terbongkar... mngkinkah boleh mnjadi sepuitis ana rafali? hehehe...

p/s: one day, i wish i'll be here... Grafton, Northern Rivers New South Wales, Australia.

Friday, October 15, 2010

reciting the Quran

Sempat mengaji bersama after solat marghrib sementara menunggu isyak... its for the first time dan saya mengharapkan ianya kekal sehingga ke hari2 tua kami... InsyaAllah..

Monday, November 2, 2009

iktibar

Sungguh bahagia kerana sudah hilang sakit yang dirasakan seharian semalam. Alhamdulillah...

Terlalu banyak benda yang baru dan memeningkan sejak akhir-akhir ni. Buatkan aku tidak berkesempatan menulis apa-apa pun untuk ingatan di ruang ini.

Seorang kawan dalam kekecewaan yang dalam, buatkan aku sedih dan memikirkan apa yang mampu aku lakukan untuknya.. tetapi tidak ada apa yang akan berubah hanya dengan kata-kata. Lantas apa yg dapat aku lakukan adalah hadiahkan doa utknya setiap kali mengadap Yang Maha Esa. Moga kesakitan yang dirasakan olehnya akan berkurang dan digantikan dengan kebahagiaan jua.

Seorang rakan lain sedang di alam percintaan yang teramat membahagiakan. Mungkin sedang mengatur langkah ke alam perkahwinan. Alhamdulillah... kasih sayang Allah itu cukup luas sehingga tidak mampu kita bayangkan di mana, bila dan bagaimana ianya sampai kepada hati kita yang lemah ini..

Membandingkan dua kisah ini, aku mengambil iktibar untuk diri sendiri. Bagiku, kesedihan dan kebahagiaan itu tetaplah satu ujian. Allah memberi kedukaan untuk menguji hambanya agar selalu mengingati-Nya... Allah juga memberi kebahagiaan untuk menguji sejauh mana manusia mensyukuri nikmatnya disaat bahagia. Pun begitu tidaklah keadaanku yang biasa ini membuatkan aku tidak terasa ujian dari-Nya... ujian dan dugaan yang datang hari demi hari dalam hidupku tetap berterusan. Cuma Alhamdulillah ianya tidaklah meruntuhkan ketabahan hati dan mengundang airmata yang berpanjangan.

Barangkali aku belum cukup kuat menerima dugaan besar dalam hidup, kerana hanya manusia yang kuat imannya akan diuji dengan ujian yang benar-benar berat... Untuk itu aku juga tetap bersyukur.. hanya Dia yang tahu waktu yang tepat bagiku untuk ujian yang lebih berat itu. Siapa lagi yang mampu mengetahui persediaan hamba-hambaNya?

Beberapa bulan lagi tahun baru akan menjengah. Sedangkan azam tahun lepas masih ada yang bersisa. Sungguh jauh diri ini dari perancangan yang selalu difikirkan dulu. Moga esok lebih tersusun, cerdas dan efisien! Dengan izin-Nya jua...

Monday, March 2, 2009

panggilan

Rindu
Perkataan rindu sahaja tak cukup nak gambarkan perasaan bila melihat gambar Masjidil Haram ketika ini. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana Dia Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. Maha Pemurah... Aku diizinkan menjadi salah seorang tetamuNya di Tanah Haram Madinah dan Mekah pada 19-27 Februari yang lalu. Banyak yang berlaku ketika aku disana. Banyak yang baik tetapi ada juga yang menyedihkan - tapi memberi kesan yang sangat baik! Alhamdulillah..

Umrah
Kesempatan kali ni sempat untuk kebanyakan dari kami lakukan 4 kali umrah. Aku sempurnakan 2 kali umrah daripadanya untuk 2 org insan istimewa dalam hidup aku. Orang yang sudah tiada lagi di dunia ini. Yang terlalu banyak memberi tanpa menerima apa-apa. Justeru aku ambil peluang ini sbg hadiah untuk mereka. Moga aman dan tenang di sana...

Perasaan
Kembali dari sana masih sama. Cuma rasa tenang dan gembira. Harap perasaan ni akan kekal utk jangka masa yg lama.

Doa
Banyak yang aku doakan -untuk keluarga, rakan-rakan, guru-guru etc. Doa semoga jalan yg aku pilih adalah yg terbaik untukku. Jika ada duka, berikan aku kekuatan untuk menghadapinya. Doa untuk kawan-kawan yang sedang membuat pilihan. Doa kebahagiaan untuk rakan yang bakal menempuh alam rumahtangga. Doa untuk sahabat setia - yang terbaik untuknya. Moga silaturrahim kekal sampai bila-bila. InsyaAllah.

Tanda Ingatan
Tidak banyak yang aku beli di sana. Sedikit kurma untuk kawan, jubah, sejadah dan beberapa keperluan lain. Tempat membeli banyak sekali tp waktu yg ada tidak seharusnya dihabiskan untuk perkara sebegitu bukan?

Paling Diingati
Pastinya saat menyentuh Kaabah dan Hajarul Aswad. Juga tidak lupa rasa air zam zam yg sgt berbeza ketika minum di Malaysia. Juga saat imam menangis dalam solat pada malam terakhir di Mekah.

Keajaiban
Banyak kejadian yg tidak terduga. Sungguh bersyukur dengan segalanya. Sebelum ini selalu mendengar cerita orang. Tapi kini bila alami sendiri, sukar digambar dengan kata-kata. Alhamdulillah...

Seminggu berlalu tidak terasa. Aku bermohon kepada Allah SWT supaya dimurahkan rezeki untuk ke sana lagi. Untuk aku merasai lagi ketenangan itu. Buat membilas kesan-kesan dosa yang lalu. Sungguh aku manusia yang selalu lalai. Aku manusia yang tidak ada wang berjuta. Tidak mampu bergerak bebas di bumi Allah yang luas ini. Perlu mengumpul duit dan mestinya mengambil masa. Tapi aku percaya, kuasa Dia mengatasi segalanya. Semua yg berlaku atas izin-Nya jua... Kalau ada rezeki tentunya tidak akan kemana... :)