Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Monday, December 3, 2012

gila tudung

Waduh.. macam2 jenis tudung dipasaran sekarang.. tp yg buat pening tu harga pun boleh tahan. hehe. Cantik2 dengan design dan color yg mmg menggugat jiwa ;p Byk betul brand baru bersaing. Design lebih kurang sama tp kualiti mmg berbeza. Kalau tudung Fareeda tu mmglah terkenal dengan kecantikan dan kualiti yg mmg superb! keronsang pun cantik. mmg terasa gak nak buy at least sehelai..hehe.. tp smpai skrg belum jumpa yg betul2 berkenan. Sebenarnya bukanlah terlalu cerewet dengan pilihan design n kaler tp sy mencari saiz yg agak besar sedikit. Tudung Fareeda saiz XL agak menarik cuma yg ada di kedai terdekat xde pulak kaler yg berkenan.hehehe..mcm2 alasan pulak yg dicari (sebenonye antara alasan yg utama tu sebab berkira2 nak beli dgn budget yg tengah tight ni..hihii

Skrg sy selesa dgn brand Zehra. Kain yg ringan dan lembut. Kaler yg agak cantik dan sesuai dipadankan dengan banyak baju. Tapi en suami cakap sy selalu pakai design sama. mungkin dari segi taste berfesyen dan pemakaian sy kurang pandai. bila dah selesa dengan sesuatu design, sy akan terus kekal dengan brand tertentu utk tempoh masa yg agak lama. jadi kebanyakan design akan nmpak sama. mungkin sy perlu ubah sedikit demi sedikit kan? untuk kepelbagaian dan tidak pula nampak bosan ;) lagi pula rakan2 sepejabat saya semuanya pandai berfesyen.. tak bolehlah sy jauh sangat ketinggalan.hehe.. 

Tapi the truth is saya tidak kisah jika dikata x pandai fesyen. asalkan hati saya setuju dan hepy.. cuma pandangan en suami paling utama akan diambilkira..itupun tentunya tidak akan mengubah prinsip dan taste sy juga..hahaha.. beginilah kehidupan kan? walau sebanyak mana pun persekitaran berubah, ianya bergantung kepada diri sendiri untuk memilih apa yg kita setuju dan pegang. jangan sekali-kali kita lakukan perkara yg tidak kita sukai..tetapi jangan pula kita menutup terus hati kita untuk perkara baru dan perubahan. kita perlu mencuba perkara baru yg mungkin akan membawa perubahan positif dalam kehidupan kita. tapi perubahan drastik hanya perlu utk perkara buruk kearah yg baik..untuk peningkatan atau upgrade..perlahan but within the ryhtm sudah cukup.. for me..it works like that.. for you? just ask ur heart ;)

Monday, October 8, 2012

kembali lagi...

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...Syukur yang teramat kepada Allah SWT.

Saya masih dipanjangkan usia sehingga ke detik ini. Mengecap pelbagai suka dan duka.. nikmat dariNya.

Sudah terlalu lama tidak ada entry baru.. tapi selepas ini  blog ini InsyaAllah tidak akan sunyi lagi. Skrg sy dh boleh update entry dari rumah. Bukannya sebelum ni x boleh update tetapi kekangan utk menulis mnggunakan tab atau hfon. Tapi skrg kami dah memiliki komputer desktop sendiri. Yeayy.. sy sgt heppy!! Rindu sgt nak guna desktop di rumah.. dan bermula hari ni impian tu jadi kenyataan. Thanx to kawan en suami yang dah tlg beli dan setup komputer dengan spec yg kami inginkan. En suami siap bgtau rs cm nk tgk tv melalui skrin komputer ni saja..haha.. yes..its wide n clear! Yes..yes..yes.. inilah budak sc comp yg rindu dgn spec pc yg ada ni.. ;D 

Mungkin entry selepas ni akan banyak dengan cerita ttg si kecil buah hati kami Abdullah Hakeem..hehe..Rasa sedikit ralat x sempat upload cerita kisah pengalaman bersalin dulu. But its okay, maybe i can do it sooner. Kalau Hakeem tido awal mcm hari ni.. i cn get pretty much time to write anything!!

Entry pertama cuma cerita ttg desktop kami yg disayangi ni.. dan im alone in front of this screen. Hakeem dh tido.. en suami otw ke kl.. kursus sehari n wil get to see him again tomolo.. Semoga Allah melindungi suami sy .. Abdullah Hakeem.. kami sekeluarga.. selalu.. Aminn..

Nantikan entry2 yg bakal tiba..hehe.. ade ke yg menanti? hahaha.. the truth is, i write for myself. but if someone or anyone read this too, im happy. and if they can smile or get something thru this blog..it is something!! ;D 

Luv alwiz to you who read this ;) 



Tuesday, June 7, 2011

cerita makan...


Buat kali pertama pegi checkup pregnancy tengahari.. kes terlajak wat keje kt opis.huhu.. smpai je kt klinik dekat kul 1 n nurse bgtau akan panggil dlm kul 2.. fuhh..lamanye jd baik saye gi nyum2 dulu.perut pun tengah berdendang ni. terus balik ke wisma n lunch burger ayam. selera makan bukan main lagi sejak 2 minggu lepas. budget mesti berat naik lagi. last checkup naik 2 kilo dlm 2 minggu.

kul 2 gi ke klinik skali lagi n x sangka ramai pulak org..aiseyy..dah la blom solat zohor. tp sy dh x larat dh ulang-alik lagi. tnggu je giliran. Alhamdulillah dlm 3.30 ptg selesai. seperti yg dijngka berat naik lagi dgn bestnye.. tambah lagi 2 kilo..hehehe.. nurse dh bising. kena refer kt doc n akhirnya kena dtg checkup blood pressure 2 kali seminggu starting next week. jenuh lagi nak ke klinik..haaih.. harap2 x kena minum air gula. dengar cite kwn2 cam ngeri sgt je... berat naik ni kes makan sedap sgt since last 2 weeks. mula2 stay kt awana 3 days, then ke the zon kl, next ke sunway lagoon resort for 3 days, then ke sutra beach lak... makan mmg x ingat pnye.. bila byk pilihan selera menjadik2..hehehehe.... tp sy agak next week berat akan stabil sbb selera makan saya x brapa ada time en suami xde. kemarin dinner roti ngan sup je. hari ahad ari tu makan roti n jemput bwg je utk bfast+lunch+dinner.. no appetite. rindu kt en suami je banyaaak.. =(

tapi nak share info kt kngkwn ttg makanan yg sungguh sedaaaaap kat Atrium Cafe di Sunway Pyramid Tower Hotel. mmg terbaek punye! kalu ade duit xtra.. nak gi makan kat sana lagi..hehehe... alamak teringat dh wantan noodle dia yg begitu awesome!!!nyummmmm....

abis cite makan.. sy sngguh x sabar menunggu en suami balik next week sbb byk sgt perancangan yg perlu diselesaikan. skrg pun sy tengah addicted dgn housekeeping. last weekend i had such a wonderful off days!! wpun cuma 2 hari je.. (sabtu dan ahad) amat2lah bererti bagi saya yg jarang2 ada masa time weekend. sempat gak sy kemas stor.. x sangka jadi makin aktif dgn perut yg makin bulat nih. ramai yg tegur sy aktif sgt time handle program dn diaorg ckp baby nnt rajin =) ramai gak yg cakap sy mudah bersalin nanti..hehe.. sy mengaminkan aje.. harap2 kata2 diaorg jadi kenyataan. amiiinn..

p/s: musim kawen ni sy teringat lak time kawen dulu. rindu plak dtg.. so 2-3 hari ni duk belek gambo2 wedding..hehehe...

Thursday, April 28, 2011

setelah sebulan

Lama betul x update blog ni. bila bukak hari ni cm x caye lak genap sebulan. last entry 28 mac.. and today 28 april. sememangnya byk betul pkara yg berlaku dlm tempoh sebulan ni.

sepatutnya sy berpuasa hari ni. tapi dekat jam 10 pagi tadi badan terasa sgt lemah wpun bsahur mihun rebus bsama en suami pagi tadi. terus sy mklumkan pd en suami nk cncel pose dn dia kata okey. hari selasa lepas dh berjaya pose sehari. jadi tinggal 2 hari lagi utk ganti. smoga sy diberi kekuatan utk menyelesaikannya.

sebenarnya lately sy rasa begitu letih. tugasan sy di pejabat yg kdang2 org nampak mudah tp sebenarnya menguji kesabaran. tambah lagi effect pregnancy ni emosi sy kdang2 tidak menentu kerana bdan cepat letih. sy tidak betah duduk lama2 di kerusi kerana akan sakit pinggang. mcm kelmarin sy ke klinik utk pregnancy checkup. 8.30 pagi smpai di klinik tpi tnghari baru selesai. setelah mnunggu 2 jam lebih baru dipanggil utk timbang berat. kerusi yg disediakan mmg x bleh nk gerak2. sakit pinggang yg teramat..

tp sy msih mmpu bsabar jika itu yg sepatutnya dilalui. cuma apa yg benar2 menyakitkan hati sy ialah apabila sy lihat masa ketibaan sy yg tercatat pd kad merah ialah pd jam 9.45 pagi! sedangkan sy dh ada di klinik 8.30 pagi. sy pun x tahu mcm mana sistem yg dipakai. apa yg sy lihat prgerakan kad dri kaunter pndaftaran dibuat secara manual dan nurse yg brtugas akan kumpul kad byk2 dan barulah dihantar ke kaunter timbang berat pula. byangkan kad sy didaftar pd jam 9.45 pagi.. pukul brape agaknya kad sy bgerak ke kaunter timbang. sebab tu la agaknya sy dipanggil utk timbang pd jam 10.45 pagi! sy sgt frust dan rasa sedih! cmpur dgn emosi yg fragile ni.. rasa cm nak nangis pun ada!

checkup kali ni hb sy turun. nurse dh bagi warning supaya makan iron yg dibekalkan. sy mmg skip mkn iron slpas pcubaan makan beberapa kali x bjaya. sy akan muntah dn rs lembik lpas mkn iron. yg susah nk mkan tu sbb iron je yg kena makan time perut kosong dan boleh makan 2 jam selepas tu pula. ada sekali tu sy nyaris2 muntah dlm lif pejabat. sejak tu terus sy skip mkn iron. bila sy bgtau nurse, dia cdangkan sy mkn T-Iberet. pil tu all in one so sy xyah mkn vit2 lain lagi. cuma dia bgtau dos yg spital bagi paling baik sbb pil all in one ni dosnye ada yg cukup, ada yg x cukup.. so sy decide nk try mkn iron yg spital bagi sekali lagi. kalu x bleh sgt baru nk beli Iberet yg dicadangkan tu. cara tradisional yg dicadangkan kwn2 opis utk naikkan hb ialah dgn makan bayam, hati ayam dan kerang. tp selera sy lnsung xde dgn item2 tu buat masa ni.

hari isnin salah seorg sahabat sy telah menyahut panggilan Ilahi di usia 28 tahun kerana barah paru2. dia meninggalkan isteri dan seorg anak yg baru menyambut birthday genap setahun. arwah adalah seorg kwn yg sgt soft-spoken dan tenang. biasa sy dengar, yg org2 baik2 selalunya di panggil Allah dahulu. apa yg buatkan sy terkejut, dlam sebulan dua saja, dia disahkan sakit tapi terus stage 3 cancer. x lama lepas tu meninggal. sy memikirkan emosi isteri arwah yg sempat hidup bersamanya bermula Jun 2009. sy cuba meletakkan diri sy ditempatnya.. sungguh lemah dan parah rasanya. Allah menduga seseorg sesuai dgn kesanggupannya... semoga Allah memberi kekuatan, ketenangan dan melindungi hidup isteri dan anak arwah Wan. semoga Wan ditempatkan bersama orang2 yg disayangi Allah dan bahagia di sana.. InsyaAllah...

arwah wan celebrate birthday anak di hospital

wajah tenang arwah ketika majlis akad nikah Jun 2009

saat-saat akhir di hospital
(all pics credits to fb wan & isteri)

bila terkenangnya hayat mereka yg terlalu singkat, sy memikirkan matlamat kehidupan yg entah bila penghujungnya. adakah masa sy semakin hampir? bilakah masa sy pula akan tiba..

buat masa ini, sy adalah seorg insan yg bahagia. Allah telah memberikan sy begitu banyak kegembiraan. Alhamdulillah... tetapi perjalanan hidup ini sememangnya penuh ujian. sy cuma mengharapkan yg terbaik utk keluarga dan mereka yg sy sayangi.. InsyaAllah sy akan cuba sedaya utk menghargai segala yg saya miliki..

note: kdg2 rasa sungguh malas nk berbicara dgn 'org2 itu'. benarlah sabda Rasulullah.. diam itu lebih baik.

Hikmah Diam:
- Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
- Perhiasan tanpa berhias
- Kehebatan tanpa kerajaan
- Benteng tanpa pagar
- Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
- Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
- Menutupi segala amal

Monday, February 14, 2011

demam

Minggu lepas sgt hectic bg saya. akhirnya sy demam pd hari sabtu. bermula selasa sy keje smpai malam. plbagai program yg perlu dihadiri. berdiri dan berjalan kehulu ke hilir. jumaat tu juga sy mmg terlalu aktif bergerak ke sana sini. dengan hepynya membeli brg2 dapur dn memasak. akibatnya hari sabtu saya keletihan teramat.

Sy tidak pasti kalau org lain pun sama, tetapi demam sy sedikit berlainan ketika prgnant. tidak spt demam biasa, ni sudah kali kedua sy demam time prgnant. terasa mencucuk2 seluruh tubuh dn tenaga menghilang entah ke mana. terasa seakan tidak mahu bergerak ke mana2. mahu tidur dan tidur saja. bercakap pun rasa malas.. owhh sungguh teruk perangai saya nampaknya. selera terbang entah kemana. tidak ada langsung keinginan utk apa2 makanan pun. percaya atau tidak sy cuma makan roti, kalau nasi pun berlaukkan telur goreng mata dan berulamkan timun jepun bersama kicap. itu saja..

Saya tidak suka keadaan sebegini. sy mahu aktif dan cergas seperti biasa. sy tidak suka merisaukan org2 di sekeliling sy. juga tidak mahu menyusahkan mereka. mungkin sy mmg sudah terbiasa hidup berdikari, susah senang sy simpan sendiri.. tapi sy faham juga tindakan sy ini mungkin mbuatkan ada yg terasa mereka tidak diperlukan. ada yg mungkin berkecil hati. tapi kebiasaan ini bukanlah mudah diubah lagi.. sy cuma berdoa tidak ada yg akan salah faham..

p/s: berdoa semoga cepat sembuh...

Tuesday, January 11, 2011

challenges : Day 01

Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

Well, its not that recent.. but it was taken in dec 2010
saye yg snyum iklan colgate tu ye =)

15 interesting facts about me..

01- Simple minded in almost evrything. simplicity is a gud way of living right? hehe
02- Looves orchestra! & instrumental juge.. sy suka lagu2 yg easy listen..
03- Interested in Japanese culture.. n korean too!
04- Quite forgetful in certain things.. hehehe yg ni xleh detail
05- Bila sy fokus kt satu2 prkara, sy boleh jadi imun terhdap unsur2 di sekeliling.. usually time baca buku/ tgk tv
06- Sy suka memasak utk org, tp kurang selera dgn masakan sndiri..
07- Byk baju kurung sy ade unsur2 warna purple. bkn sngaja pilih tp baru je tersedar rupanya suka wrna tu..
08- Book lover dan berangan memiliki personal library sendiri
09- Susah nk pilih perfume yg match ngan hidung saye.. tats y i just stick to certain brands only
10- Cita2 pertama masa kecik2 ialah fashion designer. hahaha..x sesuai lnsung dgn personality skrg!
11- Sy suka tgk spongebob squarepants!
12- Sentiasa merindui kenangan di universiti. byk sgt prkara ttg khidupan yg dipelajari =)
13- Sy suka lauk chinese style or yg x pakai santan/ spices sgt
14- Deria rasa sy sedikit strong dr normal people kot.. bila sy rasa manis or masin sikit, org kata dah okay!
15- Sy dan en suami bukan kategori jatuh cinta pandang pertama ;)

So, happy knowing me dear friends! ;)