Monday, February 14, 2011

demam

Minggu lepas sgt hectic bg saya. akhirnya sy demam pd hari sabtu. bermula selasa sy keje smpai malam. plbagai program yg perlu dihadiri. berdiri dan berjalan kehulu ke hilir. jumaat tu juga sy mmg terlalu aktif bergerak ke sana sini. dengan hepynya membeli brg2 dapur dn memasak. akibatnya hari sabtu saya keletihan teramat.

Sy tidak pasti kalau org lain pun sama, tetapi demam sy sedikit berlainan ketika prgnant. tidak spt demam biasa, ni sudah kali kedua sy demam time prgnant. terasa mencucuk2 seluruh tubuh dn tenaga menghilang entah ke mana. terasa seakan tidak mahu bergerak ke mana2. mahu tidur dan tidur saja. bercakap pun rasa malas.. owhh sungguh teruk perangai saya nampaknya. selera terbang entah kemana. tidak ada langsung keinginan utk apa2 makanan pun. percaya atau tidak sy cuma makan roti, kalau nasi pun berlaukkan telur goreng mata dan berulamkan timun jepun bersama kicap. itu saja..

Saya tidak suka keadaan sebegini. sy mahu aktif dan cergas seperti biasa. sy tidak suka merisaukan org2 di sekeliling sy. juga tidak mahu menyusahkan mereka. mungkin sy mmg sudah terbiasa hidup berdikari, susah senang sy simpan sendiri.. tapi sy faham juga tindakan sy ini mungkin mbuatkan ada yg terasa mereka tidak diperlukan. ada yg mungkin berkecil hati. tapi kebiasaan ini bukanlah mudah diubah lagi.. sy cuma berdoa tidak ada yg akan salah faham..

p/s: berdoa semoga cepat sembuh...

2 comments:

  1. minum air oren...moga cpt sembuh, sian baby ;0

    ReplyDelete
  2. baby nk mnum air oren yg mama-rina wt..heeee ;p

    ReplyDelete