Monday, March 2, 2009

panggilan

Rindu
Perkataan rindu sahaja tak cukup nak gambarkan perasaan bila melihat gambar Masjidil Haram ketika ini. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana Dia Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. Maha Pemurah... Aku diizinkan menjadi salah seorang tetamuNya di Tanah Haram Madinah dan Mekah pada 19-27 Februari yang lalu. Banyak yang berlaku ketika aku disana. Banyak yang baik tetapi ada juga yang menyedihkan - tapi memberi kesan yang sangat baik! Alhamdulillah..

Umrah
Kesempatan kali ni sempat untuk kebanyakan dari kami lakukan 4 kali umrah. Aku sempurnakan 2 kali umrah daripadanya untuk 2 org insan istimewa dalam hidup aku. Orang yang sudah tiada lagi di dunia ini. Yang terlalu banyak memberi tanpa menerima apa-apa. Justeru aku ambil peluang ini sbg hadiah untuk mereka. Moga aman dan tenang di sana...

Perasaan
Kembali dari sana masih sama. Cuma rasa tenang dan gembira. Harap perasaan ni akan kekal utk jangka masa yg lama.

Doa
Banyak yang aku doakan -untuk keluarga, rakan-rakan, guru-guru etc. Doa semoga jalan yg aku pilih adalah yg terbaik untukku. Jika ada duka, berikan aku kekuatan untuk menghadapinya. Doa untuk kawan-kawan yang sedang membuat pilihan. Doa kebahagiaan untuk rakan yang bakal menempuh alam rumahtangga. Doa untuk sahabat setia - yang terbaik untuknya. Moga silaturrahim kekal sampai bila-bila. InsyaAllah.

Tanda Ingatan
Tidak banyak yang aku beli di sana. Sedikit kurma untuk kawan, jubah, sejadah dan beberapa keperluan lain. Tempat membeli banyak sekali tp waktu yg ada tidak seharusnya dihabiskan untuk perkara sebegitu bukan?

Paling Diingati
Pastinya saat menyentuh Kaabah dan Hajarul Aswad. Juga tidak lupa rasa air zam zam yg sgt berbeza ketika minum di Malaysia. Juga saat imam menangis dalam solat pada malam terakhir di Mekah.

Keajaiban
Banyak kejadian yg tidak terduga. Sungguh bersyukur dengan segalanya. Sebelum ini selalu mendengar cerita orang. Tapi kini bila alami sendiri, sukar digambar dengan kata-kata. Alhamdulillah...

Seminggu berlalu tidak terasa. Aku bermohon kepada Allah SWT supaya dimurahkan rezeki untuk ke sana lagi. Untuk aku merasai lagi ketenangan itu. Buat membilas kesan-kesan dosa yang lalu. Sungguh aku manusia yang selalu lalai. Aku manusia yang tidak ada wang berjuta. Tidak mampu bergerak bebas di bumi Allah yang luas ini. Perlu mengumpul duit dan mestinya mengambil masa. Tapi aku percaya, kuasa Dia mengatasi segalanya. Semua yg berlaku atas izin-Nya jua... Kalau ada rezeki tentunya tidak akan kemana... :)

No comments:

Post a Comment