Monday, October 22, 2012

kenangan terindah

Terasa begitu cepat masa berlalu..sungguh! Minggu ini adalah antara yang paling hectic kerana majlis sukan yg berlangsung selama 5 hari (18 - 22 okt 2012). tetapi bagi kami sebagai tuan rumah.. lebih lagi dari itu. untuk saya pula persiapan utk sukan badminton dan persembahan kontinjen 'Ulek Mambang' menjadikan jerawat pada wajah ni naik dengan begitu happynya. hehehe... en suami pula bekerja. tinggallah saya dan si kecik Abdullah Hakeem berdua mengharungi tekanan yg sudahpun bermula awal Oktober lagi.. saya bertuah juga kerana dibantu oleh abang sendiri dan isterinya yang tolong menjaga Hakeem beberapa kali. budi mereka akan saya kenang selamanya..

Namun keletihan dan pelbgai tekanan yang dirasai terasa begitu berbaloi pabila kontinjen kami sebagai tuan rumah telah memenangi johan keseluruhan dan persembahan terbaik!! begitu lega.. walaupun badminton tidak dapat memberi mata yang tinggi buat pasukan, pengalaman yg dikutip bukan sedikit ;)

Dari sukan kali ini.. saya telah berpeluang menyertai persembahan kontinjen dan diamanahkan untuk bermain salah satu alat muzik gamelan iaitu kromong. sebelum ini saya pernah bermain perkin. tapi kali ini tekanan lebih sedikit kerana kromong merupakan antara alat yang utama dalam gamelan. 


pada mulanya saya memang menolak berkali-kali dengan permintaan pengurus persembahan yg merangkap bos sy sendiri di tempat kerja.. tapi saya turutkan juga latihan yang diadakan..dengan permintaan yang bertukar menjadi arahan, tidak sangka saya kekal bermain alat tersebut sehingga ke persembahan sebenar..hehe.. sedikit bertuah juga jika mempunyai bos yg tegas n firm kerana di sebalik arahan itu.. terselit keyakinannya terhadap kemampuan diri saya. "Always take d step forward".. itu yang dikatakannya.. simple but deep with meaning.. dan disebabkan keyakinannya itu, saya telah berjaya mengatasi ketidakyakinan diri dan akhirnya telah berjaya mempelajari alat muzik yng baru. ianya satu kepuasan dan pengalaman yang sgt indah ;) Alhamdulillah... pastinya saya akan merindui kromong ;)

so to celebrate myself for the hard work.. sy telah bercuti sehari.hehehe.. Alhamdulillah bos telah luluskan cuti. bolehlah saya bersantai di rumah dan meluangkan masa bersama Abdullah Hakeem sepenuhnya .. tenkiu again boss!! ;D


we are the champion!! yeayy!!


“Individually, we are one drop. Together, we are an ocean.. " - Ryunosuke Satoro


No comments:

Post a Comment