Tuesday, October 19, 2010

airmata

Pagi ni ketika sy bangun tidur, sy sudah keseorangan. suami sy dh balik berangkat ke tempat keje jam 4.00 pagi tadi. Dlm sy berpesan pd hati utk mengantar dia dgn senyuman, airmata tetap juga mengalir. Sgt sedih dgn perpisahan sementara ini. Sy tidak mahu memikirkan yg bukan2 tetapi sbg manusia kita sentiasa perlu bersedia menghadapi segala Qada' dan Qadar ketentuan Ilahi..

Pagi ni sy tidak perlu sediakan bfast utk en suami, sedikit rileks di permulaan hari tetapi hati sy masih menginginkan rutin itu.. juga rutin bersalam dengannya sebelum ke tempat kerja. Tapi sy tahu dia pergi demi kami semua... demi keluarga yg dia sayangi.. demi mencari rezeki di bumi Allah yg luas ini..

Semoga Allah merahmati hidup suami saya, melindungi dia di setiap ketika, dijauhkan kami dari fitnah dan hasad dengki manusia... sehingga dia kembali ke sisi saya semula. Amiinn...

No comments:

Post a Comment