Wednesday, February 10, 2010

bahagia & redha

Menafsir rasa bahagia & membenarkan hati untuk redha atas dugaan yg menimpa.. adalah antara 2 perkara yg sukar untuk diterjemahkan...

Pelbagai masalah muncul.. tetaplah hati tidak tenang walau aku bukan punca, kerana ada juga sedikit kaitannya.. mencuba sedaya untuk mencari jalan terbaik agar tidak ada hati yang luka, tetapi sebagai manusia biasa, kesilapan ada di mana-mana..

Berbahagialah hati dgn kurnia dan rahmat Allah yg diterima.. bersyukurlah walau dengan perkara yg sekecil-kecilnya. dari anugerah sepasang mata, suara, telinga untuk mendengar.. sehingga ke anugerah satu nyawa utk meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Maka dgn anugerah yg tidak terhitung yg kita terima ini.. berbahagialah. Kerana itu juga andai hidup diuji dgn masalah, ujian dan musibah.. pujuklah hati untuk redha. kerana setiap kesusahan itu pasti akan disusuli pula dengan kebaikan... itu janji Allah sebagaimana firmannya dalam Surah Al- Insyirah, ayat 5-6:

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."

No comments:

Post a Comment