Monday, January 31, 2011

cravings...

Minggu ini selera saya sungguh tidak menentu. utk breakfst pd hari tidak bkerja, saya akan meminta en suami belikan roti canai. mesti yg panas2 dan lembut. yg kosong dan tidak mahu telur. wpun sblum ini sy mnggemari roti canai telur.

utk dinner pula mesti food yg saya order dulu, yg minta en suami belikan di kedai. mahu mkn yg panas2 juga. kalau en suami beli saja dan bawa balik, saya makan juga tapi akan keluar balik. kesian en suami. dia tidak pernah merungut tetapi sy tahu betapa dia tidak suka berada di kedai makan seorg diri. sesungguhnya sy tidak mahu jadi cerewet begini tetapi sy tidak dpt mengawalnya.

sejak hari Jumaat, saya nak makan mangga muda. kalau org kmpung di trg ni panggil 'pauh ringan'. buah mangga kecik2 yg rsnya sgt masam. jenis lain saya tak mau. puas sudah dicari di pasar tetapi xde kerana skrg bukan musimnya. tetapi Alhamdulillah kelmarin abg rais (rakan sepejabat) berusaha mencarinya dan jumpa 5 biji. en suami sendiri sudah puas mencari masih x jumpa. dan tiba2 hari ini mak sy telefon bagitau dia dah jumpa rumah yg ada pokok pauh ringan tu di kampung. katanya boleh buat stok lagi kalau x cukup satu plastik yg dia bawa balik :D waktu pening mencari, susah jumpa.. bila dh dpt, banyak pula serentak..hehe.. Alhamdulillah, apepun ini rezeki yg dipermudahkan olehNya.

saya seboleh2nya tidak mahu membuat permintaan yg bukan2 dgn en suami. tetapi pesanan org tua2, tidak boleh diamkan apa yg terlintas di hati kerana akan memberi kesan kpd baby. saya fikir mana yg boleh diikut, apa salahnya diikut saja.. tetapi mendengar cerita dari rakan2 sepejabat ttg keadaan isteri mereka ketika mengandung, buat sy bersyukur dgn keadaan sy yg tidaklah teruk mana. masih boleh bekerja dan melakukan kerja2 rumah yg ringan (kecuali memasak..hehehe)

saya juga cukup bertuah kerana rakan2 sepejabat sangat prihatin dgn permintaan2 saya yg tidak menentu. wpun dgn sekali sebut sahaja, makanan yg saya bayangkan itu akan muncul tidak lama.. hari ini saya dpt mkn kuih bom inti ikan(x pasti nama betulnya..hihi) yg dibawa oleh cik kejora12 kerana semalam sy ada menyebut ttg kuih yg sy beli tidak sesedap versi yg pernah dibawa cik kejora12 ke pejabat..hihi...nyum2. sebelum ini teringin makan buah nangka.. juga ditunaikan oleh abg rais. sungguh bertuah.. ibu & baby sgt hepy..hehehe.. saaayang cik kejora12 & a.rais.. mmuahs ;p

googled - kuih sebenar telah selamat dimakan..hehe..

hari ini juga cik aimi yg juga rakan sepejabat saya telah hadiahkan saya majalah pama. saya belum terfikir nk beli majalah tu. kerana rasa masih terlalu awal. kad merah pun belum dibuat.. sy cuma mencari info2 pregnancy di inet. tapi isi kandungan majalah tu sebenarnya mmg sgt bagus..mungkin sy akan mula membelinya utk bulan2 berikut pula.. ditambah lg dgn cover gmbar baby yg tersangat comel.. buatkan sy excited pula ;D

semalam ketika bersembang dgn en suami, dia bgtau mak mertua meneka baby sulung kami ini ialah babyboy. en suami sendiri tidak tahu rasional disebalik tekaan tersebut. mak saya pun konfiden babyboy juga. kami tidak kisah asalkan dia lahir dgn sihat zahir dan batin.. ayat cm kad raya pulak...hehe.. tapi sy mmg suka dgr takbir raya beberapa hari ni. dh refer dgn ustaz samada mendengar takbir raya dibolehkan ketika bukan dlm suasana menyambut raya. ustaz kata, tidak ada masalah kerana takbir raya sama juga seperti zikir kerana ianya adalah puji-pujian kepada kebesaran Allah s.w.t ;)

tanpa disedari entry ini menjadi begitu panjang... mungkin kerana terlalu lama tidak menulis ;)

p/s: masih berusaha menghabiskan bacaan buku yg sepatutnya sudah lama selesai..

3 comments:

  1. thats for baby,not for u...haha..mama ni mmg jahat...hua3.

    ReplyDelete
  2. makan jgn x makan..nt mama bam bam le..hehee

    ReplyDelete
  3. hehe.. baby syg mamatini ;)

    k.na, mmg dh bam2 ni.. rmai dh yg tegur.hihi..

    ReplyDelete