Wednesday, January 5, 2011

demam di tahun baru

semalam sy demam. demam tahun baru. pd ari isnin saya puasa ganti, lagi 3 hari yg tinggal. mungkin kerana keadaan badan yg kurang air ketika sy puasa, bdan sy mnjadi semakin lemah dan mula panas kelmarin ketika di pejabat. seleps keluar lunch dgn en suami, sy tertidur di srau pejabat utk seketika. mmg time tu dah seram sejuk. pd ptgnya sy cuba tahan dan buat kerja seperti biasa. abis saja waktu keje sy balik rumah dan terus berselimut.

slps solat isyak, sy tidak sedar bila sy tertidur. en suami keluar mbeli dinner. roti, nasi air dan nasi lemak. dia juga hidang makanan dan minuman. juga mbsuh pinggan. sy tidur dgn tampalan koolfver di dahi. demam kali ni buat sy rasa sakit urat seluruh tubuh. juga selsema. sy minum air masak dgn banyak utk turunkan suhu badan.

subuh tadi sy masih lemah. tetapi sy gagahkan diri utk solat subuh. apalah sgt solat 2 rakaat utk nyatakan syukur kpd Allah berbanding segala rahmat dan kasih sygNya kepada saya selama ini. selepas solat sy smbung tidur. Alhamdulillah ketika bangun pagi tadi suhu badan saya sudah turun. sakit2 badan juga semakin berkurang. selsema juga semakin pulih.

en suami menyediakan milo panas, roti dan buah-buahan utk bfast. ketika sy menulis entry ini, en suami baru shja balik dari luar utk urusan bank. dia mbawa balik lauk utk lunch, milo dan minyak masak yg telah habis stok. baru sebentar dia memasak nasi. rutin hariannya mjadi begitu sibuk apabila sy demam. sy tersenyum sendiri. Alhamdulillah sy dianugerahkan seorg suami yg begitu ringan tulang.

2 comments: