Saturday, January 12, 2013

renungan reunion

Alhamdulillah pada 4 - 5 jan yg lalu saya dan buddies dh bjaya adakan reunion yg short but sweet. wpun masa pertemuan sangat sekejap tp kesannya teramat besar. dengan masa yg sekelumit tu sempatlah kami melepaskan rindu dan berkongsi kisah2 hidup. terasa sgt bermakna. mereka adalah sahabat saya yg akan saya kenang sehingga mati. wpun jarak memisahkan kami..mereka pernah mjadi tempat sy berkongsi susah senang in one of d most critical part in my life..which is campus life. at those times, i learned a lot.. and i owe them a lot. namun ada sedikit ralat dihati kerana en suami dan Abdullah Hakeem tak dpt join skali. keadaan x mengizinkan. tak apalah.. harapnya akan ada pertemuan lain selepas ni. InsyaAllah.. 

dlm masa yg ringkas itu, banyak juga yg kami sempat kongsikan. ada kisah sedih.. suka dan duka. that is what life is. untuk rakan-rakan yg belum kawin.. harapnya mereka akan bertemu cinta hati tak lama lagi. setiap kali memikirkan kwn2 yg single, mmg sy terkesan. tetapi sy tidak berkuasa utk mengetahui bilakah masanya mereka akan bertemu mr right. sy cuma mampu mendoakan yg terbaik utk mereka.. dan nasihatkan mereka supaya tidak putus asa dan berfikiran positif. kekecewaan hanya akan menutup peluang yg mungkin tiba bila-bila masa sahaja.. kun fayaakun..

selepas reunion ni..saya belajar byk perkara juga. apa yg kita abaikan dalam tidak kita sengajakan mungkin sebenarnya merupakan antara perkara yg tersangat penting dan berharga bagi kita. tuntutan kehidupan kadang2 mengurangkan nilai kekuatan sesuatu persahabatan.. tetapi yg pasti seorang teman yg sejati tidak akan pernah melupakan kawan yang disayanginya. dia akan tetap menyokong dan mendoakan sahabatnya itu utk mendapat segala kebahagiaan yg diinginkan wpun dari kejauhan. walaupun tidak selalu berjumpa, tidak dengan kata-kata, ingatan tetap kukuh. perhubungan yg unik sebegini hanya dapat diperolehi dengan sifat percaya dan ikhlas. itu yg saya pegang selama ini. sebagai manusia yg punya pelbagai kekurangan.. kita seharusnya memahami kekurangan org lain supaya kita dapat mencari titik persamaan untuk mngekalkan sesuatu ikatan. apabila kepercayaan dan sifat ikhlas itu wujud, kemanisan persahabatan itu akan kekal sampai bila2. InsyaAllah..

Firman Allah SWT:
“Pada hari itu(akhirat) sahabat-sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).” Surah Az-Zukhruf ayat 67.

No comments:

Post a Comment