Tuesday, January 8, 2013

orang tengah

Cerita ini mmberi kesan yg dalam kepada saya. susah utk saya luahkan dengan kata-kata kerana kadang2 apa yg diungkapkan tidak dapat menyampaikan maksud sebenar isi hati saya. tetapi saya tetap ingin menulisnya supaya perkara ini tidak akan saya ulangi..

sejujurnya saya tidak suka menjadi orang tengah dalam sesuatu perhubungan. tetapi pengecualian akan dibuat kepada beberapa org tertentu - iaitu org yg saya hargai. sekiranya org itu penting dlm hidup saya, saya akan cuba berusaha membantu setakat yg saya mampu. saya berasa bersalah jika membiarkan saja.. 

saya ikhlas menghubungkan seorang sahabat dengan seorg insan ini. mungkin tidak boleh saya define ianya sebagai matchmaking kerana peranan sy terlalu sedikit. kerisauan saya memang ada sejak mula tetapi saya dinasihat oleh en suami supaya tidak terlalu masuk campur kerana ianya urusan antara pasangan yg sudah matang malah boleh dikatakan lebih arif ttg kehidupan berbanding kami. justeru saya mengekalkan jarak itu supaya mereka boleh saling mengenali dan membuat penilaian tanpa dipengaruhi oleh org ketiga, keempat dan setrusnya. oleh sbb itu progress phubungan mereka tidak saya ketahui secara terperinci..selain saya juga sibuk dengan tuntutan kehidupan. cuma ada 2 perkara yg saya nasihatkan kepada keduanya iaitu.. "take your time dan kenal sendiri tanpa dipengaruhi sesiapa". 

belum jauh masa berlalu.. saya diberitahu ttg beberapa perkembangan positif.. Alhamdulillah sy gembira cuma sedikit terkejut dgn beberapa progress yg terlalu cepat. tetapi sy percaya dan cuba menanam keyakinan bahawa tindakan2 dan keputusan2 yg dibuat itu berdasarkan judgement yg sepenuhnya. tetapi rupanya perancangan Allah itu tidak seperti yg kami harapkan.. berlaku salah faham yang mengendurkan hubungan dan akhirnya ianya berakhir dengan begitu tiba2.. 

ternyata takdir Allah mengatasi segalanya. saya tersentap dan menjadi serba salah. saya tidak boleh mnyesali segala yg telah berlaku ttp sy bertekad utk tidak mahu menjadi org tengah kepada sesiapapun lagi selepas ini. cukuplah dengan apa yg telah saya lalui. apa yg mampu saya lakukan ialah memohon maaf utk semua yg telah terluka. utk airmata yg telah tumpah dan perasaan yg terguris. saya tidak mampu menilai siapa yg sebenarnya bersalah dlm hal ini tetapi hikmah yg tersembunyi pastinya bukan sedikit. 

suatu ketika dulu saya juga pernah melalui fasa kekecewaan yg amat dalam. tidak sedikit juga airmata yg tumpah. tetapi itulah harga yg perlu dibayar utk satu pengajaran.. dari luka itu saya membina prinsip hidup sendiri yg saya pegang hingga ke hari ini. ketika itu saya tetapkan hati dan yakin dengan sepenuhnya bahawa.. "tidak akan menimpa sesuatu kepadaku tanpa izin Allah... pasti ada hikmah dan balasan yang sewajarnya dari Dia Yang Maha Berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.." 

justeru saya mengharpkan sahabat saya itu kembali teguh dan menjadikan kekecewaan yg dialaminya sebagai sempadan menuju kekuatan jiwa. saya tahu dia seorg yg tabah dan kuat semangat. pastilah Allah telah menyediakan ganjaran yang sewajarnya di atas kesabaran dan kesakitan yg telah dilaluinya. janji Allah itu benar.. cuma sebagai manusia biasa kita tidak mampu mengungkap rahsia yang tersembunyi. Hanya Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang yg mengetahui bilakah waktu yang tepat utk memakbulkan doa-doa hambaNya... sehingga detik itu tiba, saya tidak akan lupa berdoa utk kebahagiaan sahabat saya itu.. sebagaimana dia telah banyak memberi kepada kami sekeluarga.. begitu juga yang kami harapkan. Semoga Allah menganugerahkan dirinya teman hidup yang terbaik sebagaimana dalam doa-doanya.. Amiin..

(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
Surah An Nahl, Ayat 96

No comments:

Post a Comment