Monday, March 14, 2011

air kelapa muda

Kelmarin saya terasa nk minum air nyior(kelapa) sangat2. x tahulah kenapa. kebetulan dlm salah satu majlis perkahwinan yg saya hadiri, ada sediakan air kelapa.. bertambah lagilah keinginan sy utk merasainya. tapi keadaan ketika tu x mengizinkan utk sy mnum.. sy balik ke pejabat dgn hasrat yg x kesampaian. petangnya sy plan nk ajak cik kejora12 dan cik aimi utk dinner di kedai nyamuk(sekitar airport ktrg) dn mnum coconut shake yg sgt sedapppp tetapi sekali lagi plan tidak menjadi kerana kepala sy sedikit pening dan loya.

Balik dari opis sy singgah di kedai mnjual Al-Quran bersebelahan dgn istana maziah utk mbeli Al-Quran bersaiz kecik for mak mertua dan suami utk digunakan ketika umrah Jumaat ini. kebetulan pula ketika melalui jalan berdekatan dengan masjid putih, sy ternampak sebuah gerai mnjual goreng pisang dan air nyior! sy terus mbuat u-turn dan cepat2 membeli 2 gelas! satu gelas(dgn ais) sy habiskan dlm kereta dan satu gelas lagi (tanpa ais) sy simpan dlm peti sejuk utk bekalan pd mlm pula.hehehe... sungguh lega bila dpt mnum air kelapa akhirnya!! sgt2 lega hati.. Dh mmg rezeki baby kut jumpa kedai yg jual air kelapa original x campur air biasa. rasanya sungguuuuuuuh sedaaaaaap!! lain kali nak pegi situ lagi hehehe...

Tapi tetiba pagi tadi dpt call dri pn. puya(yg tgh prgnant jugak) dan mklum org mngandung x boleh mnum air kelapa? haaaaah?? sungguh terkejut sy dibuatnye. kelmarin sebelum mbeli air kelapa tu, sy dah call mak dn dia kata okay. mcm mana pulak org kata x boleh ni? terus sy googled dn dptkan beberapa info..

Mengikut pakcik google, mmg ada statement yg kata x boleh... tp ada juga yg kata bagus utk kandungan. tapi sy sedikit ralat dan risau juga dgn kemungkinan2 yg x diingini kerana saya dh selamat mnum 2 gelas!!! tp setakat tengahari ni, belum ada tanda2 pelik lagi. cuma pagi tadi sakit perut tapi slepas ke toilet.. dh lega. saya agak air kelapa tu buat sistem penghadaman sy makin cepat ;) harapnya tekaan sy betul dan tiada apa2 yg membahayakan utk saya dan baby. InsyaAllah...

2 comments:

  1. sis, tgk tajuk ur entry, air kelapa muda ok, not kepala muda..hik3

    ReplyDelete
  2. hahaha... tu tnda pening sgt tu....tq sis ;p

    ReplyDelete