Wednesday, May 4, 2011

sehari di kl

kelmarin sy ke kl kerana mnghantar bos yg blepas ke oversea mnaiki pesawat tudm. kami naik flight pagi dri ktrg ke kl then terus ke tudm subang. it was my first time masuk ke airport tentera dan pengalaman ini sgt menarik. urusan penghantaran bos selesai lebih awal iaitu pd jam 1.00 tengahari dan sy mpy byk masa lapang b4 flight balik ke trg pd 7.45pm. so dlm berfikir2 sy buat keputusan utk ke sogo! hehehe...

d first reason sy ke sogo ialah kerana nk buy few maternity dress utk dipakai time family day company en suami hujung bulan ni. another reason ialah sy nak buy beg yg comel utk letak baju solat. ketika trip kl ni, sy hanya pakai woven bag yg sy dpt dlm salah satu event state. sgt sedey kan. dlm beg tu sy isi mcm2, dh la xde zip.hehe.. sungguh selamba je. sy agak segan dgn bos sy yg cukup bgaya dan elegan. sbb sy yg pegang beg2 dia juga, bsama beg saya.. pbezaannya jelas ketara..malunye... jd sy pun mngagahkan diri ke sogo kerana 2 sebab utama itu. sabtu ni sy akan jmput bos sy balik plak, so another day trip to kl.. xkan nk pakai woven bag sekali lagi kan.. huhu..

Alhamdulillah sy bjaya mbeli brg2 yg sy aim. dlm 4.30 ptg sy bgerak ke kl sentral menaiki ktm. wpun sy pnah naik train di kl, tp rs cm first time je kali tu sbb nk gerak dari sogo dgn train mmg sy x biasa. takut nk naik taxi sorang2.. setelah bjalan agak jauh, naik turun tangga, fly over lagi.. tanya2 org cm tourist je..smpai jugak la sy ke kl sentral dari stesen bank negara.

ada 2 kisah yg menarik utk sy kongsi...

kisah pertama ketika dlm train ke kl sentral. sbb time sy naik train tu around 5pm, mmg ramai org yg balik keje.. so train full. sy kena berdiri. its not a big deal for me sbb kerisauan sy terhadap destinasi utk smpai ke kl sentral lebih mncuri tumpuan dari lenguh kaki yg sy rasai. dlm sy mmerhatikan org di sekeliling, pndangan sy bertembung dgn seorg remaja lelaki berbangsa india. serta-merta dia bangun dan mmberikan tempat duduknya kpd sy. sedikit kaget dan terharu... perlahan sy bergerak ke kerusi yg dikosongkannya. terkejut kerana sy baru menyedari yg sy sdng mengandung (fokus hilang sbb beware keadaan sekeliling) dan org mmg bleh perasan peyut sy yg msuk 5 bulan lebih.. sy sungguh2 terharu kerana remaja india tu agak stylish.. funky, dgn kemeja ketat, memakai rantai, subang, gelang.. jeans lusuh, rambut fesyen pacak2 mcm trojan, tersenyum ke arah sy smbil mulutnya mengunyah chewing gum TETAPI instead of penampilannya itu, dia sungguh sopan dan pemurah. SEDANGKAN pd ketika yg sama seorg remaja lelaki melayu yg ketika itu betul2 duduk bersebelahan dgnnya, bpakaian kemas spt budak kampus, dan sy yakin seorg islam buat x tahu je.. dgn perlahan2 sy rasa sedikit malu dgn keadaan itu. malu pd remaja india itu.. malu dgn psamaan yg ada antara sy dan lelaki melayu itu..

peristiwa ke 2 ketika sy baru nak menunaikan solat di klia...sy ternampak kuku jari seorg wanita yang baru mula menadah tangan berdoa usai solatnya. potongan kukunya ala model. pjg dan rapi. sy berada disisi kirinya dan hanya memandang sekilas. sy tidak perasan dia berbangsa apa. ttp setelah sy selesai qasar 2 rakaat, dia belum selesai dgn doanya. ditambah lagi dgn beberapa kali sujud dgn sebutan doa yg agak kuat tetapi tidak jelas butirannya. suaranya juga sedikit bergetar. cukup menampakkan kesungguhan doanya. usai sy tunaikan 2 rakaat yg berikut, dia sudah tiada. hati sy tercalit pelbagai persoalan. betapa rupa luaran itu... tidak mmpu mnafsirkan isi hati seseorg manusia. sy insaf.

sy smpai di rumah jam 9.30 mlm. kerana keletihan, mata sy sukar pula nk lena. bmcm2 benda bmain di fikiran. memikirkan kisah2 yg sy alami spjg hari. tbayang kisah hidup sendiri.. dlm sendirian tiba2 rindu dtg mnderu pd en suami tercinta.. kesyukuran dtg bertimpa2. akhirnya terlena dgn airmata...

Alhamdulillah Ya Allah... Alhamdulillah untuk segala-galanya...

2 comments:

  1. jangan pernah berhenti bersyukur...dgn akal yg sejengkal ini kita seringkali silap membuat penilaian, justeru pergantungan hanyalah pada DIA yang paling berhak...sedangkan kita hanyalah makhluk-NYA yg serba tak tahu..fikirkanlah.take care dear..:)

    ReplyDelete