Thursday, May 5, 2011

manusia dan masalah

kelmarin adalah hari bertemu pelanggan di tempat keje saya. spt biasa ramai btul rakyat yg dtg mengambil giliran dgn mbawa seribu permasalahan. ada yg boleh diselesaikan ttp byk yg tidak ada jalannya. kerana? masalah yg dibawa tu mmg dialami oleh semua org. tetapi dlm kes ini, yg mbezakan masalah itu selesai atau tidak ialah usaha yg dilakukan oleh diri sendiri. salah satu cthnya ialah tunggakan bil elektrik utk dibayar. setiap manusia yg sempurna akal dan fizikal sedar itu adalah keperluan. mau atau tidak, suka atau tidak.. sesuatu harus dilakukan utk mjelaskan keperluan itu setiap bulan. tetapi atas ihsan dan tolak ansur bos saya, sebahagiannya tetap mndapat bantuan tunai. cuma manusia yg mudah mminta2 suka pula mengulangi perbuatan itu. sy tidak menyalahkan kekurangan mereka, tetapi di atas bumi Allah yang luas ini, terdapat banyak sekali punca rezeki. apatah lagi di Negeri Trg yg aman damai ini ;) amatlah rugi bagi mereka yg tidak menggunakan peluang bekerja utk mncari rezeki kerana kerja itu merupakan satu ibadah..

pagi ni awal2 lagi sy diberitahu ada seseorg marahkan sy. mcm2 ayat yg digunakan ke atas sy. tetapi dia tidak pula menunjukkan kemarahannya di depan saya. ini adalah sesuatu yg remeh bagi saya tetapi perasaan sedikit terguris. dlm byk2 cerita yg sampai kepada sy, tidak pula saya dengar pembelaan di pihak saya dari mereka-mereka yg mendengar amarah org itu. padahal masing2 tahu kebenaran cerita. sebarang tindakan yg saya lakukan adalah demi kemudahan pejabat semata. sebagai seorg yg selalu mengakui diri seorg yg optimis dan terbuka, seharusnya dia sendiri bertemu saya dan berbincang. bukan menuduh dan melepaskan kemarahan kepada org2 di sekeliling tnpa berfikir pjg. sy tidak kisah, tetapi sy sedikit kecewa.

kdangkala perkara sebegini yg mmbuatkan sy mnjadi 'malas bersuara'. sikap hipokrit yg semakin berleluasa ini mnjadikan sy bosan. sy tahu bukan mudah mnjadi pemimpin. saya juga tahu..ada hari2nya saya sendiri penuh dgn amarah. tetapi sebolehnya sy tidak mahu ada yg kecil hati dgn amarah saya. paling tidak sy akan mengadu dan melepaskan keluhan kepada mereka2 yg sy percayai. setelah reda, bolehlah sy tidur lena dan memikirkan apa yg lebih penting. amarah itu sikap manusia yg normal. tetapi biarlah bertempat dan ada asasnya. semoga Allah menguatkan hati saya dan membuka kebenarannya.. dan melembutkan hati saya utk memaafkan.

seorg kwn pernah berpesan, "Jgnlah marah kepada org yg penuh sifat amarah.. kerana jika kita juga turut marah dan tidak mengawal perasaan, tidak bergunalah ilmu yg kita miliki.. maka kita dan dia sama sahaja.."

Rasulullah SAW ditanya tentang sebab-sebab paling banyak yang memasukkan manusia ke surga. Beliau menjawab, “Ketakwaan kepada Allah dan akhlak yang baik.”

Beliau ditanya lagi, “Apa penyebab banyaknya manusia masuk neraka?” Rasulullah Saw menjawab, “Mulut dan kemaluan.” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Kebanyakan dosa anak Adam karena lidahnya. (HR. Ath-Thabrani dan Al-Baihaqi)

Tahukah kamu apa ghibah itu? Para sahabat menjawab, “Allah dan rasulNya lebih mengetahui.” Beliau bersabda, “Menyebut-nyebut sesuatu tentang saudaramu hal-hal yang dia tidak sukai.”(HR. Muslim)

No comments:

Post a Comment