Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011

kembali

Kembali ke blog ini setelah lama ditinggalkan. mybe dh bersawang jadinya..hehe.. tidak ada alasan lain yg boleh disebut selain busy - kedengaran cliche tp itulah kebenarannya. Program yg dirancang sejak berbulan2 lepas telah selesai. Alhamdulillah.. bersyukur yg teramat. jd minggu ni sy sngat free. kerana semua bos dh fly ke oversea.. sungguh lega + happy + tenang ...

Banyak sekali peristiwa yg x sempat dirakam dlm blog kesayangan ni kerana masa yg sungguh cepat berlalu. dlm sedar x sedar, kelmarin genap 32 weeks pregnancy. 8 bulan membawa baby ke sana ke mari.. Alhamdulillah setakat ni tidak ada sebarang komplikasi. harapnya semuanya akan baik2 saja sehingga 'dia' melihat dunia.. InsyaAllah..

Skrg sy pening memikirkan nk bsalin kt mana. byk cerita2 kurang enak dgn pilihan2 yg ada. semalam discus dgn en suami, mungkin kami akan pilih di kts.. tp belum finalize lagi. buntu saya dibuatnya. kalau diikutkan hati nak bsalin di hospital besar saja, en suami pun tidak kisah. tapi ada juga cadangan2 lain yg mengatakan..alang2 en suami dh bayar byk utk medical benefits thru company dia, why not guna kemudahan yg ada? bla fikir2 betul jugak. bila tgk baby pun sihat smpai skrg, InsyaAllah konfiden sikit nk bersalin di hospital swasta.. InsyaAllah kami akan decide asap..

Sejak 2 hari lepas sy sungguh teringin nk makan jagung bakar.. hehehe.. en suami yg baru balik kelmarin cuma mencebik bila sy mengadu.. katanya "aaaii... dh 8 bulan pun mengidam lagi?"..huhu.. sy x tau la keinginan nk mkn jgung ni sbb baby ke sbb sy sendiri.. tp mmg sungguh terasa nk makan.. jagung oooh jagung... dimana engkau berada.... huhu... sob..sob...

Tuesday, June 7, 2011

cerita makan...


Buat kali pertama pegi checkup pregnancy tengahari.. kes terlajak wat keje kt opis.huhu.. smpai je kt klinik dekat kul 1 n nurse bgtau akan panggil dlm kul 2.. fuhh..lamanye jd baik saye gi nyum2 dulu.perut pun tengah berdendang ni. terus balik ke wisma n lunch burger ayam. selera makan bukan main lagi sejak 2 minggu lepas. budget mesti berat naik lagi. last checkup naik 2 kilo dlm 2 minggu.

kul 2 gi ke klinik skali lagi n x sangka ramai pulak org..aiseyy..dah la blom solat zohor. tp sy dh x larat dh ulang-alik lagi. tnggu je giliran. Alhamdulillah dlm 3.30 ptg selesai. seperti yg dijngka berat naik lagi dgn bestnye.. tambah lagi 2 kilo..hehehe.. nurse dh bising. kena refer kt doc n akhirnya kena dtg checkup blood pressure 2 kali seminggu starting next week. jenuh lagi nak ke klinik..haaih.. harap2 x kena minum air gula. dengar cite kwn2 cam ngeri sgt je... berat naik ni kes makan sedap sgt since last 2 weeks. mula2 stay kt awana 3 days, then ke the zon kl, next ke sunway lagoon resort for 3 days, then ke sutra beach lak... makan mmg x ingat pnye.. bila byk pilihan selera menjadik2..hehehehe.... tp sy agak next week berat akan stabil sbb selera makan saya x brapa ada time en suami xde. kemarin dinner roti ngan sup je. hari ahad ari tu makan roti n jemput bwg je utk bfast+lunch+dinner.. no appetite. rindu kt en suami je banyaaak.. =(

tapi nak share info kt kngkwn ttg makanan yg sungguh sedaaaaap kat Atrium Cafe di Sunway Pyramid Tower Hotel. mmg terbaek punye! kalu ade duit xtra.. nak gi makan kat sana lagi..hehehe... alamak teringat dh wantan noodle dia yg begitu awesome!!!nyummmmm....

abis cite makan.. sy sngguh x sabar menunggu en suami balik next week sbb byk sgt perancangan yg perlu diselesaikan. skrg pun sy tengah addicted dgn housekeeping. last weekend i had such a wonderful off days!! wpun cuma 2 hari je.. (sabtu dan ahad) amat2lah bererti bagi saya yg jarang2 ada masa time weekend. sempat gak sy kemas stor.. x sangka jadi makin aktif dgn perut yg makin bulat nih. ramai yg tegur sy aktif sgt time handle program dn diaorg ckp baby nnt rajin =) ramai gak yg cakap sy mudah bersalin nanti..hehe.. sy mengaminkan aje.. harap2 kata2 diaorg jadi kenyataan. amiiinn..

p/s: musim kawen ni sy teringat lak time kawen dulu. rindu plak dtg.. so 2-3 hari ni duk belek gambo2 wedding..hehehe...

Friday, May 6, 2011

heartburn

sungguh tidak selesa kerana 2-3 hari ni sy mengalami gejala heartburn. merujuk wikipedia;

Heartburn, also known as pyrosis or acid indigestion is a burning sensation in the chest, just behind the breastbone or in theepigastrium. The pain often rises in the chest and may radiate to the neck, throat, or angle of the jaw.

Heartburn is usually associated with regurgitation of gastric acid (gastric reflux) which is the major symptom of gastroesophageal reflux disease (GERD). It however may also be a symptom of ischemic heart disease so concluding that it is gastroesophageal reflux disease prematurely may lead to misdiagnosis.

sepanjang hari saya tidak berselera utk makan. sy googled bbrapa penyebab heartburn ni dan cuba amalkan pemakanan yg disarankan. Alhamdulillah kesannya sudah berkurang.

Hati saya juga 'hangus' kerana teramat rindukan en suami... :( susah hidup seorg diri begini. mungkin kerana itu Allah memberikan saya peluang menimang cahayamata (InsyaAllah dgn izinNya dlm bberapa bulan lagi..) supaya saya mempunyai teman disaat kesunyian.

skrg pun baby mmg kicking time sy sedih dan menangis. seolah2 nak bgtau yg he/she is here with me.. and i'm not alone. hati saya sedikit terhibur bila terasa gerakan si kecil itu. smoga dia nnti lahir menjadi penyejuk hati kami.. Amiin..

Thursday, April 28, 2011

setelah sebulan

Lama betul x update blog ni. bila bukak hari ni cm x caye lak genap sebulan. last entry 28 mac.. and today 28 april. sememangnya byk betul pkara yg berlaku dlm tempoh sebulan ni.

sepatutnya sy berpuasa hari ni. tapi dekat jam 10 pagi tadi badan terasa sgt lemah wpun bsahur mihun rebus bsama en suami pagi tadi. terus sy mklumkan pd en suami nk cncel pose dn dia kata okey. hari selasa lepas dh berjaya pose sehari. jadi tinggal 2 hari lagi utk ganti. smoga sy diberi kekuatan utk menyelesaikannya.

sebenarnya lately sy rasa begitu letih. tugasan sy di pejabat yg kdang2 org nampak mudah tp sebenarnya menguji kesabaran. tambah lagi effect pregnancy ni emosi sy kdang2 tidak menentu kerana bdan cepat letih. sy tidak betah duduk lama2 di kerusi kerana akan sakit pinggang. mcm kelmarin sy ke klinik utk pregnancy checkup. 8.30 pagi smpai di klinik tpi tnghari baru selesai. setelah mnunggu 2 jam lebih baru dipanggil utk timbang berat. kerusi yg disediakan mmg x bleh nk gerak2. sakit pinggang yg teramat..

tp sy msih mmpu bsabar jika itu yg sepatutnya dilalui. cuma apa yg benar2 menyakitkan hati sy ialah apabila sy lihat masa ketibaan sy yg tercatat pd kad merah ialah pd jam 9.45 pagi! sedangkan sy dh ada di klinik 8.30 pagi. sy pun x tahu mcm mana sistem yg dipakai. apa yg sy lihat prgerakan kad dri kaunter pndaftaran dibuat secara manual dan nurse yg brtugas akan kumpul kad byk2 dan barulah dihantar ke kaunter timbang berat pula. byangkan kad sy didaftar pd jam 9.45 pagi.. pukul brape agaknya kad sy bgerak ke kaunter timbang. sebab tu la agaknya sy dipanggil utk timbang pd jam 10.45 pagi! sy sgt frust dan rasa sedih! cmpur dgn emosi yg fragile ni.. rasa cm nak nangis pun ada!

checkup kali ni hb sy turun. nurse dh bagi warning supaya makan iron yg dibekalkan. sy mmg skip mkn iron slpas pcubaan makan beberapa kali x bjaya. sy akan muntah dn rs lembik lpas mkn iron. yg susah nk mkan tu sbb iron je yg kena makan time perut kosong dan boleh makan 2 jam selepas tu pula. ada sekali tu sy nyaris2 muntah dlm lif pejabat. sejak tu terus sy skip mkn iron. bila sy bgtau nurse, dia cdangkan sy mkn T-Iberet. pil tu all in one so sy xyah mkn vit2 lain lagi. cuma dia bgtau dos yg spital bagi paling baik sbb pil all in one ni dosnye ada yg cukup, ada yg x cukup.. so sy decide nk try mkn iron yg spital bagi sekali lagi. kalu x bleh sgt baru nk beli Iberet yg dicadangkan tu. cara tradisional yg dicadangkan kwn2 opis utk naikkan hb ialah dgn makan bayam, hati ayam dan kerang. tp selera sy lnsung xde dgn item2 tu buat masa ni.

hari isnin salah seorg sahabat sy telah menyahut panggilan Ilahi di usia 28 tahun kerana barah paru2. dia meninggalkan isteri dan seorg anak yg baru menyambut birthday genap setahun. arwah adalah seorg kwn yg sgt soft-spoken dan tenang. biasa sy dengar, yg org2 baik2 selalunya di panggil Allah dahulu. apa yg buatkan sy terkejut, dlam sebulan dua saja, dia disahkan sakit tapi terus stage 3 cancer. x lama lepas tu meninggal. sy memikirkan emosi isteri arwah yg sempat hidup bersamanya bermula Jun 2009. sy cuba meletakkan diri sy ditempatnya.. sungguh lemah dan parah rasanya. Allah menduga seseorg sesuai dgn kesanggupannya... semoga Allah memberi kekuatan, ketenangan dan melindungi hidup isteri dan anak arwah Wan. semoga Wan ditempatkan bersama orang2 yg disayangi Allah dan bahagia di sana.. InsyaAllah...

arwah wan celebrate birthday anak di hospital

wajah tenang arwah ketika majlis akad nikah Jun 2009

saat-saat akhir di hospital
(all pics credits to fb wan & isteri)

bila terkenangnya hayat mereka yg terlalu singkat, sy memikirkan matlamat kehidupan yg entah bila penghujungnya. adakah masa sy semakin hampir? bilakah masa sy pula akan tiba..

buat masa ini, sy adalah seorg insan yg bahagia. Allah telah memberikan sy begitu banyak kegembiraan. Alhamdulillah... tetapi perjalanan hidup ini sememangnya penuh ujian. sy cuma mengharapkan yg terbaik utk keluarga dan mereka yg sy sayangi.. InsyaAllah sy akan cuba sedaya utk menghargai segala yg saya miliki..

note: kdg2 rasa sungguh malas nk berbicara dgn 'org2 itu'. benarlah sabda Rasulullah.. diam itu lebih baik.

Hikmah Diam:
- Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
- Perhiasan tanpa berhias
- Kehebatan tanpa kerajaan
- Benteng tanpa pagar
- Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
- Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
- Menutupi segala amal

Monday, March 28, 2011

the little kick

Dalam 2-3 hari lepas sy cm dh rase skit2 pgerakan baby dlm perut. tp sy fikir tu hnya khayalan sy je dn ianya angin dlm perut sbb slalu lmbat makan. tapi tdi dlm kul 10 pm smbil tgk mentor, rasa cm geli2 skit kt perut pastu sy smpat tgk kt perut mmg nmpak cm gerak skit2... mybe baby hepy dpt mkn char kue tiaw yg ibu buy kt kedai dkt simpang tok ku tadi kot. mmg dh teringin mkn sejk 2 hari lepas. nyum2.. terus sy snyum sorang2.

Mmg dh ada few org tnya baby dh gerak ke blom, sy jwb x sure je. kelmarin masa en suami call sy ade gk bgtau cm rasa baby gerak2 time lmbat mkn pastu dia kate baby mngamuk sbb lapo..hehe.. x sabo je nk tgk scan baby hari rabu ni. dulu tgk dia kecik sgt lagi. kali ni hrap nmpak lebih clear dn dia dlm keadaan sihat. mybe baby lebih aktif bila abah dia balik umah sbb ibu boleh order mkn mcam2.hihihi...

p/s: rs nk mkn rmbutan jee.. bila nk ade di pasaran ni..hurm.. ;(

Monday, March 14, 2011

air kelapa muda

Kelmarin saya terasa nk minum air nyior(kelapa) sangat2. x tahulah kenapa. kebetulan dlm salah satu majlis perkahwinan yg saya hadiri, ada sediakan air kelapa.. bertambah lagilah keinginan sy utk merasainya. tapi keadaan ketika tu x mengizinkan utk sy mnum.. sy balik ke pejabat dgn hasrat yg x kesampaian. petangnya sy plan nk ajak cik kejora12 dan cik aimi utk dinner di kedai nyamuk(sekitar airport ktrg) dn mnum coconut shake yg sgt sedapppp tetapi sekali lagi plan tidak menjadi kerana kepala sy sedikit pening dan loya.

Balik dari opis sy singgah di kedai mnjual Al-Quran bersebelahan dgn istana maziah utk mbeli Al-Quran bersaiz kecik for mak mertua dan suami utk digunakan ketika umrah Jumaat ini. kebetulan pula ketika melalui jalan berdekatan dengan masjid putih, sy ternampak sebuah gerai mnjual goreng pisang dan air nyior! sy terus mbuat u-turn dan cepat2 membeli 2 gelas! satu gelas(dgn ais) sy habiskan dlm kereta dan satu gelas lagi (tanpa ais) sy simpan dlm peti sejuk utk bekalan pd mlm pula.hehehe... sungguh lega bila dpt mnum air kelapa akhirnya!! sgt2 lega hati.. Dh mmg rezeki baby kut jumpa kedai yg jual air kelapa original x campur air biasa. rasanya sungguuuuuuuh sedaaaaaap!! lain kali nak pegi situ lagi hehehe...

Tapi tetiba pagi tadi dpt call dri pn. puya(yg tgh prgnant jugak) dan mklum org mngandung x boleh mnum air kelapa? haaaaah?? sungguh terkejut sy dibuatnye. kelmarin sebelum mbeli air kelapa tu, sy dah call mak dn dia kata okay. mcm mana pulak org kata x boleh ni? terus sy googled dn dptkan beberapa info..

Mengikut pakcik google, mmg ada statement yg kata x boleh... tp ada juga yg kata bagus utk kandungan. tapi sy sedikit ralat dan risau juga dgn kemungkinan2 yg x diingini kerana saya dh selamat mnum 2 gelas!!! tp setakat tengahari ni, belum ada tanda2 pelik lagi. cuma pagi tadi sakit perut tapi slepas ke toilet.. dh lega. saya agak air kelapa tu buat sistem penghadaman sy makin cepat ;) harapnya tekaan sy betul dan tiada apa2 yg membahayakan utk saya dan baby. InsyaAllah...

Wednesday, February 9, 2011

first scan & kad merah

Sy gi wt first scan hari sabtu lepas dgn en suami di klinik rawatan keluarga yg sgt dkt ngan rumah kami. mnunggu dlm 1 jam dgn perasaan bcmpur baur. sgt2 neves sbb first time nk tgk keadaan baby..hehe.. memula en suami nk ikut msuk jumpa doc tp last minit tukar fikiran sbb tgk previous patient tu msuk sorang2..malu katenye. tp time balik umah nyesal lak sbb x msuk skali bila sy bgtau dh nmpak baby punye heart beat...hihi

Hari ni plak sy gi wt kad merah kt klinik hiliran, kuala trg.. sbb org bgtau mmg lama menunggu giliran utk check up tu jdi sy bawak buku. standby kut2 boring x tau nk wat ape.. tp apa yg jd, buku tu langsung x terbukak sbb sy asyik observe keadaan sekeliling. semuanya bnda baru bg saya jd lnsung x rasa boring. yg sy xleh lupa ialah perasaan seram nk amik darah. hehehe.. sbb dh lama sgt x kena cucuk jarum, jd seram sejuk lak. haha.. tp wt rugi je takot2 sbb nurse yg cucuk tu dh expert kut, sakit sikit je..yeay! Alhamdulillah selesai.. sy pun smpat gk wt check up gigi skaligus.

sebenarnya sy bnasib baik gak sbb staf kt opis ni ada kakak yg keje kt sana.. so dia yg tolong prepare apa yg patut utk first check up ni. byk juga info2 baru yg sy dpt.. seronok juga tgk plbagai kelatah baby yg meragam bila kena check up. juga muka boring preggers yg dh slalu wt check up. sy tgk masing2 dh lali dgn keadaan klinik smpai ada yg tertido time tnggu giliran.

my next check up is on march 16th. rasanya time tu en suami ada kt umah. sbb dia dijangka gi umrah 18 mac. sy plak stelah dngar advice from few docs dan peg malaysia airlines, x jadi pegi umrah. sbbnya x bleh cucuk vaksin sblum 4 bulan prgnant. ada effect kt baby yg baru nk mbentuk organ2 penting. mungkin bkn rezki sy utk ke sana tahun ni. sedih mmg sgt2 dirasai ttp en suami pun pujuk sbb ini pilihan yg perlu dibuat utk mberikn yg terbaik kpd baby. kalu sy nk pergi umrah tnpa inject vaksin, kena tanggung risiko kalau dpt jangkitan kt oversea. mmg kita x boleh mnjangka apa yg akn berlaku esok hari, kt malaysia pun bleh juga dpt jangkitan.. cuma berusaha utk kurangkn risiko demi kesihatan. apepun InsyaAllah sekiranya pjg umur, ada lg rezeki utk ke sana...

p/s: kurang selera makan dlm 2-3 hari ni... mood tidak menentu. sgt cepat letih.... nk zzzzz jee..

Monday, January 31, 2011

cravings...

Minggu ini selera saya sungguh tidak menentu. utk breakfst pd hari tidak bkerja, saya akan meminta en suami belikan roti canai. mesti yg panas2 dan lembut. yg kosong dan tidak mahu telur. wpun sblum ini sy mnggemari roti canai telur.

utk dinner pula mesti food yg saya order dulu, yg minta en suami belikan di kedai. mahu mkn yg panas2 juga. kalau en suami beli saja dan bawa balik, saya makan juga tapi akan keluar balik. kesian en suami. dia tidak pernah merungut tetapi sy tahu betapa dia tidak suka berada di kedai makan seorg diri. sesungguhnya sy tidak mahu jadi cerewet begini tetapi sy tidak dpt mengawalnya.

sejak hari Jumaat, saya nak makan mangga muda. kalau org kmpung di trg ni panggil 'pauh ringan'. buah mangga kecik2 yg rsnya sgt masam. jenis lain saya tak mau. puas sudah dicari di pasar tetapi xde kerana skrg bukan musimnya. tetapi Alhamdulillah kelmarin abg rais (rakan sepejabat) berusaha mencarinya dan jumpa 5 biji. en suami sendiri sudah puas mencari masih x jumpa. dan tiba2 hari ini mak sy telefon bagitau dia dah jumpa rumah yg ada pokok pauh ringan tu di kampung. katanya boleh buat stok lagi kalau x cukup satu plastik yg dia bawa balik :D waktu pening mencari, susah jumpa.. bila dh dpt, banyak pula serentak..hehe.. Alhamdulillah, apepun ini rezeki yg dipermudahkan olehNya.

saya seboleh2nya tidak mahu membuat permintaan yg bukan2 dgn en suami. tetapi pesanan org tua2, tidak boleh diamkan apa yg terlintas di hati kerana akan memberi kesan kpd baby. saya fikir mana yg boleh diikut, apa salahnya diikut saja.. tetapi mendengar cerita dari rakan2 sepejabat ttg keadaan isteri mereka ketika mengandung, buat sy bersyukur dgn keadaan sy yg tidaklah teruk mana. masih boleh bekerja dan melakukan kerja2 rumah yg ringan (kecuali memasak..hehehe)

saya juga cukup bertuah kerana rakan2 sepejabat sangat prihatin dgn permintaan2 saya yg tidak menentu. wpun dgn sekali sebut sahaja, makanan yg saya bayangkan itu akan muncul tidak lama.. hari ini saya dpt mkn kuih bom inti ikan(x pasti nama betulnya..hihi) yg dibawa oleh cik kejora12 kerana semalam sy ada menyebut ttg kuih yg sy beli tidak sesedap versi yg pernah dibawa cik kejora12 ke pejabat..hihi...nyum2. sebelum ini teringin makan buah nangka.. juga ditunaikan oleh abg rais. sungguh bertuah.. ibu & baby sgt hepy..hehehe.. saaayang cik kejora12 & a.rais.. mmuahs ;p

googled - kuih sebenar telah selamat dimakan..hehe..

hari ini juga cik aimi yg juga rakan sepejabat saya telah hadiahkan saya majalah pama. saya belum terfikir nk beli majalah tu. kerana rasa masih terlalu awal. kad merah pun belum dibuat.. sy cuma mencari info2 pregnancy di inet. tapi isi kandungan majalah tu sebenarnya mmg sgt bagus..mungkin sy akan mula membelinya utk bulan2 berikut pula.. ditambah lg dgn cover gmbar baby yg tersangat comel.. buatkan sy excited pula ;D

semalam ketika bersembang dgn en suami, dia bgtau mak mertua meneka baby sulung kami ini ialah babyboy. en suami sendiri tidak tahu rasional disebalik tekaan tersebut. mak saya pun konfiden babyboy juga. kami tidak kisah asalkan dia lahir dgn sihat zahir dan batin.. ayat cm kad raya pulak...hehe.. tapi sy mmg suka dgr takbir raya beberapa hari ni. dh refer dgn ustaz samada mendengar takbir raya dibolehkan ketika bukan dlm suasana menyambut raya. ustaz kata, tidak ada masalah kerana takbir raya sama juga seperti zikir kerana ianya adalah puji-pujian kepada kebesaran Allah s.w.t ;)

tanpa disedari entry ini menjadi begitu panjang... mungkin kerana terlalu lama tidak menulis ;)

p/s: masih berusaha menghabiskan bacaan buku yg sepatutnya sudah lama selesai..

Friday, January 7, 2011

banjir

Hari ini cuaca mmg mendung. hujan x berenti sejak pagi.. saya juga sedikit dipengaruhi suasana mendung itu. sejak pagi hujan airmata. bukan salah sesiapa, cuma saya sendiri. berfikir, mengenangi dan membuat kesimpulan sendiri. lalu banjir tidak berhenti. mungkin kerana cuaca, mungkin kerana symptom pregnancy? sensitifnya terlebih2 pula. nasib baiklah en suami tidak mudah melatah. dia biarkan saya melayan blues sendiri sebelum perlahan memujuk ;)

sebelah petang kami memenuhi undangan makan dari kakak ipar. menerima beberapa petua dari org lama. yg bererti dan berguna utk hari muka. aahh..mengapa saya tgk cik sarah semakin comel dan manja? geram betul dibuatnya..hihi.. anak saudara en suami itu mpy snyuman yg manis bergula wlau masih seawal 3 tahun lebih usianya..

kami dinner dgn lauk yg en suami beli di restoran fasha berhampiran kuaters. restoran itu mmg banyak kenangan pd saya. dulu ketika mula2 bekerja di wisma, sy akan dinner di situ bsama k.nuzul. biasa juga makan seorg diri. saya paling suka tom yam dan air barli suamnya. begitu sedap. bila teringat saja, mmg buat perut sy lapar!! hihi..

tp saya sudah lupa sejak bila, saya jadi malas utk makan seorg diri di mana2 kedai. terasa janggal dan kurang selera pula. saya mula memasak sendiri dan kekal begitu sehingga kini. tp sebenarnya selera sy kurang dgn masakan sendiri. dan ianya semakin menjadi2 sejak akhir2 ini.bila lauk org lain yg masak, berganda pula selera jadinya..sehingga menjilat jari.hihi

2-3 hari ni saya memujuk en suami utk memasak. tetapi sehingga kini masih tidak berjaya. tgklah pula lagi beberapa hari, kalau ada rezeki...hehehe...

Thursday, January 6, 2011

anugerah

Pada mulanya saya ragu2 dgn keputusan yg sy terima. dan agak risau kalau2 ianya benar akan jadi satu kenyataan. kerana itu juga sy menunggu suatu masa yg sesuai utk berkongsi kegembiraan ini dgn rakan2. cuma kpd beberapa org teman rapat shj telah sy khabarkn berita ini.

Tetapi skrg sy terfikir.. bhw sy tidak akan punya masa utk bercerita di dlm blog ini ttg saat2 yg baru saya alami dlm minggu ini, ketika sy sudah sibuk dgn perkara lain pula. mungkin sy akan terlupa mencatat apa yg penting utk sy kenang. jadi sy mbuat keputusan utk menulisnya mengikut gerak hati saja. tmbah lg blog ini masih mjadi ruang yg private bg saya =)

Pada 2 jan yg lalu sy dan en suami telah mendpat khabar gembira. setelah menunggu dan mendoakan saat2 itu, ianya telah menjadi kenyataan. sy telah disahkan mengandung. kerana sedikit x pecaya, sy buat 2 kali pregnancy test! hehe.. Alhamdulillah. petangnya kami ke klinik dan doktor telah mengesahkan yg sy 4 weeks pregnant. kami sgt gembira ttp sedar sbarang kemungkinan boleh berlaku kerana sy agak lasak ketika di langkawi baru2 ni. perjalanan jauh dgn bas, feri, panjat bukit, naik bot dan shopping dgn lasaknya!

the first result is on 2nd jan @ 6.15 a.m

second result is on d same day @ 10.00 am
~test kit ni pmberian k.nuzul.. tenkiu sis ;)

Apa yg boleh sy lakukan skrg cuma kurangkan aktiviti lasak dan berdoa semoga anugerah yg kami terima ini kekal milik kami. doc ckp lagi 4 weeks baru bleh scan. jd sblum itu, sy dan en suami akan berusaha dan bersedia dgn sebrg kemungkinan. so dear readers & friends.. please pray for us.

love always ;)

p/s: mngkin entry ini telah menjwb tekaan pn marinahunny ;)