Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Monday, August 8, 2011

About him =)

We have been married for almost 11 months now. see the ticker above =) i'm soooo thankful for having him by my side. definitely hes the other half of me... Alhamdulillah.. sy x banyak crite psal dia kt blog ni. so sempena anniversary kami yg x lama lagi ni.. sy nk story skit psal en suami terchenta. mana la tau anniversary nnt celebrate kt spital sbb bersalin. hehehe...

How old is he? 28 by end of dis August!

How long did you date? May 2009 and engaged Mac 2010. x cukup setahun..hehe

Who eats more? Dia la. Dan yg selalu tolong perabih my food ;)

Who said “I love you” first?. Dia =)

Who is taller? Dia. Tapi saya tak la kecik sangat kalu bdiri sebelah dia..hehehe... yeke?

Who sings better? Dia kut. Coz saye mmg x pandai nyanyi.

Who is smarter? Sbenarnya kami agak kontra in thinking. so masing2 excell in different fields. seimbang ;)

Whose temper is worse? Dia kut.. coz i'm such a cool lady.thehehe =)

Who does the laundry? Saye. tapi dia rajin juga menolong bila saya sibuk di dapur. tanpa disuruh pulak tu =)

Who does the dishes? Saya tapi banyak kali dia offer nak buat. bila letih sangat i let him do =)

Who sleeps on the right side of the bed? Dia..

Who cooks dinner? Saye!!!! dia penah masak sekali je lunch masa memula kawen..hehe

Who cooks better? Mesti la sayeeee!!! hehehe...

Who drives when you are together? Dia.. jarang sangat saye drive.

Who is more stubborn? Saye kut. Dia selalu sebut gitu..huhuhu

Who kissed who first? Dia la..hahahaha.. ;p

Who is the first to admit when they are wrong? Sama2 tapi banyak dia dulu kut.. hehe.. saye kan degil ;p

Whose parents do you see the most? Sama je rasanya. rumah parents dua-dua pun dekat je..

Who proposed? Dia ;)

Who is more sensitive? Saye!! Dia cakap gtu..hehe

Who has more friends? Ntah le.. nak kate saye lebih rmai kawan sbb dia keje offshore xleh gak coz dia ramai kwn2 kt kampung.. sama kut

Who has more siblings? Saye! ;)

Who wears the pants in the family? Meaning? Who makes all the decisions? Bab masak saye, kalu gi kdai makan pun saye, pilih barang dia, shopping dia, keputusan besar2 dia lebih rasional berbanding saye...hehehe..

Itula serba sedikit perangai kami berdua. hampir setahun kawin ni makin kenal perangai masing2. tapi saya memang bertuah dpt kenal encek suami. setiap org ada kekurangan tapi bagi saya sudah cukup apa yg saya cari selama ni dari seorg lelaki dgn memiliki dia sbg suami. semoga perkahwinan kami diberkati dan kekal dalam rahmat dan perlindungan-Nya sehingga ke akhir hayat kami berdua. InsyaAllah..

Monday, July 18, 2011

kita yang merancang


jagung yg dibawa balik en suami.. thnx syg

Alhamdulillah.. hari ni en suami selesai discus dgn bank ttg loan rumah kami. kalu xde aral awal tahun depan rumah tu siap dan boleh diduduki. byk juga pndangan berbeza yg kami terima spjng nk buat kputusan beli rumah tu. en suami pun x berapa suka sbb rumah tu sempit sgt berbanding dgn harganya. semi D setingkat dgn keluasan 259m2. apepun dia cuba menelan hakikat yg turut dipersetujui oleh ramai pihak bhw hrga tanah di dlm mukim bukit besar mmg begitu. wpun kedudukan rumah tu tidaklah strategik mana- malah dah nk masuk area bukit depu..huhu.. tp bila tercatat dlm geran 'mukim bukit besar' jd hrga tanahnya mmg mahal.

Kalau diikutkan sy mmg suka tinggal kt kuaters mcm skrg ni. bilik luas. tengah2 bandar plak tu. cuma sejak beberapa bulan lepas terasa nak pindah ke rumah lain. nak merasa duduk rumah sendiri. tak apalah kalau x luas atau cantik sgt, at least its for 5 years ahead. sy sgt gembira bila en suami menurut kehendak sy kali ni. wpun x dinafikan kdang2 rasa bersalah juga bila memikirkan dia x suka dgn design rumah tu (actually xde design langsung..kotak2 gitu je.hehe) tp gerak hati sy merasakan ianya sesuai buat kami. InsyaAllah..

selamat dibakar..nyum2

Minggu ni penuh dgn keriangan. selain menikmati hari2 tanpa kesibukan, en suami juga menurut apa saja keinginan sy utk makan.. jalan2.. hepy sgt2. bila cakap nk mkn jagung bakar hari tu, the next day dia balik dari kl, dia bawak balik jagung fresh yg dibeli di merchang. sedaap. dh selamat dimasak dgn pelbagai cara. rebus dan bakar.. yeay! Alhamdulillah... untuk semua kebahagiaan dan hari2 yg indah ;)

p/s: smpat outing di pantai time weekend. teringat balik our first date di pantai batu buruk ;D

Tuesday, June 7, 2011

cerita makan...


Buat kali pertama pegi checkup pregnancy tengahari.. kes terlajak wat keje kt opis.huhu.. smpai je kt klinik dekat kul 1 n nurse bgtau akan panggil dlm kul 2.. fuhh..lamanye jd baik saye gi nyum2 dulu.perut pun tengah berdendang ni. terus balik ke wisma n lunch burger ayam. selera makan bukan main lagi sejak 2 minggu lepas. budget mesti berat naik lagi. last checkup naik 2 kilo dlm 2 minggu.

kul 2 gi ke klinik skali lagi n x sangka ramai pulak org..aiseyy..dah la blom solat zohor. tp sy dh x larat dh ulang-alik lagi. tnggu je giliran. Alhamdulillah dlm 3.30 ptg selesai. seperti yg dijngka berat naik lagi dgn bestnye.. tambah lagi 2 kilo..hehehe.. nurse dh bising. kena refer kt doc n akhirnya kena dtg checkup blood pressure 2 kali seminggu starting next week. jenuh lagi nak ke klinik..haaih.. harap2 x kena minum air gula. dengar cite kwn2 cam ngeri sgt je... berat naik ni kes makan sedap sgt since last 2 weeks. mula2 stay kt awana 3 days, then ke the zon kl, next ke sunway lagoon resort for 3 days, then ke sutra beach lak... makan mmg x ingat pnye.. bila byk pilihan selera menjadik2..hehehehe.... tp sy agak next week berat akan stabil sbb selera makan saya x brapa ada time en suami xde. kemarin dinner roti ngan sup je. hari ahad ari tu makan roti n jemput bwg je utk bfast+lunch+dinner.. no appetite. rindu kt en suami je banyaaak.. =(

tapi nak share info kt kngkwn ttg makanan yg sungguh sedaaaaap kat Atrium Cafe di Sunway Pyramid Tower Hotel. mmg terbaek punye! kalu ade duit xtra.. nak gi makan kat sana lagi..hehehe... alamak teringat dh wantan noodle dia yg begitu awesome!!!nyummmmm....

abis cite makan.. sy sngguh x sabar menunggu en suami balik next week sbb byk sgt perancangan yg perlu diselesaikan. skrg pun sy tengah addicted dgn housekeeping. last weekend i had such a wonderful off days!! wpun cuma 2 hari je.. (sabtu dan ahad) amat2lah bererti bagi saya yg jarang2 ada masa time weekend. sempat gak sy kemas stor.. x sangka jadi makin aktif dgn perut yg makin bulat nih. ramai yg tegur sy aktif sgt time handle program dn diaorg ckp baby nnt rajin =) ramai gak yg cakap sy mudah bersalin nanti..hehe.. sy mengaminkan aje.. harap2 kata2 diaorg jadi kenyataan. amiiinn..

p/s: musim kawen ni sy teringat lak time kawen dulu. rindu plak dtg.. so 2-3 hari ni duk belek gambo2 wedding..hehehe...

Thursday, January 6, 2011

anugerah

Pada mulanya saya ragu2 dgn keputusan yg sy terima. dan agak risau kalau2 ianya benar akan jadi satu kenyataan. kerana itu juga sy menunggu suatu masa yg sesuai utk berkongsi kegembiraan ini dgn rakan2. cuma kpd beberapa org teman rapat shj telah sy khabarkn berita ini.

Tetapi skrg sy terfikir.. bhw sy tidak akan punya masa utk bercerita di dlm blog ini ttg saat2 yg baru saya alami dlm minggu ini, ketika sy sudah sibuk dgn perkara lain pula. mungkin sy akan terlupa mencatat apa yg penting utk sy kenang. jadi sy mbuat keputusan utk menulisnya mengikut gerak hati saja. tmbah lg blog ini masih mjadi ruang yg private bg saya =)

Pada 2 jan yg lalu sy dan en suami telah mendpat khabar gembira. setelah menunggu dan mendoakan saat2 itu, ianya telah menjadi kenyataan. sy telah disahkan mengandung. kerana sedikit x pecaya, sy buat 2 kali pregnancy test! hehe.. Alhamdulillah. petangnya kami ke klinik dan doktor telah mengesahkan yg sy 4 weeks pregnant. kami sgt gembira ttp sedar sbarang kemungkinan boleh berlaku kerana sy agak lasak ketika di langkawi baru2 ni. perjalanan jauh dgn bas, feri, panjat bukit, naik bot dan shopping dgn lasaknya!

the first result is on 2nd jan @ 6.15 a.m

second result is on d same day @ 10.00 am
~test kit ni pmberian k.nuzul.. tenkiu sis ;)

Apa yg boleh sy lakukan skrg cuma kurangkan aktiviti lasak dan berdoa semoga anugerah yg kami terima ini kekal milik kami. doc ckp lagi 4 weeks baru bleh scan. jd sblum itu, sy dan en suami akan berusaha dan bersedia dgn sebrg kemungkinan. so dear readers & friends.. please pray for us.

love always ;)

p/s: mngkin entry ini telah menjwb tekaan pn marinahunny ;)

Sunday, January 2, 2011

new year resolutions

Sempena tahun baru 2011, ada checklist yg sy ingin beri perhatian. seperti biasa ada lg azam2 tahun lepas yg masih pending tetapi sy telah revise list utk tahun ini. sy fikir chcklist ini akan berubah mengikut kesesuaian pd bila2 masa saja. kerana sbg manusia biasa, akan muncullah pelbagai cabaran dn halangan sepjg kita meneruskan kehidupan. kehendak, cita-cita dan harapan kita mungkin bertukar selaras dgn kematangan yg hadir. begitu dgn prioriti kita akan berubah mengikut keadaan semasa.

apabila saya imbas kembali tahun 2010 smmgnya mmberi byk kenangan yg x mungkin sy lupakan. pd tahun lepaslah sy dan en suami mula menulis chapter baru dlm kehidupan kami. bermula itu juga sy mpy teman dlm suka dan duka. yg mengajar sy byk perkara. Alhamdulillah. sya juga melihat byk kejadian yg pastinya mjadi rujukan utk masa2 yg akan dtg. ada pertemuan, ada kisah yg akan sy simpan sbg pedoman.

kalau diikutkan byk sekali yg sy harapkan di tahun baru ini, tetapi makin pjg senarai makin byk yg perlu dipertimbangkan. jd sy senaraikan yg basic sahaja ;)
1- learn to cook healthy meals
2-enjoy life more
3-read more books
4-get organized
5-build up the savings
6-be a better person
7-spend more time with family & friends
8-help others
9-get out of debt
10-honeymoon trip again!
sy selalu mendoakan tahun 2011 ini bakal membawa warna2 kebahagian yg lebih menceriakan. bukan sahaja utk kami berdua, tetapi juga utk keluarga dan rakan2. serta untuk semua yg sentiasa yakin bahawa setiap yg berlaku sebelum ini, skrg dan di hari2 mendtg adalah tamsilan kepada kasih syg Allah yg tidak terjangkau oleh pemikiran kita. semakin besar cabaran yg dtg, semakin kuat hati dan keazaman, dan semakin bijaksana pula fikiran dan tindakan..

salam sayang buat sahabat2 yg telah mengutip kesan2 luka di tahun sebelumnya dan menjahitnya dgn kekuatan utk mencipta kejayaan yg lebih manis pd tahun baru ini. yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya yg sabar...
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. " [At-Taubah : 129]

Monday, November 1, 2010

menanti esok

Sungguh tak sabar menunggu hari esok.. esok suami sy akan pulang ke sisi setelah 2 minggu bkerja nun jauh di lautan sana ;D Sy x tau mcm mana nk gmbarkan perasaan sbenar tp knytaannya sy mmg seronok! yang amat!

Kemarin kuar dinner dgn ktini dan a.rais. mereka mengusik sy dgn statement yg penah sy buat suatu ketika dulu.. betapa sy tidak kisah dan hapy kerana memikirkan wktu lapang ketika suami (yg ketika tu msih di alam prtunangan) start keje di offshore.. tp skrg sgalanya berubah. bila sy meluahkan kerinduan terhdap suami bila bjauhan.. mmg sudah terkena btg hidung sndiri..hihi.. tp bgitulah pjalnan hidup mnusia. tidak prnah sy fikirkan akan merindui seseorg sdalam ini. semmangnya penantian itu satu penyiksaan.. sungguh berat utk ditanggung..

Dalam pada bertambahnya kasih syg sy terhdap suami.. sekali-sekala terlintas jua kemungkinan2 yg x diingini. wlau pkara menyedihkn itu adalah yg paling nk dielakkan, siapalah kita mahu menolak takdir yg tertulis oleh Yang Maha Esa. justeru sy sentiasa mengingatkan diri bhw segala yg sy punyai ini adalah pinjaman semata. cinta dan kasih syg juga pinjaman sementara. sy tidak tahu siapa yg akan pergi dulu... mbayangkan shaja pun sy tidak mampu.. utk itu sy sntiasa bdoa agar dia disisi sy sehingga ke akhir hayat.. sy pasti parah seandainya kehilangan dia.. sy fikir sy tidak sekuat itu...

Petang ni saya fikir nak pegi shoping sedikit brg2 basah dan smethng special utknya. sudah lama dapur tidak berasap. saya tiada selera utk memasak ketika suami tiada. terasa janggal pula. atau mngkin itu saja alasan smata2 setelah balik dr kota bharu..heehe..

Sunday, October 17, 2010

menyucikan hati

Sempat mengaji bersama sekali lagi.. Alhamdulillah. Ada kesempatan dan dipermudahkan utk luangkan masa menyucikan jiwa bersama dengan en suami sebelum dia mula bekerja. Mmg salah satu agenda sebelum kawin kami nk sama-sama belajar mendalami Al-Quran smentara masih punya kekuatan dan dianugerahkan masa. Selain itu, saya ambil peluang ini untuk melupakan kelam masa-masa lalu.. untuk sinarkan hati ke arah hidup baru yg kami bina bersama... InsyaAllah, dengan izin-Nya jua..

Saturday, October 16, 2010

my lovely love

i didnt recall every sweetest things he did in a month of our lovely married life. but in my memory, i will remember that he did so many things that made me so thankful to Allah evrytime i said my prayer.. He already sent me the right one.. the perfect one to be my other half... Alhamdulillah...


Friday, October 15, 2010

reciting the Quran

Sempat mengaji bersama after solat marghrib sementara menunggu isyak... its for the first time dan saya mengharapkan ianya kekal sehingga ke hari2 tua kami... InsyaAllah..

Monday, October 11, 2010

vitagen & milk

He said.. i must drink vitagen before goin to office daily n a glass of milk evry nite..

Thursday, October 7, 2010

my lovely chef

Kemarin plan nak lunch di rumah bersama en suami. so after selesaikan keje saya cepat2 prepare utk pegi buy food. one of our fav which is chicken rice! nyum2. ekspress n sedap..hehe.. nk masak mmg x sempat. so juz to make it happen, he didnt mind having nasi ayam for his lunch.. so we plan it as simple as cn be asalkan dpt lunch bsama at our home sweet home. saaayang suami saye. hehe.. tp nak dijadikan cerita one of my boss asked me to hv a discussion with him on that very moment! fuhh.. dlm hati tersangat berat memikirkan en suami yg tgh tunggu.. so i text him about d situation..

after not-xx-xxxx & healthy discussion, i call my husband and told him tat i'm otw to buy food. but surprisingly dia suruh balik rumah terus. and guess what, he already cooked lunch for us!! its d yummy & delicious ayam masak kicap!! cuma smbil sengih2 dia bgtau... 'abg msak nasi terlebih air.. hehe.. lupa sukatan sbb lama sgt x masak'... hihihi.. x kisah mcm mana hsilnya, sy sgt happy & terharu dgn evry surprise he made!! i'm tooo lucky to hv him as my husband! and i'm tooo thankful to Allah for all the happiness ;D

Sunday, August 29, 2010

sayang dia

Saya sgt sayang pd dia. Semakin hari makin bertambah2 perasaan rindu pd dia. Kalau ada masalah, dia sudi mendengar penuh sabar. Kalau diminta, dia akan memberi cadangan penyelesaian terbaik. Dia selalu kata dia tak pandai bermain kata, tapi hati ini selalu rasa bahagia mendengar celotehnya. Bila teringat, buat saya tersenyum sendiri ;)

Kadangkala saya terasa dia lebih memahami dan mengenali perangai diri ini... Sebab itu saya sgt sayang pdnya.. Saya berdoa semoga dia berada disisi saya selama-lamanya.. selagi sy bernyawa. Saya juga akan cuba yg terbaik, agar dia pun rasa bahagia ketika bersama saya =) InsyaAllah... semoga dipermudahkan. Sesungguhnya Dia Yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hamba-hambanya..

Terima kasih Ya Allah, atas semua anugerah yg telah kau berikan, untuk yg selalu aku rasakan..dan yang masih menjadi rahsia-Mu untuk masa yg mendatang.... Aminn..

Monday, March 2, 2009

panggilan

Rindu
Perkataan rindu sahaja tak cukup nak gambarkan perasaan bila melihat gambar Masjidil Haram ketika ini. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana Dia Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. Maha Pemurah... Aku diizinkan menjadi salah seorang tetamuNya di Tanah Haram Madinah dan Mekah pada 19-27 Februari yang lalu. Banyak yang berlaku ketika aku disana. Banyak yang baik tetapi ada juga yang menyedihkan - tapi memberi kesan yang sangat baik! Alhamdulillah..

Umrah
Kesempatan kali ni sempat untuk kebanyakan dari kami lakukan 4 kali umrah. Aku sempurnakan 2 kali umrah daripadanya untuk 2 org insan istimewa dalam hidup aku. Orang yang sudah tiada lagi di dunia ini. Yang terlalu banyak memberi tanpa menerima apa-apa. Justeru aku ambil peluang ini sbg hadiah untuk mereka. Moga aman dan tenang di sana...

Perasaan
Kembali dari sana masih sama. Cuma rasa tenang dan gembira. Harap perasaan ni akan kekal utk jangka masa yg lama.

Doa
Banyak yang aku doakan -untuk keluarga, rakan-rakan, guru-guru etc. Doa semoga jalan yg aku pilih adalah yg terbaik untukku. Jika ada duka, berikan aku kekuatan untuk menghadapinya. Doa untuk kawan-kawan yang sedang membuat pilihan. Doa kebahagiaan untuk rakan yang bakal menempuh alam rumahtangga. Doa untuk sahabat setia - yang terbaik untuknya. Moga silaturrahim kekal sampai bila-bila. InsyaAllah.

Tanda Ingatan
Tidak banyak yang aku beli di sana. Sedikit kurma untuk kawan, jubah, sejadah dan beberapa keperluan lain. Tempat membeli banyak sekali tp waktu yg ada tidak seharusnya dihabiskan untuk perkara sebegitu bukan?

Paling Diingati
Pastinya saat menyentuh Kaabah dan Hajarul Aswad. Juga tidak lupa rasa air zam zam yg sgt berbeza ketika minum di Malaysia. Juga saat imam menangis dalam solat pada malam terakhir di Mekah.

Keajaiban
Banyak kejadian yg tidak terduga. Sungguh bersyukur dengan segalanya. Sebelum ini selalu mendengar cerita orang. Tapi kini bila alami sendiri, sukar digambar dengan kata-kata. Alhamdulillah...

Seminggu berlalu tidak terasa. Aku bermohon kepada Allah SWT supaya dimurahkan rezeki untuk ke sana lagi. Untuk aku merasai lagi ketenangan itu. Buat membilas kesan-kesan dosa yang lalu. Sungguh aku manusia yang selalu lalai. Aku manusia yang tidak ada wang berjuta. Tidak mampu bergerak bebas di bumi Allah yang luas ini. Perlu mengumpul duit dan mestinya mengambil masa. Tapi aku percaya, kuasa Dia mengatasi segalanya. Semua yg berlaku atas izin-Nya jua... Kalau ada rezeki tentunya tidak akan kemana... :)