Kembali ke meja di opis setelah byknye tugasan diluar. Kembali bukak facebook, blogs..
Baru2 ni salah seorg kenalan sy telah kembali ke rahmatullah. di usia 28 tahun, arwah meninggalkan seorg isteri dan 2 org anak yg masih kecil. berita ini saya terima dgn penuh kejutan. terus sy beli paper utk mmbaca sendiri kebenarannya. dan sememangnya berita itu tidak salah lagi. arwah terlibat dlm kemalangan ketika memandu kereta utk balik ke rumah ibu bapanya di kg bari besar kerana bercuti selama 2 minggu dari tugasnya sbg ptd di pakistan. arwah cedera parah dikepala dan menghembuskan nafas terakhir dlm perjalanan ke hospital.
sebenarnya sy bukannya kwn rapat arwah. kami berkenalan ketika mengikuti rombongan umrah. ada beberapa peristiwa yg terakam kemas dlm ingatan sy. arwah seorg yg bijak. itu sy boleh lihat dari tutur katanya, cara dia berfikir dan dlm penulisannya yg boleh dibaca
disini. sy mmg suka mbaca tulisannya. dn dia juga pernah meninggalkan komen dlm beberapa entry previous blog saya
disini dan
disini. beberapa bulan lepas, dia ada mnghntar sms kpd sy bertnyakan hrga pinggan corelle yg sy beli di langkawi. ketika itu arwah di pakistan. sesungguhnya sy tidak dpt mbyangkan kesedihan yg dialami oleh
isteri arwah. bagaimanakah dia mahu meneruskan kehidupan dgn anak2nya yg masih kecil tanpa suami disisi? dan anak keduanya yg baru berusia 3 bulan itu... tidak sempat mengenali ayahnya lagi. mmg sungguh terharu bila sy mbaca kembali entry arwah khas untuk anak keduanya
disini.
sememangnya setiap yg bernyawa itu akan merasai mati. itu hakikat yg tidak dpt dielakkan. walau setinggi mana kejayaan, sebanyak mana harta yg disimpan... tidak dpt menganjak walau sedikitpun waktu kematian yg telah tertulis sejak lahir lagi. apabila mengenangnya kisah2 nyata yg dialami sebagainya kisah sahabat sy td... sy merenung diri sendiri. mampukah sy kehilangan suami yg begitu sy cintai? sungguh berat sekali utk diterima... tetapi ianya bukanlah sesuatu yg mustahil. sy hanya mampu berdoa smoga kami diberi kesempatan spy dpt berkongsi kehidupan utk tempoh masa yg lama lagi. smoga Allah mberi kami kesempatan utk sama2 membina sebuah keluarga yg bahagia. berkongsi suka dan duka..
kisah nyata ini menyentuh sudut hati sy yg paling dalam. sungguh besar perancangan Allah yg tidak mampu ditafsir oleh akal manusia..
semoga Allah melimpahkan rahmat kepada kita semua, dengan menjadikan kita sebagai hambaNya yg selalu bersyukur dan sentiasa sabar dalam menghadapi ujian dalam kehidupan... Aminn..
رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir”. (al-Baqarah:286)